as-salam
Lama aku tak tulis cerita tentang diri aku kan. um aku pun tak tau nak tulis apa. Cuma aku di dalam di lema. aku risau ngan rambut aku yang mulai rosak sejak akhir2 ni! tibe2 syaitan dalam diri menghasut aku untuk buat rebonding rambut. aku tak tau nak buat ke tak! tu yang di lema sangat ni!
cuba lihat pic aku bertudung ngan tak bertudung!
ni pic aku bertudung chantekkk tak???
ni yang tak bertudung,,em not bad
Tapi aku rase aku nak buat. cume bila fikir2 balik rasa membazir je kan menghabiskan duet semata-mata untuk rambut. lebih baik aku menghabiskan duet untuk shopping shwal yang cantik2 tu untuk menutup rambut aku yang dah rosak tu kan. tol tak???
kebanyakkan remaja perempuan sekarang bertudung bukan sebab tuntutan islam, tapi sebab fesyen. tengok je lah perkembangan fesyen zaman sekarang. macam2 ade. aku bukan nak mengata orang lain. aku juga terikut2 sama dengan cara remaja zaman sekarang yang bertudung tapi pakai baju ketat.!
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment