Followers

February 23, 2011

Aku cemburu dengan kepakarannya!

8 comments
As-salam

Selamat petang semua... lalui hari2 anda dengan senyuman manis. senyum... tak perlu kata apa-apa senyum,, kalau kita senyum semua orang berjangkit,, bila semua orang senyum dunia tiada penyakit! wah wah aku menyanyilah pulak.. dah lari tajuk ni.. ok macam ni,, aku sangat cemburu dengan kepakaran yang dia ade dan aku tak ada. tersangatlah cemburu. coz dia lelaki tapi dia gebu,, lagi satu kepakaran yang aku cemburu sangat dia pandai memasak. dan segala resepi dia ade di blog
(sila klik gambo tuk ke blog lelaki gebu ini)

Petang yang indah di serikan dengan kicauan burung yang bebas bertebangan,, aku bangun dari tido yang sekejap tak sampai setengah jam kau melelapkan mata. on lattop,, perkara pertama yang aku buat,, bukak facebook cek ade msj ke tak. pah tu bukak blog. kebiasaannya aku terjah blog BRO BEN,, tapi ni aku derhaka dekat bro ben aku terjah blog jiran dia dulu.

Aku cuci mata tengok makanan yang lazat2 dan sungguh menyelerakan. tiba2 aku terfikir tuk buat entri tentang blog PAK CIK MAT ni. huhu...pak cik ea. umo pak cik ni pun aku tak tau.. tapi aku memang bangga kalo orang lelaki pandai memasak ni. coz tak ramai orang laki yang pandai masak dan masakan tu sedap.. walaupun aku tak pernah makan makanan pak cik mat tapi dari gambo2 yang tersedia,, terserlah kesedapan air tangan pak cik mat ni...

Aku sangat jeles kerana aku tak ade kepakaran itu. kepakaran aku hanyalah memasinkan makanan. coz aku tak pandai nak merasa makanan. teringin nak menghasilkan makanan macam pak cik mat. tapi aku tak yakin aku mampu lakukannya. coz aku give up setelah kecundang sewaktu bat kek coklat dulu. walau apa pun aku tabik hormat dekat pak cik mat....

February 22, 2011

tunang? aku pun nak...

1 comments
As-salam

Selamat malam semua aku ucapkan pade yang sudi singgah blog aku ni... malam yang dingin perut mula berkeroncong minta di isi. ohh tidak! hanya segelas milo'0+oat menjadi pengals perut ku. aku lapar tapi... faktor berat badan buat aku jauhkan nasi untuk makan malam aku. apa yang aku melalutkan ni aku pun tak tahu... tiba2 malam ni aku mood sedih sekejap.

Seorang lagi kenalan aku bertunang dan akan menamatkan zaman bujang akhir tahun ni insyaallah! tapi aku... masih lagi menanti ketibaan pangeran cinta sejati. jelez, ye memang aku jelez. walaupun sebenarnya aku tak perlu nak jelez,, jodoh masing2. dah sampai jodoh mereka jadi bertunanglah mereka. alahai aku sunyilah tanpa kekasih hati...

Kekasih aku dah bertunang dengan perempuan lain. tapi aku masih setia single kan diri sendri... mak abah cukuplah tu kawal hidup ku ini. anak mu capek hidupnya di kawal terus. berilah kepercayaan untuk anak mu bebas dan mencari pasangan hidup sendri. kadang2 seronok tengok orang menikah. tapi aku.. adoiii!

Hanya bermimpi di siang hari je lah...

segmen: AKU NAK KUTUK BLOG MYUNG DAE

0 comments
(klik pada gambar untuk sertai segmen)

As-salam

Ya ampun!!! tajuk dia mak ai. aku nak kutuk macamlah blog aku ni bagus sangat. cantik sangat... cantik ke??? huhu... ni juz segmen kelolaan en MYUNG DAE. dia buat segmen yang aku tak pernah terfikir pun nak buat.. wah2. tapi bila di beri peluang tuk kutuk mengutuk ni aku ok je... jom pakat ramai2 kutuk blog MYUNG DAE ni!

KUTUKAN
  • Apa yang aku tengok kat blog myung ni. dia kedekut! tak de bloglist. cuba ke dia buat bloglist so same2 leh tukar2 link. kan kira leh pomot blog jugakkan.
SUKA LAH JUGAK
  • Warna blog dia hijau+ hitam. aku suka. nampak menarik dan cantik. tapi terlalu pekat sangat kaler nye.
  • butang like ade,, shoutbox pun ade. ok menarik...

