Followers

July 27, 2010

basikal untuk adik...!

Semalam aku buat perjanjian dengan adik aku yang tersayang tu... kalau UPSR tahun ni dia lulus semua aku akan belikan dia basikal baru. tapi kalau dia tak lulus and dapat markah D @ E aku tak kan belikan basikal baru, and aku pulang kan semula basikal dia yang aku nyorokkan tu. amacam, okey tak...?!

Aku buat semua ni untuk dia. aku tahu tahap ke pandaian dia. dia boleh buat, tapi dia malas je nak belajar. aku tau adik aku tu tak macam orang lain. sejak dari perut lagi dia tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa. walaupun aku selalu belasah dia (bila dia buat hal) tapi aku sayang sangat dekat dia. aku tak nak lah satu hari nanti dia menyesal.

Selepas dia balik dari kem motivasi hari tu, aku nampak perubahan kat diri dia. dia dah tak keluar malam lagi. stay kat rumah je. bangun pagi pun dah tak susah..alhamdulillah. harap-harap berkekalan perilaku dia tu.

No comments: