Followers

January 20, 2011

angin raya cina aku kembali!!!

0 comments
as-salam

Lama aku tak tulis cerita tentang diri aku kan. um aku pun tak tau nak tulis apa. Cuma aku di dalam di lema. aku risau ngan rambut aku yang mulai rosak sejak akhir2 ni! tibe2 syaitan dalam diri menghasut aku untuk buat rebonding rambut. aku tak tau nak buat ke tak! tu yang di lema sangat ni!
cuba lihat pic aku bertudung ngan tak bertudung!


 ni pic aku bertudung chantekkk tak???



ni yang tak bertudung,,em not bad

Tapi aku rase aku nak buat. cume bila fikir2 balik rasa membazir je kan menghabiskan duet semata-mata untuk rambut. lebih baik aku menghabiskan duet untuk shopping shwal yang cantik2 tu untuk menutup rambut aku yang dah rosak tu kan. tol tak???

kebanyakkan remaja perempuan sekarang bertudung bukan sebab tuntutan islam, tapi sebab fesyen. tengok je lah perkembangan fesyen zaman sekarang. macam2 ade. aku bukan nak mengata orang lain. aku juga terikut2 sama dengan cara remaja zaman sekarang yang bertudung tapi pakai baju ketat.!
 

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)


January 19, 2011

takku sangka takku duga apit w lyrics

0 comments

layannnn!

0 comments

as-salam

pertama kali dengar lagu ni kat facebook terus je suka. lagunye pun best. owang yang nyanyi nye pun boleh tahan...apa kata kite semua layan lagu ni...

Lirik Lagu Luahan Hati by Apit Baron Bros

pertama kali ku bertemu dengan mu..
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun baru kita bersua muka
namun aku telah jatuh cinta

pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerana aku bersedia menyintaimu

akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jika kau meninggalkan aku
terhiris hati ini...terguris jiwa ini...
menangis tak berlagu...ohhhh...

biarpun ombak yang merubah pantai
kasih ku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti ohhhh...

sayangku pimpinkan tangan ku
menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
ohhhh..kasih...

Luahan Hati - Apit ( ORIGINAL )

0 comments

January 18, 2011

sekali lagi terkena!

0 comments
as-salam

malam yang dingin sekali lagi aku di tipu oleh mahluk tuhan yang bernama lelaki.! mujurlah abang aku bagitahu awal dan aku pulak tak de perasaan gila kat die lagi! bangun pagi, mesej pertama yang aku terima adelah dari die. abang aku suruh buat biase aje. tapi aku tak boleh. hati au sakit coz di tipu.

bujang konon! bla lahh...naseb bek sharizan tak tahu aku selingkuh blakang die. kalo tak sah2 aku putus ngan die. ngan amin? aku tak dpat terima die coz aku asyik teringatkan die hina2 aku. shah kite jumpe and nikah cepat2!!!

January 17, 2011

uban oh uban

0 comments
as-salam

Pas mandi aku pun tak tau lah tibe2 terfikir tuk belek2 rambut ku yang semakin rosak akibat teknik rebonding. sikat2, tub2 mate aku terpandang sesuatu. alamak!!! uban!!! ohh tidak!!! aku tak nak. aku cabut lah selai rambut yang 'beruban' tu.

aku belek2 rambut tu. ohh lega bukan uban tapi rambut rosak..adui aku baru nak buat rebonding raye cine ni.. macam mane lah rambut aku boleh rosak ek..rambut aku nak kene pulihkan agaknye..
kawan2 ade tak sape2 tau cam ne nak pulihkan rambut aku ni..

January 16, 2011

aku jatuh cinta ke???

0 comments
as-salam

Hari yang indah bagi aku. bangun pagi aku boleh tersenyum kembali. aku dah jatuh cinta ke??? macam tak percaya. tapi itu lah kebenarannya... walaupun jumpa stakat 10 minit dah buat aku angau. tadi mase ngah masak nasi goreng. entah knape. aku boleh berangan sampai lupa nak masuk garam. bila dah masukkan masin pulak!

Hei teruk sungguh penangannya kan... enset pulak tak henti2 berbunyi menandakan mesej masuk. awak... saye dah jatuh cinta dengan awak lah. saye tak dapat nak nafikan perasaan saye ni terhadap awak... mak!! macam mane ni. anak manja mak dah jatuh cinta.!

January 14, 2011

hari2 yang menyedihkan

2 comments
as-salam

Hari ni aku bertambah-tambah kcewe sangat2. aku memang dah semangat sangat2 nak g giat mata. nak ambik kusus jahitan. tapi sekali lagi bapak aku dah patahkan semangat aku yang menggila ni. abah...kenape setiap kali akak nak ambik kusus ape2 abah tak penah nak bagi. tak faham betullah!
bile akak dah duduk kat melaka abah nak akak balik pulak... ok kalo betul abah nak akak balik. akak nak mak benti kerje and akak pulak yang kerja. abah sendri tengok kan mcm mane mak bersengkang mate cari duet nak tolong abah. 
hati ni sakit sangat2. harapan dan impian akak 1 je. akak nak sambung beljar. tapi setiap kali tinggal 1 lagi langkah, abah akan muncul dan hancurkan impian akak tu. oh hati! tabah lah hadapi dugaan ni.

wang...duit...