Dah tu je aku nak komen. komen lebih2 kanga de pulak yang saman menyaman akibat kepedasan mulut ku ini...ok aku nak tag my bbff


2 je lah.



review: KISAH HIDOP PHENOBARBITON

0 comments
As-salam

Selamat maghrib semua haha,, amboi dari pagi baru sekarang aku berpeluang nak update blog. ni pun juz nak review blog incik ALI... merajinnya aku hari ni. aku rajin coz dia ni my kazen dekat. mak dia kakak kepada my father so kite orang memang kazen dekat ar... kecik2 tak rapat pun dah beso2 sejaka de fb ni baru nak kenal sedara... biase ar aku ni pemalu nak tegur pun malu. padahal dia ti kazen aku.

(klik gambar tuk ke blog En. Ali)

Jom lah g blog dia. huhu nak tergelak coz warna tema blog dia same ngan aku dah. Htam kelabu purple... aduhai en. Ali header kita tak sama tapi warna tema same dah.... ok my follower jom lah pi blog kazen aku ni yer...

February 21, 2011

Angin rindu cadbury!!!

3 comments
As-salam

Hai korang! selamat malam semua. tq coz sudi baca blog aku ni yer. pas review group blog aku terus senyap tak de update entri baru.. huhu sowi lah der aku bz... kazen my kak ipar datang and aku kua dengan depa semua pi dataran pahlawan. capek deh! berjalan dari satu kedai ke satu kedai. coz mis jijah nak cari enset baru.. tu yang terpusing sane terpusing sini mencari fon yang berkenan di hati mis jijah!

Akhirnya jumpa jugak... nad sebagai upah kepenatan aku ni miss jijah belanja kiteorang KFC...huhu so kami pun menternak lemak di kfc sehingga puas. dan pah tu balik... and petang tadi aku tak dapat nak on9 coz sakit aku datang lagi... ya ampun sakit gila beb! tak tahan aku nak menanggungnya. sampai nak berdiri tegak pun tak boleh!


2 biji pil aku telan tuk mengubati sakit aku ni... my sis misi so aku makan saje ubat yang di berikannya. pas dah mengerang kesakitan akhirnya sakit tu berlalu pergi jugak. pas tu dengan rasa sihat aku pun on blog and facebook... and now aku sedang update enteri bersama coklat yang aku rindui selama ni... gila tak gila coklat cadbury saiz besow aku habiskan sorang diri.. ye ar budak2 tido jadi aku makan lah sowang2... ummm sedapppppp!
Teringat mase zaman sekolah menengah dulu. aku rajin beli coklat cadbury ni... kalo aku tak beli pun ade orang yang bermurah hati menghadiahkan coklat tu untuk aku... yang peliknya dulu aku suka makan coklat tapi badan tak lah gemuk... tapi sekarang badan mak aiii! gemuxxx gila! haha... coklat.... coklat aku rindu kan kau.. oleh sebab aku dah rindukan kau jadi aku makan kau sampai habis!

review: DIARI SAHABAT BLOGGER

5 comments
As-salam

Review group yang ke dua tuk hari ni.. tah lah aku ni merajin pulak nak pomot group. huhu group ke dua ni DIARI SAHABAT BLOGGER


sila klik gambo tuk terus je ke group tu ok... hum rasanya group ni baru buat malam tadi kot. and admin pulang si TUKANG TUKAR NAMA. so korang2 g lah ye kat group tu... majukan group blog...
sebenarnya aku dah pening ngan group2 blogger ni. dah banyak sangat yang aku join. tapi pening2 pun group ni banyak dah membantu blog aku tuk naik... thanz banyak2 ye...

review: GROUP KOMUNITI GILA BLOG

2 comments
As-salam

Selamat tengah hari semua. hope yang membaca blog aku ni sihat2 belaka dan semakin rajinkan diri tuk melawat dan membaca entri aku yang tak seberapa ni. kebiasaan korang dengar blogger-blogger akan review blog. but aku.. akan review group tuk blogger2 sekalian. kenapa aku nak review group? aku admin ke? jawapannya takkkk sama sekali. tapi atas dasar tanggungjawab. aku nak bantu kawan aku tuk up group dorang.

