Followers

August 29, 2013

KZ Nabihah Inspirasi Untuk Wanita.

0 comments
Assalamualaikum...

Petang ni yna nak bercerita tentang Maxi Dress Lycra yang terjual di pasaran sekarang ni. Korang perasan tak? kebanyakannya yang terjual sangat kurang sedap untuk di pakai, melekap kat body. untuk orang yang berbadan kurus okey lah jugak tapi untuk plus size macam yna ni memang tidak sesuai okey lebih-2 lagi untuk orang bertudung...

Yna ada pengalaman nak pergi dinner time tu, dah emergency gila, beli baju pun main tangkap muat je. bila pakai time dinner tu peh mata yang memandang membuatkan pergerakan yna sangat terbatas. melekap kat badan and tah lah yang penting tak selesa. sekali je lah yna pakai time dinner tu.

Sejak tu yna serik nak beli Maxi Dress Jenis Lycra.

Tapi kali ni yna nak mempromosikan produk Exclusive By KZNabihah yang memang auuummmm Lahhh!


Baca ini antara Detail:
1) Produk keluaran KZNABIHAH adalah berkualiti tinggi tidak sama dengan penggunaan material Lycra yang berada di pasaran. Sangat berbeza kerana mereka menggunakan material lembut & jatuh terletak.
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

2) Semua koleksi KZNABIHAH di reka sendiri & di jahit dalam production house sendiri. Oleh itu semua item eksklsuif serta tiada persamaan dengan tempat lain kecuali peniruan tetapi masih juga tidak boleh di bandingkan dengan kualiti.

3) Semua warna2 keluaran KZNABIHAH sangat menawan & anda sukar nak dapatkan tone warna yang sama seperti di KZNABIHAH kerana produk adalah eksklusif tetapi masih mampu milik.

4) Yang penting KZNABIHAH menyediakan  Koleksi daripada saiz S sehinggalah ke saiz 6XL,korang cuma perlu memilih mengikut carta ukuran yang telah di berikan. Jangan rasa diri terlampau besar kerana kebiasaan pembeli di KZNABIHAH meilih saiz terlampau besar kerana merasakan mereka sgt besar & kain melekap.. Kemudian menyesal sebab tersalah anggap =)

TIPS PENGTING: Tips nya anda perlu membeli pita ukur kemudian buat ukuran sendiri sebelum membeli

5) Segala urusan pembelian perlu di buat di  website atau email KE:

WEBSITE :  www.kznabihah.com
FACEBOOK : Kznabihah Boutique
INSTAGRAM : KZNABIHAHBOUTIQUE
BUTIK OFFLINE : NO 20-02, SERI BANGI, JALAN 8/35,SEKSYEN 8, BANDAR BARU BANGI.

 Seretakan sekali KOD KUPON sewaktu membuat urusan pembelian.
 KOD KUPON ANDA :  LYNN/KZNABIHAH

 

https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
 #Dah cuci mata berminat sila buat urusan pembelian di KZNABIHAH bOUTIQUE

August 27, 2013

Maafkan aku...

0 comments
Assalamualikum,

Hari ni pagi yang suram buat yna. dari semalam lagi air mata ni asyik mengalir menandakan hati yna memang tak happy. pagi semalam yna happy sangat bila dia kata nak datang, happy sebab lama tak jumpa dia, tak tengok muka dia...

Rupanya kegembiraan tu tak berpanjangan, sampai je dia kat waha dia terus buat keputusan yang betul-2 yna tak sangka. kali ke-2 dia putuskan hubungan ni, saat yna betul-2 ngah sayang and cinta kan dia sepenuh hati. Ya allah! sakitnya apabila di tinggalkan oleh orang yang kita cinta.

Punca??? yna punca nya, kalau yna tak mesej ngan ex dia mesti semua ni tak jadi, kalau yna padam mesej yang yna mesej ngan ex dia mesti semua ni tak kan jadi. kalau dapat di undurkan waktu yna dah undurkan, tapi takdir tuhan penentu segalanya.