2 comments
as-salam

Aku rase semua orang mseti ade masalah yang sama. ya itu duet. semua orang pasti akan ade masalah kewangan. lebih2 lagi orang macam aku yang tak bekerja dah semestinya akan ade masalah kewangan. kadanga2 aku tensyen sangat bile tak de duet. aku rase nak keje tapi aku risau kan syafiq. nanti tak de yang nak jage die pulak. tah ar hari ni aku jadi tensyen smula. di sebabkan duet. 

zaman sekarang ni duet begitu penting sekali kan. nak masuk tandas pun kene bayar inikan pulak nak makan. tak de duet tak dapat lah nak makan. aku rase skarang ni duet begitu bermaharaja sekali. semua orang cari duet, semua orang perlukan duet. aku terfikir nak buat kerja online je. tapi yang aku usha2 semuanye perlukan duet. nak kerja kan kite buat kerja baru dapat gaji. ni tak bayar dulu baru boleh kerja. tak faham lah aku. aku memang perlukan kerja. tapi aku tak leh lah kerja lua. kalo kerja dari rumah ni boleh lah.

menulis novel???aku dah try menulis. tapi... biase ar mood untuk menulis bukan selalu ade. macam mane ni??? duet...duet...duet... lame2 aku jadi gila jugak fikirkan duet ni.
0 comments
as-salam

selamat pagi. beberapa hari yang lalu aku khilangn idea untuk menulis. tak tahu knapa. pagi2 lagi aku dah on lattop dan cek msj di facebook. megma corp...aku tak tau ni laki ke pempuan. tapi dah bape kali die duk suruh aku hebahkan keberkesanan produk pantiliner avail beauty. alah yang herba tu...
 ni yang aku guna..

aku ni salah seorang pengguna produk tu. memang lah bagus dan berkesan. ingat lagi tak dulu aku pernah cerita tentang pap-smear. ok pap-smear ni salah satu care yang telah membebaskan aku dari penyakit 'tu'. selain pengambilan ubat dan juga penggunaan pantiliner avail beauty.


ok sekarang cite smula. si megma tu suh aku hebahkan kepade kawan2 and saudara mara terdekat. die kate sempena tahun baru. ni aku nak hebahkan ni. mari2 ramai2 guna sanitary pad avail beauty...huhu dah kayak model iklan pulak aku ni. ok lah.. produk ni memang bagus. tak rugi pun korang melabur duet. terutama sekali owg pempuan, memang patut pun guna. bukan tuk orang lain. untuk dri sendri juga. untuk ksihatan korang jugak kan. 

p/s: pade sape2 yang berminat nak beli produk ni. tinggalkan msj ye. tak pun bagi alamt facebook korang ti aku msj korang.okey...

January 11, 2011

kecintaan ku kepada...

0 comments
as-salam

KECINTAAN KU KEPADA???
huhu..sebenarnye selain cinta kan novel aku jugak cintakan coklat and kek coklat. um lazatnya. terasa kenikmatan coklatnya yang manis. sungguh aku suke makan coklat. oleh sebab suke makan coklat, bulan puasa tahun 2010 aku try lah buat kek coklat. fuh pagi2 dah siap kan bahan2. buku resepi jagna cerita lah. macam2 sumber aku ambik. 

dengan penuh semangat aku pun mencubalah buat kek coklat tu. aku campurkan itu, aku campurkan ini. pas siap. adunan tu aku masukkan dalam loyang. pah tu masukkan dalam oven. 45minit kemudian...

aku tak de gambo kek yang aku buat tu. tapi....
sungguh menyedihkan. kek yang aku buat tu langsung tak sedap. keras, manis gile dah tu hangus!!!
hampeh betul ar. 

ni buah koko



dan ini biji koko yang akan di proses
dan jadilah coklat yang di gemari ramai tu
huhu

um sedapnya 



comey


kek yang sedap dan menyelerakan


nyum-nyum




Khasiat Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan.

sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/panduan-kesihatan/10269-khasiat-coklat.html

 
 

 

January 10, 2011

melepaskan geram!!!

0 comments
as-salam

hati aku panas membara. malam tadi sebelum tido amin bagi aku mesej. tibe2 je die marah2 aku and die hina2 aku. geram gile beb! aku paling tak suke kene hina. aku taulah aku ni bukan pempuan yang baik. tapi tak payah lah hine2 aku. mase aku tak nak kat ko, ko yang terhegeh-hegeh jual minyak. sanggup terima kekurangan aku. tapi la ni ko dengar cite dari mane tah terus je ko melenting and hina2 aku. dah lah ko tu pun bukan baik mane. ko tu yang patut sedar diri. ko tu baik ke? ko pun baru je kua dari penjara. baik ke orang yang baru kua dari penjara??? hah??? kabo ke aku ckit!

untuk pengetahuan ko, untuk yang ke berapa kali. aku memang dah tak sayang kat ko pas ko kua dari penjara. bukan sebab ko banduan. tapi sebab ni... sebab ko kuat cemburu. ko suke mengongkong hidup aku. nak wat ni tak boleh. nak buat tu tak boleh. nak kua tak bagi. dah ar!!! aku dah muak dengan sikap ko. 

aku ingat lagi mesej yang ko bagi aku tu. ape ko kate? mulai hari ni aku bukan isteri and makwe ko!
huh!!! bila mase aku menikah dengan ko? bile mase aku jumpe and jadi makwe ko? hah? bile!!!
dulu memang aku bodoh and buta coz sayang kat ko orang yang aku tak penah jumpe. tapi la ni aku dah sedar. ko memang tak layak jadi kekasih and suami aku. 

ko ingat kata2 aku ni.
AKU TAK KAN TERIMA ORANG YANG HINA AKU!!!
AND AKU AKAN PASTIKAN KO TAK KAN DAPAT JUMPA AKU BUAT SELAMANYA!!!
EVERYTHING IS OVER!!!