Klik pada gambar tuk terus ke KOMUNITI GILA BLOG. blog ni baru je lagi di tubuhkan. kalo senang2 g je kat facebokk dan carilah group ni. pah tu add and kongsi ngan kami entri terbaru kamu2 semua. jom lah ramai2 g yer sokonglah dunia blog...

February 20, 2011

hye my name is EUN-KYUNG!!!

6 comments
As-salam

Selamat malam pade semua yang singgah dan meninggalkan komen di blog usang aku ni... thanz my dear. dari YNA FAZLYNA nama aku dah bertukar ke EUN-KYUNG kenapa EUN-KYUNG??? jawapannya ade pada TUKANG TUKAR NAMA haha sila klik dan jumpa sendri tukang tukar nama tu ya. dia yang menukar nama aku dari yna ke EUN-KYUNG i like you know...! wah anak incik warnoor speking lah pulok!

Mula2 aku tanya tukang tukar nama tu. apa nama i/c dia. nama i/c dia muhammad taufiq... wah2 penat2 mak bapak bagi nama dia pi tukar nama tang mana asalnya.. huhu juz jok ok..huhu tq lah pade dia coz dah tukar nama aku pada yang sedap di dengar. thanz sangat2....

CURANG tu best!!!

16 comments
As-salam

Selamat sore semua... haha.
Perggghhh!!! tajuk dah best cerita tak de lagi. ok setelah aku baca blog PAK CIK NIQ MASHAM
aku terus dapat idea nak update enteri. sedangkan tadi aku terkial2 nak cari idea tuk update entri.. huhu kredit tu NIQ  coz dah buat aku membuka pekung di dada... wah wah.
sumber: google(gambar hanyalah gambaran contoh)

Curang tu memang best.. best like makan gula sambal.. manis tapi pedas. haha... dulu pas aku di kecewakan tahap gaban oleh seorang lelaki,, aku terus jadi pencurang tegar. aku couple ramai2 pah tu aku curang pah tu aku couple lagi pah tu aku curang semula... bape banyak curang dahhhh!!! aduiii tu dululah der! sekarang aku dah tau buat a.k.a taubat. tak buat lagi.. coz aku dah dapat akibat dari pelakuan sumbang aku tu..

And now! aku adelah seorang pencinta setia yang tak punya kekasih.. dan aku baru saje di tinggalkan kekasih yang mengaku setia pada aku. tapi bertunang dengan gurl lain. tragiskan citer aku ni..hum nasib badan lah... and now aku masih manunggu ketibaan lelaki idaman yaang sudi nikah dan bercinta dengan aku selepas kahwin... wah wah tingginya angan2 dan impian seorang YNA FAZLYNA....

segmen: SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF!

1 comments
 TAJUK: SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


jom join THE FACEBLOG

2 comments
As-salam

Selamat pagi pade u oll yang sudi mengjenguk dan menjengahkan muka ke blog usang yna ni. kepada yang follow tanpa paksaan terima kasih yna ucapkan sekali lagi. ok pagi2 aku dah blogwalking... menjelajah ke blog yang aku dah follow and tinggalkan komen di ruang entri dan bukan di shoutbox. mulai hari ni aku kuat kasakan. yang aku takkan tinggalkan tapak kaki di shoutbox je. tapi di ruangan komen. aku nak hargai penulis2 ni dan aku jugak nak orang hargai karya tulisan aku yang tak seberapa ni.

Okey hari ni aku nak pomot tentang satu lagi group untuk korang2 sertai. aku dapat info dari sorang blogger yang aku dah follow. kat tajuk entri pun aku dah bagi tahu.. jom join

THE FACEBLOG


Cantikkan tema dia. pink gitu. walaupun aku bukan peminat pink tegar. tapi aku join jugak tuk tambahkan pembaca blog aku.. dengan semangat yang wajar aku nak pomot blog aku sehingga satu malaysia kenal blog aku ni.. ceh ceh! tingginya angan2 aku ni. tapi bak kate otai blog.. kenalah rajin pomot barulah blog kite di kenali ramai.

Dah jangan banyak tanya. jom g FACEBLOG. korang g suai kenal sendri ye.. tujuan aku buat entri ni pun sebab aku nak pomot group baru tuk blogger... 

February 19, 2011

SAHABAT...