Nak benar dia marah sangat kat yna, seakan-akan tiada maaf lagi untuk yna. yna merayu pun tiada guna, dia dah buat keputusan sendiri. sekali lagi dia buat keputusan tanpa berfikir panjang. dia minta yna jangan ganggu dia lagi, dia nak bersendiri. yna cuba ikut kata dia, yna hormat keputusan dia. mudah-mudahan akan ada kabar positif dari dia untuk hubungan kami ini.

Malam tadi bila kerja yna tak dapat fokus, asyik ingatkan dia saja. walauupun hubungan kami masih hijau masih mentah baru 6 bulan tapi rasa cinta and sayangyna kat dia berbeza ngan lelaki-2 yang yna pernah kawan sebelum ni. hanya tuhan yang tahu betapa yna sayang kan dia.

Yna terima kekurangan dia, yna terima segala pemberian dia tanpa kisah harga, macam mana ingin melupakan sedangkan hati masih sayang. cincin pemberian dia yna masih pakai, pic dia kat wallet yna masih tak usik, masih elok kat citu. rakaman suara dia yna masih simpan and dengar bila rindu, pic dia yna tak padam lagi kat lattop ni....

Yna rasa bahagia sangat dengan dia, rasa happy bila berada dekat dengan dia. tapi bila ini terjadi yna tak tahu nak pk ape lagi... ya allah! kuatkan semangat aku...

Mudah-mudahan dia untukku, and dia kembali kepada ku...

August 26, 2013

Kesihatan kulit itu Perlu.

0 comments
Assalamualaikum...

Selamat pagi friends, blogger and sape-2 je. huhu bangun pagi hari ni dengan penuh semangat kononnya nak pergi joging kononnya. tapi mesej-2 kak yan. kak yan tak dapat join pulak. dah cancel tak jadi joging, semangat nak kurus katanya. 

Iyalah, yna ni bila time bulan ramadhan je berat mesti naik, bulan syawal??? lagi lah naik. berganda-2 lagi tahu. ini pun ramai dah tegur isu berat badan. tapi ada 1 lagi yang mereka tegur yna tak marah tapi lagi suka. huhu tentang kulit muka.

Bukan nak riak atau berbangga diri, tapi saja nak share dekat mereka yang punya masalah kulit. yna ada 1 produk ni memang terbaik lah. yna tak pernah jumpa produk yang terbaik macam ni, and walaupun skip-2 ambil tetap nampak perubahannya.

 
Sebelah kiri sebelum, sebelah kanan selepas...

Huhu tu yang semangat berbisnes kembali. kalau ada sesiapa yang berminat boleh pm yna kat facebook Yna Fazlyna 1kotak RM55.00 1 set RM165, free postage. \

LUVER9 bukan saja untuk kesihatan kulit tapi ade pelbagai khasiat di dalam 1 kotak luver9 ini. Ini antara testimoni yang berjaya dengan Luver9 Collagen+.
 

 

August 24, 2013

Lama menyepi.... Selamat hari raya!

0 comments
Assalamualaikum...

Wahhhh sudah agak lama jugak Y.F menyepi dari dunia blog ni, lebih kurang 4 bulan jugak yek. Waduh, blog pun dah berhabuk ngan sarang burung.. huhu. hati tenagh bunga-bunga tu yang nak update blog pun tak menyempat.

Di kesempatan ini, masih sempat lagi untuk Y.F mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali dan juga kepada rakan-2 blog yang mengenali diri ini(ceh macamlah ada blogger yang kenal Y.f ni). Sempena bulan baik hari yang baik Y.f harap korang ambil yang jernih buang yang keruh..

Pic Y.f di hari pertama.. yellow kou jah! menyerlahkan

Bergambar selepas bermaafan... ini je yang ade. 
Baju raya ke-2.. mix and match je. JDT katanya..
Bersama Faizah sepupu gila snap macam Y.f lahhhh...

Walau apape pun raya tahun happy walaupun adik beradik tak dapat berkumpul, pagi raya lepas salam-2 bermaafan yna and family gerak balik umah atok.. pah tu gi rumah mak long and last pergi rumah wak yah(kakak abah).

Balik rumah tak sampai 5 minit si Bintang hati datang, tahun lepas beraya dengan ex. tahun ni dengan bintang hati... huhu 

Bergambar berdua tak da, gambar kombine pun jadi lah kan...

Peace yooo...huhuhuhuhuhu