AJL-25

0 comments
as-salam

Oh no! Ana Raffali menang. aku tak percaya. bukan tak suke tapi tak fans kat dia. dalam senarai yang menang die langsung tak tersenarai. tapi sape sangkakan. um... Tahnia lah buat die. faizal tahir persembahan memang the best!!! basah kuyup pun tak pe. yang penting ade jugak kemenangan. hafiz? aku ingat dia lah yang dapat persembahan terbaik. tapi dok!! huhu... tak pe hafiz ade gak dapat bawa hadia. sampai dua beb, vokal aand tempat ke tiga.

oh oh oh!!! aku lupa kat band indie ni. aku minat sangat kat meet uncle hussin and black ni. suara mantap. ahhh ape aku membebel ni. dowang yang menang aku pulak yang over...! dah untuk kali yang ke berapa tah aku ucapkan TAHNIA BUAT ANA RAFFALI, MEET UNCLE HUSSIN&BLACK, HAFIZ DAN FAIZAL TAHIR NOT FAIZAL ISMAIL... OKEY

January 9, 2011

perfume oh perfume

0 comments
as-salam

hari ini aku nak membebel tentang minyak wangi yang menjadi perkara wajib untuk kawan2 aku pakai. tapi aku... bukan tak minat nak pakai tapi aku ni tak geti pakai minyak wangi. aku minat gak tapi setiap kali aku beli aku tak pakai pun... aku pat pameran je kat lam bilik. akhirnya mak & abg aku yang pakai.
peninglah bau minyak wangi ni. wangi memang wangi tapi bau wangi die tu wat kepala aku pusing and pening gile2 lah. kadang2 aku pelik nengok kawan2 aku suke kai minyak wangi. dari jauh aku dah boleh bau... hum...

raye tahun lepas aku ade lah oder kat mak aku suh beli minyak wangi onedrupperfume kotak warne hijau yang pertama. mak aku belikan lah untuk anak die yang mengad-ngade ni. huhu,,, 2 hari je aku pakai pah tu aku tak pkai dah coz kepala aku pusing...

tapi ade satu je perfume yang aku pakai tapi tak pening... minyak wangi ni my sis penah pakai. tapi lama dulu lah. aku tak penah beli pun. ane tau ade yang sudi nak bagi aku perfume jangan tersilap k..
aku tak suke minyak wangi yang bukan2 ni..


 minyak wangi ni aku suke... tapi tak penah beli
wangi tapi tak terlampau kuat sampai aku pening
huhu...


p/s: huhu... mengade nak hadiah pulak. ti bukannye pakai pun.

January 8, 2011

selera ku dah berkurangan

0 comments
as-salam

sejak duduk kat melaka ni selera makan aku dah berkurangan. tabik spring ar kat diri sendri. ye ar. selama 2 tahun selera makan aku membuak2. pantang nampak nasi mesti nak makan. pah tu bile ade duet petang g kedai muzafar pekena burger. tah aku pun pelik dengan diri sendiri kenapa selera aku ni lain macam. puas diet tapi tahan 2 minggu eh makan nasi semula. itu lah aku. sebab tu tak lama je... umur aku 15 tahun baju saiz m @ s aku masih boleh sarung. masuk umo 17& 18 juz baju saiz l je yang aku leh sarung.

malu jugak bile jumpe kawan2. badan dowang still slim tapi aku macam kene pam je. semakin lame makin gemuk. bulan puase tahun lepas. aku try minum rx lite. 1 kotak je. lepas tak minum fuhh badan aku makin menjadi2 gemuknye.. sehinggalah berat aku naik ke 86kg. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya.

tapi sejak duk melaka ni. makan dah leh kontrol. dah tak makan yang lemak2 sangat. um so aku cabar diri aku selama 6 bulan ni berat aku dari 86kg tutun ke 70-75kg. aku tak nak turun banyak sangat. turun ckit2 pun jadi lah. aku fobia nak makn ubat kurus. tapi kalo ade orang nak sponsor aku kurus, aku sedia menerima huhuhu.....

January 6, 2011

kenapa aku suke eyeliner...

0 comments
as-salam

puas aku tercari-cari nak tulis apa hari ni. um otak jem pulak tak tau nak bebel apa hari. tapi tadi lepas mandi, cam biase ar pakai krim safi, kai bedak. and kebiasaan aku pakai celak. tapi dok cari-cari celak rupe nye celak aku patah. peduli ape aku. aku taruh je kat mate aku ni. yang penting mata aku tak suram. bukan ape dah jadi kebiasaan pakai celak. bila tak pakai sehari rase lain macam pulak. lagi pun bila pakai celak muka aku cam lain cikit (lebih tomey) perasaan pulak aku ni.

ni celak zaman dulu2.. aku tak penah nampak pun
ni pulak aneka celak zaman2 sekarang
selalu dah aku jumpa so tak heran sangat ar.






aku suka pakai cam yang pertama ni,
simple. tapi bile ngah tak betul aku pakai yang ke-3
gempak cikit(ala2 ghotik)huhu...



Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,
Terdapat hadis-hadis hasan dan sahih yang menunjukkan Nabi SAW pernah memakai celak dan menggalakkan pemakaiannya.
Tiada terdapat larangan memakai celak pada waktu siang, walaupun kebiasaanya dipakai pada waktu malam.
Abu Daud meriwayatkan (hadis yang dinilai hasan oleh Albani): Dari Anas r.a beliau pernah memakai celak ketika beliau berpuasa. (menunjukkan keharusan memakai celak pada waktu siang).
Rujukan:
- Sunan Abi Daud: 2/310
- Zadul Ma’ad: 4/257-259
- Silsilah Sahihah: 2/214 & 6/558

                                                 




January 5, 2011

giat mara pulak!!!

0 comments
as-salam

Semalam aku bercerita tentang spm yang aku nak sangat ambik tu. tapi hari ni lain pulak dah. biasenye pagi2 aku dah ngadap lattop berfacebook. tapi pagi tadi aku jadi bek pulak. menghadap tv menengok malaysia hari ini kat tv 3. um ini mengenai giat mara. syarat untuk turut serta dalam giat mara ni, boleh membaca, menulis dan minat. dah boleh turut serta. so... my sis cadangkan aku turut sama serta giat mara ni. 



lagi pun kat sungai udang ni ade cawangannya. dekat ngan rumah lah kiranya. aku dah usha2 kat web giat mara. and kat cawangan melaka ni kebanyakannye kursus fashion and dressmaking je yang ade. walau pun minat aku lebih menjurus ke arah bidang masakan. tapi bidang fashion and dressmaking ni pun ok jugak kan. um pape hal keputusannya aku aku bagi tahu nanti.

ni yang aku minat(masak2)




ni yang aku tak berapa minat(tapi aku kena cuba)


sama ada spm jadi pilihan aku atau giat mara. nak kena tanya dekat orang kampung iaitu my mum and my dad. lagi nak tanya dekat abg aku ni. um...