8 comments
As-salam

Selamat petang semua yang sudi menbaca blog usang yna ni. tq ye... mood: sedih. coz aku nak berkongsi dengan korang2 semua. sudi2 lah jadi pendengar setia luahan hati aku ni ye... aku ade kawan2 ramai. tapi sekarang lepas mereka2 semua dah lanjutkan pelajaran mereka ke universiti ke politeknik dan sewaktu dengannya. kenapa mereka2 macam lupa kat aku. aku pernah tanya dekat soranglah mbe aku ni..



" aku lupa kat korang ke,, korang lupa kat aku???"-aku
" dua2 kot." tu je jawapan kawan aku bagi.


Sedihkan.. mentang2lah aku belajar takat pmr tak macam korang yang bijak pandai. korang tak nak kawan dengan aku. ingat aku nak ke belajar sampai pmr. aku kalau boleh nak belajar sampai peringkat tertinggi tau. tapi keadaan yang buat aku jadi macam ni. 1 day bila aku dah kerja and famly aku dah bagi kebebasan untuk aku,, aku nak sangat ambik spm. pah tu aku akan jadi macam korang jugak. masukk universiti.

Aku tak bodoh, tapi tah lah... kalaulah abah aku bagi aku sambung belajar... aku lah orang paling gembira sedunia tau. tapi tak pe.. mereka2 tak nak kawan dengan aku. tapi dekat dunai blog. ramai yang sudi terima aku tanpa kira status pelajaran aku. thanz bbff. thanz sahabat blogger coz dah buat aku ramai kawan2. walaupun aku masih blum jumpe korang2 semua sahabat blogger. tapi aku tau korang boleh jadi sahabat aku yang the best!!!

Selamat ulang tahun ABAH

8 comments
As-salam

Hum ni merupakan entri ke 3 aku da... huhu sempena hari baik bulan baik. ceh ceh.. penuh kesopanan lah pulak aku ni. macam ni... hari ni hari sabtu bersamaan 19/2/2011 aku ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada  WARNOOR BIN KARTODEMOJO (anak jati jawa) iaitu my father yang tersangat sayang. sekejap je masa berlalu. 49tahun dah usia abahkan...ummm anak mu yang bertuah ni hanya dapat beri hadiah kek seperti di bawah je.

pagi2 lagi aku dah col abah and ucapkan hapy birthday...pah tu abah kate mane hadiah untuk abah. dengan tergelak gedik aku pun memberikan abah hadiah yang comel seperti gambo di atas.
huhu bertuah punya anak. bagi gambo je. kek nye tak de... haha. nak buat macam mana bah. akak tak kerja. duet pun mintak abah lagi. agy pun aku sekarang kat melaka. duet pun tarak.. walaupe pun hope abah panjang umur and dapat walikan akak menikah nanti... amin...

SEGMEN: BERCINTA SEBELUM KAHWIN ATAU BERCINTA SELEPAS KAHWIN

4 comments
As-salam

menjawab pasal segmen dari en. nizam BERCINTA SELEPAS KAHWIN ATAU BERCINTA SEBELUM KAHWIN aku akan bagi pendapat aku. tak tau lah dapat di terima dek akal or tak. coz semua ni angan2 aku je.

bagi aku bercinta selepas kahwin lagi best tau. tapi calon mesti di kalangan yang baik2 lah. kalo main tangkap muat je,, sah2 lepas kahwin tak sempat nak bercinta dah bercerai. betul tak??Betul betul betul! tapi bercinta selepas kawin pasti menyeronokkan. tapi tulah dizaman serba canggih ni. jarang kita jumpa pasangan bercinta selepas kawin.

Kalau bercinta sebelum kahwin ni takut bila dah kawin cinta tu mula pudar dan tak sampai lima tahun usia perkahwinan tu,, tup2 cinta berpaling arah dan terjadilah penceraian yang menyakitkan tu. tapi banyak baik nye bercinta dulu sebelum kahwin ni... coz kita akan lebih kenal dengan calon kita tu.

Moral of the story: tak kesahlah sebelum atau selepas. yang penting hati mau bersih barulah sesuatu hubungan tu di redai ALLAH.


makanan perlukah di ragui???

8 comments
As-salam

Selamat pagi dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. hari ni aku nak berkongsi cerita pasal makanan. bukan pasal aku makan pe,, walaupun aku ni kuat makan. tak de  koreja lah aku nak bercerita kat korang aku makan pe hari ni. ok aku nak bercerita pasal orang beri kita makanan. aku rasa korang2 mesti pernah alami apa yang aku alami ni kan. tah lah... aku ade kenal ngan sorang mamat ni.bila aku cakap aku lapar nak makan. mesti dia dengan rela hati pergi beli makanan untuk aku.

