Followers

May 26, 2011

Tanda2 lelaki ini merbahaya...!

6 comments
Penulis buku BUT HE SAYHE LOVES ME: HOW TO AVOID BEING TRAPPED IN MANIPULATIVE RELATIONSHIP Dina Mc Millan telah memberikan tip tentang lelaki yang merbahaya untuk anda dampingi...

  • Suka mengungkit kesalahan anda
  • Menghadkan kehidupan sosial anda dan merasakan anda tanggungjawab si dia sepenuh masa
  • Suka memaki hamun apabila keinginan tidak ada kaitan dengan anda
  • Mengubah penampilan anda yang tidak berpadanan dengan diri anda

May 24, 2011

AMALKAN 10B!

6 comments
AMALKAN 10B!

10 B tu apa ek...? jom aku bagi tau pade sesiapa yang berminat ye...huhu aku saja je mahu kongsi sama korang semua. ini pun kebetulan aku terbaca dekat papan iklan dekat Klinik kesihatan felda lok heng minggu lepas masa aku balik johor. biasa lah aku ni kan suka membaca, ade info menarik aku kongsi lah sama korang semua...

  • Bertenang

  • Bernafaz dengan dalam

  • Berkata relakslah

  • Beribadat

  • Bercakap dengan seseorang

  • Berurut

  • Berehat dan mendengar muzik

  • Beriadah

  • Bersenam

  • Berfikiran positif

May 21, 2011

THANZ to... TAUFAN!

0 comments
As-salam

Selamat malam semua... lama aku menyepi dari dunia blog kan. rasa2 nya ade tak yang merindui aku??? tak tau lah aku nak jawabnya. aku bukan lah blogger famous macam BEN ASHAARI or CIK EPAL. aku juz blogger biasa yang baru nak mencari tapak dalam dunia blog ni. harap2 ade jugak lah yang merindui aku ni....huhu

Selama menyepi aku ade lah suruh seorang bloger ni buat kan aku header. and alhamdullillah akhirnya blo usang aku ni punya header jugak. tema LOVE uoll...huhu jiwang ckit lah. waalaupun aku sebenarnya cuba lari dari tema jiwang tapi aku puji kat TAUFAN coz sekejap je dia wat kan header untuk blo aku ni...



Wahhh....sebenarnye aku tak sangka lah dia sudi wat kan header untuk blog aku ni. tq sangat2 lah kat dia. bila aku tanye bab upah,, dia kate tak payah. so sebagai membalas jasa dia yan bermurah hati nak derma kan header untuk blog aku,, aku nak masukkan dia kat bloglist blog aku.huhu ok lah tu kan....

May 8, 2011

Tak de sape nak buat kan aku header blog kan...

5 comments
As-salam

Sedih je ayat aku kan. tapi tol lah... tak de sape yang sudi buatkan aku header blog. sedih je kan... cian tengok blog aku yang tak de header ni. nampak usang sangat2. aku pun tak tau nak tempah header kat sape. nak buat sendri tak cantik pulak. agy pun kalo aku buat sendri aku lebih banyak komen sendri je. pah tu aku tak hargai header yang aku buat tu...

kalo orang lain yang buat kan myb aku lebih menghargainya lah kan....

Love LOVE Love My MUM mumuah!

3 comments
As-salam

LOVE LOVE LOVE MY MUM MUMUAH!

Antara mak and abah... sayang aku pada mak lebih melimpah ruah. sebab aku lebih banyak menghabiskan masa dan membesar dengan mak. ye lah kan... my father ade 2 bini so dia lebih senang menghabiskan masa dengan bini die tu. aku pulak dah terbiasa dengan mak je. mak lah emak, mak jugak lah kawan tempat aku bercerita dan bergosip...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU tuk mak yang myb tengah tido coz baru balik kerja,, untuk para ibu yang berada di luar sana dan juga pada bakal2 ibu yang sedang menanti saat bergelar ibu. opps lupa. SELAMAT HARI ibu juga pada diri sendri... huhu.

HARI IBU??? sebenarnye hari... hari... hari ibu. hari2 kita kena menghargai ibu yang melahirkan dan jugak membesar kan kita ni. pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya begitu besar. begitu terseksanya hendak melahirkan seorang anak ke dunia. nak mendidik dan membesar... aduhh terlalu besar pengorbanan mu wahai ibu2...

gambar ini di ambil bulan 6 tahun lepas...


May 4, 2011

BLOG BERUBAH WAJAH!

0 comments
As-salam

Hai korang...korang semua. selamat petang aku ucapkan... korang pasan tak kat blog aku ni??? lain macam or tak? huhu... aku kembali menggila mengubah suai blog aku kepada yang simple2 je. ok ar tu dari serabut dengan benda yang bukan2 baik aku buang apa2 yang tak patut dan letak yang patut saja.


header blog lama tapi aku saja letak. balik johor ti baru aku buat baru...

MUHAMMAD SYAFIQ my LOVE...

pasan tak ade gambo dak botak comel??? hum myb ade yang tau sapa dak tu. and ade gak yang tak tahu... yang tau diam2 sudah... huhu. ok lah korang sila lah menikmati blog usang aku ni... and dah bace jangn lupa komen dan bagi pendapat yang boleh memajukan blog usang aku ni... 

May 3, 2011

budak baru belajar!

1 comments
AS-salam

Selamat pagi korang. rasenye dah nak ke tengah hari. aku geram ni. penat2 aku menaip tibe2 je hilang. ni nak kena taip balik. aku nak kongsi ngan korang ape yang aku buat semalam... huhu budak baru belajar. semalam aku belajar dua benda lah. aku baru je belajar main bowling+karaoke.

TENGAH HARI:
gerak ke MIBC dengan menaiki myvi silver. sebenarnye aku dah lama teringin nak main bowling ni. tapi belum berkesempatan je lagi. aku pikirin main bowling ni senang dan mudah. juz campak je bola tu. rupanya hampeh... lebih banyak masuk longkang dari jatuhkan pin. haha... gelak tak sudah aku bila di kalahkan dengan teruknya oleh kak ipar aku tu. pusingan pertama and ke dua aku juz dapat jatuh kan pin semua.. 1kali je... sedih tol.

PETANG:
dah petang perut baru nak berkeroncong. apa lagi... pah memenatkan diri dekat MIBC tu kite orang gerak ke mydin,, tapi hampeh. mydin sesak dengan kereta dan orang yang ramai berpusu2. abg aku pun dah membebel.. so kite orang pun geraklah ke MP. dekat MP pun sesak jugak. tapi cilok sane cilok sini sampailah ke tempat parking. terus je cari food coart dan menternak lemak. lepas menternak lemak kite orang pun terus ke pusat karaoke. menguji suara masing2. aku pulak malu2 agy. ye ar budak baru belajar lah katakan...huhu tapi kak iapr ngan abg aku selamba dok je menyanyi terjerit2. langsung tak kontrol.

huhu... nama pun budak baru belajar perihal dunia luar. still malu2 lah kan. tapi len kali aku akan tunjukkan taring aku pulak.. cehhh tinggi nya cita2 aku ni kan... huhu