January 4, 2011

nak buat cam mane ni???

0 comments
as-salam



okey... pertama sekali sekarang otak aku dah jem gile. kalau belajar mati-matian pun belum tentu masuk. lagi 1 aku tak tau nak mulakan dari mana. memang dah komfem aku nak ambil spm aliran sartera. tapi problemnya sekarang. aku tak tahu aliran sastera ambik subjek apa je. dah naik bengong kepala otak aku ni mikir kannya.

ade sape-sape yang nak nolong budak bengong ni tak???
aku tau cabaran nye besar nak ambik spm persendrian ni. lagi pun aku tak pernah study for mane-mane subjek.  ade yang suh ambik ni ade yang suh ambik tu. sampai aku pun konfeus sape yang anak ambik spm niw??? tahun ni tak boleh tidak aku tetap nak ambik spm.

peduli apa aku. nak juga nak juga(menjeng betul) huhu....

p/s: sape2 yang rase diri die pandai. bagi aku tips sikit tuk jadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

January 3, 2011

tangkap cinta dengan this song

0 comments
as-salam

ok... hari-hari terakhir aku di johor mak hadiahkan aku sebuah telefon bimbit(murah je)3g pun tak de. ok lah tu yang penting mp3 ade dah cukup buat aku. aku hargai pemberian mak aku ni.





hum... aku suh lah apek yang jual fon ni masukkan lagu... per ade ke die masukkan lagu dangdut lagu yang paling tak minat tu. tapi ade 1 lagu yang buat aku tangkap cinta. lagu nyanyian bruno mars-grenade
memang best ar lagu ni. dah tangkap cinta tu terus aku wat lagu untuk mesej... anak sedara aku yang sowg ni suka mengajuk nyanyi lagu tu..huhui

bruno mars-grenade
Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open -
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked, Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
Bruno Mars Grenade lyrics found on http://www.directlyrics.com/bruno-mars-grenade-lyrics.html

And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same

If my body was on fire, ooh You’ d watch me burn down in flames You said you loved me you're a liar Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah) Oh, oh
I would go through all this pain, Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby ; But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no

January 2, 2011

antara cinta dan terpaksa

0 comments
as-salam

Akhirnya sebulat suara sudah aku tetapkan... aku akan berhenti dari melayan die coz aku dah tak de perasaan cinta or sayang dekat die. yang ade hanya lah kecian. maafkan aku ya. perkenalan kita tamat di sini saja! full stop!!! 

harap maaf ya. aku rasa dulu aku tak cinta juz sayang jer. so pandai2 lah ko cari perempuan yg boleh mengubah ko ke arah kebaikan. aku pun harap ko blah dari hidup aku... 


January 1, 2011

Dan bermulalah hidup ku sebagai....

0 comments
as-salam...

Sebagai apa???
um sebagai pencinta novel lah...dan aku boleh habiskan membaca novel dengan cepat. dah tak terkira jumlah novel yang aku baca tu. tapi setahu aku memang banyak lah. kebanyakannye aku pinjam perpustakaan jer lagi mudah. tak payah susah-susah beli. tapi yang kecian nya dekat akak yang jage pustakaan tu. asyik muka aku yang terjongol kat pustakaan tu. selang tiga hari aku akan datang pinjam novel.

kalau ada novel baru sampai, aku lah orang yang dulu pinjam. kakak tu sampai dah cam muka aku ni... aku jadi gila novel. sehingga aku tak makan gara-gara novel.

al-fatihah untuk arwah Cik bai

0 comments
as-salam

pertama sekali aku ingin mengucapkan takziah buat utih dan kembo. di saat orang ramai menyambut tahun baru... suami dan bapa tersayang pergi meninggalkan dunia. harap utih dan kembo tabah dengan pemergiannya. dari kite lihat dia terseksa menaggung sakit. biarlah kita lepaskan dia pergi buat selamanya. bukan aku mendoakan pemergiaannya. tapi aku lagi kasihan melihat dia menanggung sakit terbaring saja.

walau macammana pun alfatihah aku sedekahkan...

aku nak balik tapi... pape pun aku kena tunggu abang ogy. kalo dia balik aku pun balik juga. walau apa pun dia pak cik aku,, bapa kepada sepupu yang rapat dengan aku. um.....

Hidup tak bermakna tanpa novel

1 comments
As-salam




Pertama kali mengenali dunia novel, aku bermula dengan Novel-novel karya Aina Emir ni. Ini pun kakak ipar aku yang bawak balik johor bagi mak aku pinjam. mula-mula tu aku langsung tak minat dengan novel ni. coz aku tengok mak aku bace, pah tu senyum pah tu tiba-tiba pulak menangis. aku selalu dok ketawa kan mak aku. baru bace ckit dah nangis. 1 day... aku belek-belek lah novel Sesuci cinta. bace sinopsis. baru bace suku aku dah give up. penat ar nak bace panjang-panjang niw...



Lepas tak jadi baca novel Sesuci cinta aku pun belek-belek novel Seharum kasih... fuhyo bile aku bace sinopsis aku terus shiok. ape lagi aku pun siap-siapkan tempat untuk membace, aku terus start membace hari tu jugak. and aku terus terbuai dengan jalan cerita yang real. yek ar aku terasa seperti aku lah rasya aleeya tu. coz aku pun bercinta dari enset jugak.

100markah untuk Aina Emir coz menghasilkan novel yang berkualiti.


Happy new year 2011

0 comments
as-salam





SELAMAT TINGGAL 2010




SELAMAT DATANG 2011


Menanti tiba saatnya tahun 2011. Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011. Azam aku untuk tahun baru ini??? um entah tak tahu, tapi daripada rancangan aku untuk tahun baru bulan baru dan hari baru ni... macam biasa ar, petama aku nak sambung belajar ambil SPM yang aku idam-idamkan selama ini, kedua aku mohon di perkuatkan iman, ketiga di murahkan rezeki, keempat og coz lah nak kuruskan badan. um seperti tahun lepas aku masih tak berjaya untuk kurus. bukan makin kurus but makin gemuks adelah. 