Tup2 dia col dia suh aku tunggu dekat mana2 ti dia datang bawa makanan. aku ni kalo bab makanan ni memang pantang... lagi2 makanan free lagi aku suka. kadang aku ragui kesucian makanan tu. takut dia jampi2 serapah ke. tapi bila fikir2 balik buat ape dia nak jampi. dia bukan suka kat aku pun. di selalu cakap...

" dah lah gemuk,, tak cantik.!"

Pergggg! sentap u... tapi aku tau dia memang cakap lepas. same macam aku ni,, bab topup pun same. bila aku tak de kredit nak msj ngan dia. ti dia topup kan... kalo bab topup aku tak kesah. tapi bab makan ni aku risau sikit lah. buka tak caya kat dia. aku percaya. dia mudah kesian kan aku ni...

Macam mana kita nak tahu orang tu ikhlas ke tak ye. sedang kan aku ni mudah di tipu... orang kata melalui makanan lah mudah orang nak kena kan orang.ahhh ape ni. makanan dah kat dalam perut baru aku nak ragui.. huhu. oklah korang2 sekalian. sekian saja entri aku untuk hari ini. haha..

February 18, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

1 comments
SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA

Aku suka tengok header blog yuyu ni.. cantik and simple jer.. ni yuyu nak buat bloglist. kau orang semua jom lah join. senang je. syarat2 nye pun mudah.

menangis dan terus menangis!

9 comments

Air mata aku kembali mengalir bila aku dapat tau dia dah bertunang dengan perempuan lain!
Kenapa... hanya tu persoalan yang aku dapat tanya. aku kecewa sangat2. dia selalu cakap jangan tinggalkan dia. tapi sekarang dia yang tinggalkan aku... macam tak de perasaan je dia buat aku macam ni.

Aku tak tau kenapa aku nak menangis! tapi tah lah aku sedih sangat coz dah banyak kali kecewa dengan janji manis lelaki. apa hidup aku ni hanya untuk di permainkan ke? sebelum ni aku di kcewakan dengan sorang lelaki yang mengaku bujang. rupa2nya dah kawin. and aku terus mengundur diri sebab taknak jadi penghancur rumah tangga orang. tapi bila aku dah mula serius untuk cinta,, kenapa ade yang senang2 kecewakan hati dan perasaan aku.

Apa orang macam aku ni tak berhak nak bahagia!!! aku pun tak tau napelah air mata aku ni mudah sangat mengalir untuk lelaki-lelaki yang tak guna ni!!!

aku tak sanggup!!!

11 comments
As-salam

Selamat pagi semua, thanz kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. aku menulis ikut hati, ni blog aku. suka hati aku nak menulis pe pun. di sini aku marah, di sini aku suka. di sini aku menangis. tapi tak siapa yang tahu atas sebab apa air mata aku jatuh. sudah!!! apa aku melalut pagi2 ni.

aku nak tanya pade sesiapa yang pernah mengalami sakit seperti aku alami ni. sejak kebelakangan ni aku sering di rundung sakit yang teramat sangat. sampai aku terfikir nyawa aku dah tak lama. tapi aku masih nak hidup, aku masih ada tanggungjawab pada seorang budak bernama Syafiq. dia segalanya bagi aku!

Sakit aku ni datang kadang2 je. bila dia nak dia datang! bila dia taknak dia bla macam tu je. aku pun pelik. ape hal dengan penyakit aku ni. nak kurangkan sakit aku telan ubat tahan sakit yang warna hijau kuning tu. yang peliknya sakit tu hanya dekat perut bahagian kanan je. sakit apakah ini??? aku konfeus.

Memang dulu aku pernah sakit. tapi aku tak pastilah penyakit aku tu datang balik. sedangkan doktor pakar yang cek aku tu yang beritahu aku. doktor tu cakap aku dah bebas dari penyakit tu. jadi penyakit apa yang aku alami sekarang ni. pagi tadi masa buat lempeng untuk syafiq. tiba-tiba perut bahagian kanan aku sakit. sakit sangat sampai air mata aku mengalir laju.

selepas tu aku duduk berehat sekejap. tiba2 sakit tu hilang. awal pagi semalam kul 3 pagi aku dah bangun,, sebab sakit tu datang lagi. aku menagis sorang2. ni bila dah ok.. dah tak sakit tulah aku ambik kesempatan buat satu entri tuk blog aku ni.. mana tahu lepas ni aku tak dapat nak update blog lagi...
pada sapa2 yang tahu sakit yang aku alami sekarang ni.. tolong lah bagi tau. aku tak nak g hospital. aku takut!

