Followers

September 30, 2011

Blog berubah wajah... [ceritacintayna.blogspot.com]

0 comments
As-salam

Hai korang korang yang sudi singgah+membaca blog usang yna ni. hummmm ada yang perasan tak blog yna dah jadi warna biru pulak... sebelum ni warna purple,hitam and sekarang biru pulak.. tah le tiba-tiba saja terminat polca dot kaler biru... ok, now masa untuk yna ubah suai blog menjadi mesra pengguna..

Ok... ada tak sesiapa yang berminat nak tolong yna ni? tak banyak pun yna nak mintak tolong... juz mintak tolong buat header and ubah lah ckit2 kat blog ni. biar kasi mesra sikit. kalau ada yang sudi sila inbox YNA FAZLYNA ti leh bincang apa2 yang patut mengikut selera berubah-ubah yna ni...

Habis citer pasal blog ni yna nak tanye pendapat korang tentang masa depan... yna nak tanya pendapat koranglah kan,, yna nak buat bisnes,, tapi tak tau nak buat bisnes pe. minat yna 1 je... baca buku + menulis... 2 perkara ni memang tak dapat di pisahkan dari hidup yna...

 Mak cik yang cadangkan yna buat bisnes, memandangkan kalau yna kerja, syafiq tak de yang jaga.. tu yang tiba2 gatai nak berbisnes... cepat2 yna perlukan pendapat korang... plezzzz!


September 19, 2011

Kain mak cik terkoyaklah! [ceritacintayna.blogspot.com]

3 comments


"Mak cik, mak cik... kain mak cik terkoyaklah."
mak cik: " kenapa mak cik tak perasan ye?"
" senang je jawapannya. memanglah makcik tak perasan. dah mak cik sebok jaga kain mak saye,, sebab tu mak cik tak perasan kain mak cik terkoyak!"

hah ambik kau debik kat muka! hum... ni lah masalah bila dudukdi felda@kampung. ada saja orang yang hendak menyibuk jaga tepi kain orang. kalau jaga yang betul tu tak apa lah jugak. ni yang sebok2 jaga hal orang lain buat apa. jaga hal sendiri lebih baiklah. kainsendiri koyak tak perasan, kain orang lain sebok dia nak menjaganya.

baik makcik2 sekalian ni pergi surau, buat amal ibadah. baru betul!

semalam aku betul2 geram+sedih. tolonglah... aku mohon sangat2 jangan masuk campur hal aku lagi. aku tahulah nak uruskan syafiq tu macam mana. aku bukan tak nak nikah. tapi aku still tak jumpa jodoh yang betul2 boleh terima syafiq sebagai anaknya. aku tahu lah tak lama lagi syafiq akan sekolah. masalahnya kalau aku nikah main tangkap muat je, nanti siapayang merana? aku jugakkan!

aku hargai 'pendapat' korang yang menyakitkan tu. tapi tolonglah hormat perasaan aku. macamlah aku ni tak de perasaan sampai korang suruh aku buat perkara yang dah terang lagi bersuluh aku tak nak buat. kalau aku nak buat perkara tu, dah lama dah. dari syafiq belum lahir lagi. sekarang pun dia dah kahwin. dah ada anak bini. biarlah dia ngan kehidupan dia. and aku dengan kehidupan aku sendri.

semalam aku betul dah putus asa dengan hidup aku. aku rasa macam nak mati je. habis cerita, tak pun lari jauh dari felda yang menyakitkan ni. tapi sampai bila aku nak lari? sedangkan masalah tu akan terus membelengu aku! ya allah! aku rasa aku dah tak kuat lagi nak menghadapi cobaan mu ini! orang kata apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. tapi aku masih tak jumpa lagi hikmah hidup aku ini!

kalau lah aku tahu hidup aku akan jadi macam ni,, dari kecik lagi aku suruh mak aku bunuh je aku. biar aku aman dekat dalam sana! bila syafiq lahir,aku tak fikir apa pun. yang aku fikir nak besarkan dia dan didik dia jadi anak yang soleh. tapi langsung tak terfikir tentang masalah yang satu itu....! arrrhhhh! ak sangan tertekan sampai mengganggu tidur malam aku.

tahu tak aku sekarang ni terpaksa telan pil kk untuk tidur malam yang lena. aku taksuka fikirkan masalh ini. tapi masalah ini akan terus mengejar aku selagi aku masih bernafas!




September 1, 2011

Perlu ke kahwin???

2 comments
As-salam

Selamat malam korang...!

tajuk- Perlu ke kahwin??? perlu ke??? tah ye... tapi kalau dah di tentukan untuk menikah harus ke di tolak jodoh itu? kalau aku pulak aku tak tahu... pengalaman yang aku lalui sekarang ni buat aku takut nak kahwin. Sebenarnya aku tak suke poligami... tah le. aku memang tak suka berkongsi. aku ni dah lah kuat cemburu, kalau berkongsi ade kang yang makan hati ..
aku: Mak nak akak kahwin umur berapa?
mak: ...(senyap)
aku: Mak cepatlah jawab...
mak: ... mak sebenarnya tak kesah. kalau kau dah jumpa jodoh, nak kahwin ye kawin. tapi kalau ko tak nak kawin pun tak pe. mak faham keadaan kau sekarang ni.
aku:...(senyap)
mak: buat masa sekarang jangan fikirkan pasal kahwin lagi, fikirkan pasal syafiq je dah cukup... tak payah nak pecahkan kepala otak mikir hal yang bukan2 tu!(ayat aku tapi lebih kurang sama ngan apa yang mak aku cakap)

um... ni lah syafiq pengarang jantung hati aku!

buat masa sekarang aku memang malas nak fikir tentang kawin selagi aku tak jumpa lelaki yang betul2 boleh terima syafiq kerana sayang bukan kerana terpaksa. lagi pun buat masa sekarang aku memang dah tak de hati dekat insan yang bernama lelaki. biar lah jodoh tu datang sendri dan bila aku betul2 dah sedia.

p/s: moral- berfikir dulu sebelum buat sesuatu yang tak di duga..!

Selamat hari raya!

1 comments
As-salam

Hai korang...! sebelum terlambat aku nak mengucapkan selamat hari raya pada sesiapa saja yang menjadi follower blog ceritacintayna.blogspot.com maafdi pintajika selama aku menulis blog adeayat2 ataukata2 yangaku luahkantelah menyinggung hati sesiapa... 

aku &  adik faris

Pagi raya yang tak berseri tanpa kehadira seorang ayah...

p/s: oklah dapat update ni je... ni pun curi2 kua g cc..huhu salam