Um untuk yang kelima??? apa yer... um... hah! aku mahu di pertemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan ikhlas menerima aku seadanya (opsss!!! terlebih sudah).... ei tapi penting gak tau. yek ar selama ni pun aku selalu jumpa dengan lelaki yang tak bek je. taun ni nak yang bai-baik je lah.

yang ke enam, aku nak lebih succes dalam bidang penulisan novel ni. first aku akan terai hantar 2-3 bab ke pihak editor. yang ketujuh??? um... blogger!!! aku mahu aktif blogger. dan insyaallah tiada aral melintang aku mahu tulis entri satu hari satu entri. ok lah tu dari langsung tak de.

OK... buat mase ni, hanya itu saja azam aku untuk 2011. azam yang lain akan aku beritahu akan datang yer. tunggguuuuu!!!!!!

December 31, 2010

cerita cinta yna: Gara-gara BOLA

0 comments
cerita cinta yna: Gara-gara BOLA

Gara-gara BOLA

0 comments
as-salam

gara-gara bola aku bertekak dekat f.b dengan sowg kawan aku kawan aku ni owg indon lah kan. biase ar berkawan biar ramai sampai mat indon ni pun aku sapu jek buat kawan. sempena pelawanan bola antara indonesia dengan malaysia. aku ni memanglah kaki bangku, pulak tu aku langsung tak minat main bola niw. aku sekadar bertanya dekat mr R(mat indon ex-kawan aku) tu, sape yang menang perlawanan bola tu. Fuh!!!! dia kasi aku panas. dier kate Malaysia yang menang, aku pun ucap alhamdulillah coz malaysia dah menang....

eh tibe-tibe die cite sal bola kat aku, and macam mana malaysia boleh menang. die kate malaysia main taktik kotor, yak ni malaysia gunakan laser untuk mengaburkan pandangan pemain indonesia. yang aku panas sangat tu die kutuk-kutuk malaysia. macam lah aku ni bukan orang malaysia. die kata die malu jadi rakyat malaysia, aku pun cakap ar, buat apa nak malu, dia bukan rakyat malaysia. yang rakyat malaysianya aku. dan aku cakap 'AKU GAK MALU JADI RAKYAT MALAYSIA' dan yang sepatutnya malu die coz jadi rakyat indonesia.

walaupun aku tak mengikuti perkembangan bola sepak negara tapi cukup pantang bila ade yang duk kutuk-kutuk negara yang aku sayang niw. bagi aku malaysia ade lah negara yang aman makmur, tak macam kat negara dia. mase aku duduk kat johor aku selalu tonton tv sctv yak ni siaran indonesia, bile berita aku jadi sedih. bendera malaysia di pijak, di lukis gambar lanun. perh macam lah rakyat malaysia ni tak de hati dan perasaan.




Nak jugak!!!

1 comments
as-salam

Bila aku nengok blog2 owang len sumenye ade fan page aku je tak de
so hari ni sempena hari terakhir untuk 2010 dengan bangganya aku ishtiharkan
bahawasenya aku telah buat fan page untuk blog aku
ceritacintayna.blogspot.com

fuyooo!!! bravo bravo!!!
10 markah untuk aku
aku bukan nak glamour tapi nak cari kawan2
jer..tak salah kan


December 30, 2010

new blog

0 comments
Hari ini tiba-tiba aku terfikir untuk menukar profil baru...
dan jadi lah seperti yang aku buat tu
tak lah semak sangat
simple and stedy jek...
huhu...ok ar tu kan
aku ni kan cepat bosan tu yang 
aku tukar dengan yang baru
purple polka dot

aku tambah shoutbox
jam tik tok
and 
welcome 2 my blog

lagi2???
um aku juga tambah gambo2 ckit
gambar aku
gambar mak and abah
tak lupe gambar 
adik beradik aku
um nanti aku nak tambah gambar
kawan-kawan aku
tapi nanti lah
tunggu new enti ya...

December 12, 2010

sawan mayat

2 comments
lega rasanya bila mak dah mula nak makan... semuanya penangan sawan mayat. cian kat mak lah.. nak makan pun tak de selera. terbaring aje. abah pulak bukannya nak bawak mak berubat. setakat balik hari khamis urut ckit pah tu tak nampak bayang. agaknya mak dah tak de baru abah nak ingat kat mak. hampeh punye orang.

December 10, 2010

aku dan pelajaran

0 comments
hai... my b.
hari ini aku perlukan pendapat dari sesiapa aje. yang penting membantu aku. k... tahun depan aku dah pasang angan2 nak sambung belajar nak ambil spm. tapi masalahnya kalau aku amek spm aku nak g sekolah atau belajar sendri???
lagi 1 hal... my lurve syafiq tu macam mane? aku nak sangat amek spm ni. bukan pe aku dah puas duk umah makan tidur je. agy pun malu lah tak de spm..sedangkan kawan2 aku yang lain semua dah sambung belajar kat u.. aku je yang masih terkontang-kanting di bumi lok heng ni.
walau pun abang aku tak bagi tai aku kan degil. aku tetap gak nak amik spm ni.walaupun otak aku tak segeliga kawan2 aku. tapi mana tau hasil usaha keras aku, aku boleh dapat full A. and harapan dan impian aku nak masuk u...
aku nak amek aliran sastera and aku tak tahu subjek ape yang patut aku ambik.plz plz plz...
otakku bingung!!!!

December 7, 2010

i'm back...!