February 17, 2011

DIA TERHANGAT MASA KINI...

6 comments
As-salam

Selamat malam u olll!
DIA TERHANGAT MASA KINI..
okey..ni merupakan en3 ke dua aku untuk hari ini. aku nak sajikan korang dengan gambo abg hansem

nama: SHAHEIZY SAM ABD SAMAD
lahir: 1 JANUARI 1983
kerjaya: PELAKON, PEMUZIK, RAPPER
umur: 29TAHUN
asal: KUALA LUMPUR
status: BUJANG

Lakonan mantapnya dapat di tonton dalam filem ADNAN SEMPIT yang ditayangkan tahun lalu. setelah tu nama SHAHEIZY SAM mula di sebut2 dan di kenali ramai. sesuatu yang korang tak tahu... Sam ni suka kumpul harta. memetik petikan dari majalah COSMOPOLITAN FEBRUARY2011

" di rumah saya ada peti harta karun yang telah separuh di penuhi dengan wang syiling 50sen."

"saya sangat boros sebab bila nampak saja benda cantik, mesti saya akn beli. kalau tak mesti termimpi2. butik mesti masuk di KLCC& PAVILION ialah ZARA."

"10 tahun akan datang. melihat diri saya tinggal dalam hutan. dan merancang untuk beli tanah di tengah hutan untuk bina rumah di situ."

" takut nak tackle perempuan sebab takut di tolak."













sumber: google
pic terakhir yang sam peluk budak kecik ni,, aku rembat dari fb sepupu aku. yang sam peluk tu ank dia.


rindu setengah mati

0 comments

SI MATA BULAT MENJADI KEGILAAN

6 comments
As-salam

Selamat pagi u olll!
Amhandulillah yna masih bernafas lagi untuk hari ini. and suke sangat2 bila abg yna tak bawak enset g k.l so, yna masih dapatlah nak on9 and tulis entri untuk korang2 semua baca. entri pertama yna untuk hari ini mengisahkan tentang si mata bulat HELIZA HELMI. rasanya tak perlu di beritahu lagi. kaorang2 semua tahu kan kenapa dia jadi kegilaan ramai. mata dia yang bulat,, muka dia yang comel dah pasti jadi kegilaan ramai.


And dari pemerhatian yna,, kebanyakan blogger sukakan HELIZA HELMI ni sejak gathering
SAHABAT BLOGGER bulan lepas. sejak tulah. yna tengok kat blog2 ramai blogger yang tulis pasal heliza yang comel ni. semua nak ngaku peminat. haha... ni peminat tegar si HELIZA HELMI. rasa2 korang pun kenal.. uii dasyat dia ni minat gila kat HELIZA.






Um... malas lah nak bagi link blog2 yang tulis cerita Heliza ni. korang2 carilah kat en. google.. ade segalanya. dan perkembangan terbaru HELIZA muncul dengan jenama YASALMA& jom layan video HELIZA HELMI NI...











February 16, 2011

200 follower tanpa paksaan!

4 comments
As-salam


Selamat malam. yna kembali menggila. 1 hari update banyak kali. bukan pe... kabo2 nye abg yna nak bawak enset g k.l. so yna tak pat nak on9 lah. tapi tu kabo2nye. tak tahu lah jadi ke dok! tu yang asyik update blog je ni. mane tau pas ni tak on9.. dah korang2 sume tak ingat yna. tak datang blog yna..huhu cerita sedih pulak. ok macam ni,,
Yna happy+bahagia. akhirnya yang yna tunggu2 tiba. akhirnya ade jugak blogger yang nak follow blog yna. blogger yang ke 200 follow blog yna adelah blog ALL IN ONE. yna try cari facebook NURHAFIZ ni tapi tak de sape nak tolong. so yna bagi link blog jelah yer...



BLOG MELAYU FRUSTASI BEST!!!

2 comments
As-salam

Tah kenapa hari ni yna update blog banyak2 pulak. video 2,, en3 ade TIGA...haha. tah hari ni menggila sebentar selagi ada mood untuk menaip! tajuk dah gempak. tapi memang gempak pun. yna baru perasaan yna tersenarai dalam PUTERI KATAK TOP!