0 comments
Hai... hola..!
lama sudah aku tak menulis di blog kesayangan aku ini. maaf lah aku bz ckit. maklumlah tengah berangan nak jadi seorang penulis novel. 12 bab dah aku siapkan. hum... sekarang masih lagi menulis. target nak siap kan sebelum tahun depan..tapi tak sempat lah. dengan tak de lattop tak de makne nye leh siap cepat.

nasib bek lah ade neybook syilah. leh lah aku menulis di kala malam menjelma. bukan tak leh menulis time siang tapi idea tak masuk lah. so waktu malam je waktu yang sesuai untuk aku. huhu... awal tahun depan aku target leh siap. tak leh lama2. aku dah tak sabar dah ni.

aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh terjebak dengan dunia penulisan ni. tapi yang pasti aku memang gila menulis. yang pasti setahun aku punya tiga diari coz tak cukup 1 diari. aku mesti menulis. menulis dan menulis...

membaca pulak dah semestinya hobi aku sekarang ni. sambil menulis novel aku sempat bace novel. bukan nak ciplak tapi untukmenghilangkan bosan menulis. menulis aje bosan jugakkan.huhu..ok lah my love blog. ade masa aku menulis lagi ya.

yna fazlyna

October 4, 2010

cinta tak kesampaian

0 comments
Dari dulu aku sering berangan untuk memiliki lelaki yang sempurna. tapi tak penah dapat pun. dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. tak penah dapat.

aku ade lah suka kat sowang mamat ni. hensem boleh tahan. tapi dia tak leh terima aku coz aku ade anak. frust gile. dia kata kalau pun dia terima aku belum tentu keluarga dia leh terima aku... satu alasan yang menhancurkan hati aku.

sekarang dia bagi tau aku yang dia dah ade g.f. hancurlah sudah hati seorang yna fazlyna. nak buat macam mana.aku gemuk tak cantik and ade anak. walau cam mane pun aku doa kan dia bahagia. biar lah aku suke kat dia dari jauh.daus ishak...saye suke tapi saye faham awak tak leh terima saye..

September 26, 2010

new life..new boyfriend

0 comments
hai semua...

Hari ni aku nak bercerita tentang boy baru aku... name die Ikhwan. dia asal malaysia. and aku baru je jalin kan hubungan dengan dia. tapi kelakar pun ade... kecian kat aku kan. setiap kali couple tak penah nak jumpe. couple je lame tapi tak jumpe. tapi kali ni aku happy sangat2 ar.

Muke die cam cine..huhu. muke aku cam jawa. haha.. boleh lah. dari tak de.. rindu kat die sangat2 tau. tak puas asyik tengok gambar je. ti dia datang umah aku baru aku puas..haha

September 24, 2010

gemuk....!

0 comments
salam...

hari dah petang, dah lama aku tak menulis entry... maaf ye bz ckit. maklumlah duk umah ada jer yang nak di buat. sebelum tu aku nak ucap.. SELAMAT HARI RAYA buat semua. perkembangan aku yang terbaru adalah...jeng jeng jeng. ops! berat badan aku naik mendadak...! oh tidak!

sebelum raya timbang baru 80kg(obesiti) tup tup selasa lepas aku timbang lagi. alamak... bagai mahu pingsan. berat aku naik 6 kg. yak ni sekarang berat aku menjangkau 86kg. takutnye...! tapi nak buat cam ane??? selera aku datang membuak-buak. tak dapat di kawal lagi..

mak aku dah mula membebel bial aku mengadu berat badan aku naik.

" itulah makan tak benti. bile di tegur marah! bila berat dah naik baru nak mengadu..!"

peh...! panaz telinga aku mendengarnye. hah time raye ari tu agy ar. sakitnye hati aku. semua kazen aku perli. ejek, tah mcam macam lagi lah. tensyen tol aku tau...kawan-kawan tolong aku mengecilkan badan ku yang semakin membesar ni.

September 16, 2010

liku-liku perjalan 1 syawal

0 comments
lama bercuti dari ber blog ni... hari ni aku akan tulis entri sepanjang perjalanan aku menyambut 1 syawal bersama mak,abang emy, adik faris dan syafiq...

malam 1 syawal aku tido sekejap je, yer ar nak tolong mak masak lagi. hari raya mak aku masak ayam masak ungkep, sambal tumis and sate goreng...urm sedap gilew. sate goreng niw susah nak dapat kat umah orang len.
ye ar resepi ni mak aku dapat dari orang kilang tempat lama mak aku ar..

ni abah and mak aku...salah time aku tangkap gambar ni. waktu ni baru pas salam2.


senyuman aku tetap ade.huhu..tapi orang pose makin kurus aku pulak makin gemuk. dah pp tembam semacam..hehe

aku bersama-sama sepupuku..


bersama kembar..





on the way to kampung paya layang-layang, kluang.sepanjang perjalanan dak berdua ni tido je..

rumah embah aku..

syafiq suke betul bila sampai kat kampung,,bermain je keje nye..biase lah budak-budak.

ok sampai sini je sok sek aku kalini..

September 7, 2010

hari raya ohh... hari raya....!

0 comments
tak lama lagi hari raya akan kunjung tiba. tak sabar rasanyakan.. untuk tu dengan kesempatan yang ada... aku nak ucapkan SELAMAT MENYMBUT HARI RAYA... buat sesiapa yang mengenali diri yna (NORFAZLYNA BINTI WARNOOR) yna nak mintak maaf lah jika ada salah dan silap. dan kalau yna ada buat salah dan yna tak perasan harap korang maafkan lah ya.

aku bukan apa... takut tak sempat nak mintak maaf lagi..hehe.

ok untuk teman-teman blogger..selamat hari raya maaf zahir dan batin.

raya nanti jangan segan-segan datanglah rumah. kedatangan dialukan. tapi pape hal bagitau dulu. leh buat persiapan ckit.

yna fazlyna

buat julung kalinya...

2 comments
hari ni aku tak ada cerita untuk di karang buat tatapan semua. tapi hari ni aku akan memperkenalkan sepupu sepapat aku yang lebih kurang rapat jugak arr...



ni hafizah atikah binti md Jailani

merupakan along bagi kta orang semua. father dia anak sulung merangkap abang kepada mak aku..

September 1, 2010

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53

0 comments
sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekan yang ke-53. aku bangga jadi anak malaysia. yelah kan... malaysia ni tak macam negara lain. perang pun tak de...tapi aku harap tak kan ade perang atau perang saudara lah. aku takut. huhui...

bukan apa sebagai negara yang aman damai dan mengamalkan konsep 1 malaysia kite patut bertolak ansur and tak pyah lah gaduh2 ni. tak baik...

lagi 1, kes ganyang malaysia yang ngah berleluasa dekat indonesia. aku pelik lah. buat apa owang sana nak tunjuk perasaan macam tu. sedangkan berlambak orang indon yang tinggal di malaysia. sihat je.. siap di bagi makan minum, tempat tinggal.

tak sedar ke dorang ni, rakyat malaysia yang tolong dorang. bagi keje kat dorang. tak patut betul ar...!

malaysia ni aman damai je. ahaks! aku dah macam penceramah bebas lah pulak..huhu ok lah.


yna fazlyna

August 27, 2010

sebelum terlambat..

0 comments
Akum....

dah lama aku tak tulis entri, tak de cerita lah. tapi hari ni sebelum terlambat aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA pade sume manusia-manusia yang menganut agama islam.bukan pe, aku terlalu shok layan facebook sampai lupenak tulis entri ni.

sebut pasal facebook, kadang-kadang aku leh lupe sume bila dah layan facebook ni. ye ar kan,, add tah sape2. pah tu melayan tah sape2.
 klik cni www.facebook.com/yna fazlyna

August 7, 2010

sanggul arab

4 comments
Semalam aku pergi lah kedai cik Razak nak beli majalah mingguan wanita kononnya. Tapi majalah yang aku cari tu tak adelah pula. Dari pada bosan tak de benda hendak di buat. Aku beli majalah dara.com…

Selak punye selak, bacaan aku terhenti di ruangan Cahaya rohani. Tajuk DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA menarik minat aku untuk bace… tapi yang lebih wat aku teruja nak bace pasal tajuk ni ha… PENGGUNAAN SANGGUL KEPALA atau di kenali dengan “ SANGGUL ARAB”

Sekarang tengah trend pakai sanggul tinggi-tinggi ni. tapi fesyen ni dah di ramal Rasulullah SAW1400 yang lalu. baginda umpamakan sebagai “BONGGOL UNTA” hanya bonggol unta menonjol lurus ke atas manakala sanggul arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang.

Sanggul tak haram, Cuma ade batas nya. Wanita yang berambut pangjang boleh bersanggul dengan syarat sanggul itu di ikat k di belakang dengan menyondong ke bawah. Apa yang di haramkan ialah sanggul yang di ikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta.

p/s pesanan dari aku, berpada-pade lah bila nak bersanggul ni. jangan nak ikut fesyen sangat tanpa tau hukum halal dan haramnya.

July 30, 2010

2 tahun sudah

0 comments
30 Julai 2008 tepat jam 01.09 p.m aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel seberat 3.4kg. diam tak diam hari ini genap 2 tahun kelahiran MUHAMMAD SYAFIQ ke muka bumi ini. dah besar anak mama semakin nakal.

semase dalam pantang ade sesuatu yang menarik perhatian aku tentang syafiq ni. telinga syafiq berbentuk khalimah allah. tapi bila besar khalimah tu beransur hilang. tapi aku ade simpan gambar buat kenang-kenangan.gambar kenangan syafiq...



July 27, 2010

basikal untuk adik...!

0 comments
Semalam aku buat perjanjian dengan adik aku yang tersayang tu... kalau UPSR tahun ni dia lulus semua aku akan belikan dia basikal baru. tapi kalau dia tak lulus and dapat markah D @ E aku tak kan belikan basikal baru, and aku pulang kan semula basikal dia yang aku nyorokkan tu. amacam, okey tak...?!

Aku buat semua ni untuk dia. aku tahu tahap ke pandaian dia. dia boleh buat, tapi dia malas je nak belajar. aku tau adik aku tu tak macam orang lain. sejak dari perut lagi dia tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa. walaupun aku selalu belasah dia (bila dia buat hal) tapi aku sayang sangat dekat dia. aku tak nak lah satu hari nanti dia menyesal.

Selepas dia balik dari kem motivasi hari tu, aku nampak perubahan kat diri dia. dia dah tak keluar malam lagi. stay kat rumah je. bangun pagi pun dah tak susah..alhamdulillah. harap-harap berkekalan perilaku dia tu.

July 24, 2010

cinta sebelum @ selepas kahwin

2 comments
Cinta???

erm...zaman sekarang ramai pasangan berkahwin kerana cinta. jarang dengar pasangan berkahwin di sebabkan pilihan keluarga. paling-paling pun kena pakse je. tapi kebanyakan cinta selepas kahwin berkekalan lah. cinta sebulm kahwin ni aku tak berani jamin. coz dah banyak aku tengok bercinta bagai nak rak..sampai bertahun-tahun. tapi selepas kahwin, tak sampai sebulan kahwin dah bercerai.

aku..?

erm... tak berani nak cakap. coz selama ni aku bercinta tapi tak kenal muka pun. tapi kan kalau kawin dengan pilihan keluarga aku on je. yang penting aku kena kenal dia dulu. and dia boleh terima aku seadanya. agy pun aku takut bercinta bagai nak rak... pah tu tak bahagia and bercerai-berai. takutnya...!

July 23, 2010

degil gle...!!!

1 comments
Bangun je tido pagi tadi aku hangin 1 badan..! adik aku yang laki tu tak nak g sekolah. Puas pujuk pun dia tetap berkeras tak nak gi sekolah. Jalan terbaik, aku pun col mak aku, eh same juga. Dia tetap tak nak gi sekolah. Aku pun col ar bapak aku... em hampeh. same je! tak jalan juga.

Mula-mula abah cakap baik-baik ar kan... pujuk-pujuk. Tapi tak makan saman jugak. die tetap tak nak sekolah. aku ape lagi naik hantu ar!!! aku belasah dia cukup-cukup. berbirat badan dia aku henga. biar padan muka dia. baru dia tau aku ni garang...!