Bro Junko memang best! sama best dengan blognya yang penuh informasi berguna. cara penulisan yang mudah untuk yna faham. walaupun yna ada masalah setiap kali nak bukak blog junko. sesekali bila dah boleh bukak yna mesti telek blog junko habis2. huhu.. hari ni tiba2 boleh bukak and tengah telek2 BLOG MELAYU FRUSTASI,, tiba2 mata yna terhenti dekat senarai PUTERI KATAK TOP! wah yna tersenarai lah.. sukanya!!!
Yna mula kenal BRO JUNKO ni awal tahun ni jugak.. kite orang selalu bertukar2 pendapat pasal blog ni. blog dia ade yang tak kena yna akan tegur. blog yna ade yang tak kena,, Bro Junko akan tegur.. bila ade group baru yna akan add bro sekali. baru2 ni bro Junko baru je buat satu group baru kat facebook..

yna dah join. tu pun bro junko yang add... sape yang tak tau pasal group ni.. jom masuk group KGB ni.

p/s: sowi bro,, yna ambik gambo kat fb tanpa keizinan...huhu ni nak pomot blog bro pulak.

cinta tiga segi - thaqif

0 comments

itulah sayang- the ramlees

0 comments

AKU GARANG! AKU SOMBONG! AKU SUKA MARAH2!

2 comments
As-salam

Selamat petang semua. alhamdullillah hari ni sakit aku dah kurang. bila korang baca tajuk mesti korang tertanya2kan. peghh!!! pertama kalilah ade orang yang berani buat kenyataan pasal yna. Mula2 msj cam biasa je. di tanya umo yna berapa. pah tu dia boleh pulak mentafsirkan muka yna. and yna orang yang macam mana.

MR D: umo yna ni berapa?
YNA: 18tahun 2bulan. muda lagi.
MR D: ohhhh...( tu je dia jawab)
YNA: knape? tengok muka ade , nampak matang ke?
MR D: a,ahlah. mesti yna ni garang. (aik! pandai2 je ckapa aku ni garang!)
YNA: iya yna ni garang!
MR D: dari raut wajah pun saya dah tahu.
YNA: ohhh...
MR D: iya.
YNA: memang yna ni garang! panas baran! suka marah orang! sebab tu muka tua!


sumber: google
muka yna lagi hodoh dari orang ni bila yna marah! hahaha!
memang orang ingat yna ni sombong! tapi yna tak macam tu. kenal yna dulu baru tau yna macam mana.
Tapi hati yna baik! cehh cehh..angkat bakul sendri pulak dah... huhu. moralnya... jangan hukum yna dari gambar. memang yna garang! panas baran! kuat marah! and muka tak selalu senyum. tapi yna tak lah jahat. so janganlah takut nak berkawan dengan yna. yna memang perlukan kawan tuk berkongsi cerita.

ALIN..? siapa tu..?

0 comments
As-salam

Hai u olll! Hari ni yna kembali setelah menyepikan diri dari dunia blog ni. yna bukan sengaja menyepi tapi yna ade masalah dengan diri yna sendiri. nak tahu kenapa?
  1. yna sakit.
  2. yna kecewa
  3. yna sedih
Sebab tu yna tak update blog ni... tapi hari ni yna kembali semula. yna akan menulis kembali macam dulu. selama yna menyepi dalam 2 hari ni. yna menghabiskan masa dengan baca majalah WANITA. yna beli buku ni pun di sebabkan AYUNAR. lepas baca blog die yna terus g penama cari majalah wanita ynag berharga rm6.80.

google

Tapi yna bukan nak cerita pasal Ayun. tapi pasal cover majalah Wanita ni. mula2 tengok kulit majalah. satu pujian keluar dari mulut yna. CANTIK... tapi siapa Alin ni? tak kenal pun. yna pun bacalah story pasal dia. and yna kagum sangat dengan Alin ni.
sumber: google


PROFIL
TARIKH LAHIR: 10 OGOS 1979
TEMPAT LAHIR: johor bahru
  1. Dia cantik.
  2. Punya kerjaya
  3. Bijak
" seawal pagi Alin Anuar sudah keluar dari rumah untuk menghadiri kuliah dalam jurusan akauntan di sebuah universiti dan kelas tamat pada jam 12 tengah hari. selepas makan tengah hari, dia akan pergi pula ke pejabat ibu saudaranya untuk membantu mengurus syarikat pengurusan acara/majlis sehingga pukul 12tengah malam. pendapatan pengajiannya di gunakan untuk membiayai sepanjang pengajiannya di universiti."