Sampai cikgu adik aku col bapak aku. cikgu suh adik aku datang sekolah juga. lambat pun tak pe. sebab ade taklimat penting. Tahun ni kan dia akan duduki peperiksaan penting.(UPSR)... aku sedih tau ngan perangai adik aku ni. sekolah agama tak nak. sekolah kebangsaan pun tak nak.

Aku ni yang nak sangat sambung sekolah, tapi tak dapat. tapi dia peluang kat depan mata pun dia tak mahu. dah ar tinggal dia je yang sekolah, tapi dia dah tunjuk kan minat tak nak belajar. aku pun tak tau ar nak buat macam mana lagi... nak di biarkan nanti hancur lah dia. bila di nasihat, masuk telinga kanan kua telinga kiri. langsung tak masuk nasihat yang aku beri 2...

Wahai adik ku tersayang..kenapa buat akak macam ni. akak nak adik pandai.. and berjaya.

July 22, 2010

perempuan dan diet

5 comments
Aku tak mboh cakap sape2..tapi tergolong dengan orang yang gle berdiet. coz aku rase badan aku terlalu gemuk. walaupun sudah puas berdiet tapi tak kurus2 gak. myb aku tak leh nak jauh kan diri dengan nasi. nasi satu-satunya makan yang aku suka sangat. selain tu aku gak suka makan coklat,ais krim and masak ayam kari.

Entah ar nape, tapi aku leh bertahan untuk diet seminggu or sebulan je. and pah tu terus aku makan semula makanan kesukaan aku tu. tapi hari ni aku dapat tau sesuatu yang membimbangkan aku. KOLESTROL tinggi!!! uiii aku takut.

Ade sowang mak cik bagi tau kolestrol tinggi boleh sakit jantung. aku tak nak mati cepat. so mulai hari ni aku kan berdiet,, and tak kan makan makanan yang berlemak and berkolestrol tinggi lagi. mulai hari ini, saat ni aku akan berdiet. aku nak kurus and tak nak mati cepat.

MENU DIET

sarapan: 1biji epal
              3keping biskut
              1gelas air masak
              1gelas susu rendah lemak
tengah hari: 2 gelas air masak (sebelum makan)
                  makan ikan and sayur
                  jangan makan nasi
petang: 1gelas air masak
            1biji epal
            3 keping biskut
malam: 1gelas susu rendah lemak

~banyakkan minum air putih....erm cukup ar ni.

July 21, 2010

sebelum dapat bukan main lagi...

6 comments
Melihat dari mate kepala aku sendiri...al kisah seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki.Aku panggil kak M je lah. Kak M merupakan anak sulung di dalam kuarganya. And laki dia pula anak bongsu. Nak di jadikan cerita sebelum mereka berkahwin laki dia baik sangat. Kemana bakal adik ipar ajak kluar dia ikut je. and dia mesti hantar.

Tapi setelah hampir setahun berkahwin, laki Kak M tu mulalah tunjuk belang. Adik-adik ipar ajak kluar je dia tak mahu. And kak M tak leh buat ape. kadang-kadang aku kcian dengan Kak M, adik-beradik dia ramai. and dah jadi tanggung jawab Kak M lah untuk membantu kluarga. walaupun waktu tu dia dah kahwin.

Sebelum kak M kahwin segala keperluan di rumah kak M yang sediakan. tapi selepas kahwin ni dah susah nak bantu keluarga... kad bank pun laki dia pegang. coz laki dia takut kak M bagi duet kak mak dia.

Moral of the story... sebelum dapat jangan berlagak baik, tapi bila dah dapat segala tembelang pun pecah.

July 20, 2010

lyka& noah(SHE WOLF)

0 comments
Semalam tepat jam 4.00 p.m berakhirlah sebuah kisah cinta antara Lyka & Noah. She wolf last sentinal... puas hati dengan cerita Lobo tu. Tak lah macam cerita dari seberang yang lebih banyak mengarut. Cerita meleweng-leweng. Tapi cerita Lobo ni best, tak rugi aku setia menghadap tv dari jam 3p.m sampai ke 4p.m...

Terima kasih lah dekat tv3 coz tayang kan cerita yang best macam tu. Walaupun mengisahkan tentang serigala jadian tapi banyak pengajaran. Yang jahat akhirnya mati...

Cerita baru yang gantikan Lobo ni aku tengok macam best je...korang sume jangan lupa mengikutinya...

July 18, 2010

birthday my son...resepi kek

0 comments
30 julai akan tibe tak lama lagi. Nak bagi hadiah ape ye untuk anak ku yang paling comel tu??? nak buat kek, tapi aku tak pakar dalam bab2 buat kek ni. yang aku tau makan kek ade ar. haha!!!

Tapi masalah sekarang ni, kek ape yang sedap dimakan dan mudah di buat ye??? help me,, bagi resepi buat kek yang sedap and mudah di buat...plez...!

July 17, 2010

buah durian

2 comments
Bila musim durian tibe, teringat waktu aku budak-budak dulu. Abah mesti beli durian 1 bakul. Untuk aku anak kesayangan die lah katekan. tapi itu dulu lah.sekarang mengidam je lah. bila mintak tak de maknanya dia akan belikan.
     Tapi yang aku hangin sangatkan, hari-hari balik umah bukannye nak masuk dalam. tapi terus je gi belakang umah. nak tau sebab pe??? sebab durian ar. geram tol aku. kadang-kadang aku terpakse nyorokkan durian tau. sebab takut abah aku amik.
     Yang peliknya hari-hari dia amek durian kat umah aku. setahu aku abah tak berapa minat makan durian. paling-paling pun abah akan jamah seulas setiap durian. bila aku risik-risik kat mak. rupanya bukan abah yang makan durian.

Tapi perempuan tu.

      hai...nasib-nasib.nak makan durian pun terpaksa berebut ngan mak tiri. adik tiri pun hantu durian.