" saya jenis 'NEVER TAKE 'NO' FOR AN ANSWER' saya percaya pasti ada penyelesaian atau pilihan lain dalam merungkaikan sesuatu masalah atau keadaan."


SEGMEN: Saya Punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS

4 comments
 BRO BEN buat segmen lagi... senang je nak join.

  • 1.Letak header BEN ASHAARI blog
  • 2.TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini .. ben ASHAARI
nak join segan..tapi tak pe ar..join je..
 

February 13, 2011

Penyakit...sedarkah kamu?

11 comments
As-salam

Selamat malam...
Penyakit pe pulak cik yna ni nak citer???
Okey sabo lah der! hari ni genap 2 hari yna di rundung penyakit. yna takut nak g jumpe doktor. bagi yna baik penyakit tu hilang sendiri. pengalaman 6 bulan sekali kena g jumpa doktor pakar buat yna takut nak jumpa doktor lagi... seram sangat! tapi bila doktor tu kate yna dah bebas dari sebarang penyakit 'tu' yna rase lega.
Tapi malam ni yna bukan nak cerita pasal penyakit tu. tapi penyakit lain.... mase yna kecik2 dulu. rasenye mase tu yna darjah 2. mase tu famly yna baru pas buat rumah baru. rumah tak siap sangat. bahagian dalam bilik belum ada syiling. and bro yna yang second tu buatlah kotai dekat atas syiling dekat bahagian ruang tamu. nak ke kotai tu kena lalu bilik yang tak de syiling.
One day,, selimut yna ni bro bawak naik kat kotai dia. yna ni kalo tak de selimut tak leh tido. penakutlah katekan.... and yna dengan perangai nakalnya tu g lah panjat nak ke kotai bro yna. dengan hati2 yna pijaklah kayu2 tu hati2. mase tu yna kurus kering lagi... and tah macam mana. yna boleh terpijak bahagian syiling... bukkk!!! OHHH MAK KAU MELETUP!!! hah kua latah aku!
 yna terjatuh! pulak tu mase tu bulan puasa. bibir yna terkoyak sikit lah. esoknya terus tak puasa.huhu... dapat green light from my father... mase tu yna langsung tak fikir akan kesan sampingan yang yna akan alami. sekarang barulah yna rase kesan akibat jatuh dari syiling rumah... yna kerap di serang sakit pinggang. and bila sakit yna akan g klinik kat lok heng and mintak ubat tahan sakit. bagi yna tu je dah cukup. tapi pas bace ni yna jadi takut pulak..

SUMBER: GOOGLE

(TAK DE) 
1. Bengkak Badan
  • Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.
(TAK DE)
2. Demam
  • Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.
(TAK DE)
3. Gatal-gatal Badan
  • Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.
(TAK DE, SELERA BERTAMBAH2 ADE LAH)
4. Hilang Selera Makan
  • Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.
(SEDANG ALAMI, DAN MENYAKITKAN)
5. Kerap Buang Air Kecil
  • Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.
(TAK DE)
6. Mudah Letih
  • Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.
(KADANG2 PENING YANG MELAMPAU)
7. Sakit Kepala
  • Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
(KERAP KALI SAKIT PINGGANG SAMPAI G KLINIK MINTAK UBT TAHAN SAKIT)
8. Sakit Pinggang
  • Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.
  • Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

 sumber: PANTAI TIMUR





NURSHAHILA AMIR AMZAH

13 comments
As-salam

Selamat tengah hari semua. pagi tadi yna langsung tak update blog. tah nape..huhu. tiba-tiba yna teringat zaman mude2,, cehh cehh.. cam lah dah tua sangat. huhu.. yna teringat mase yna berusia 13-15 tahun. mase tu yna masih sekolah lagi dekat SMK LOKMAN HAKIM. Nak tahu tak.. mase sekolah menengah dulu yna suka bli majalah. and kalau majalah tu ade gambar Shila mesti yna beli dan simpan. macam satu kepuasan tau bila tengok gambo2 shila tu.

sumber: BUDIEY

sumber:google

sumber: google

Ada orang pernah cakap kat yna,, rajinnye ko kumpul gambo shila tu. bukan dia tau pun kau tu minat dekat dia. ahhhh! i don't care! yna buat pe yang yna suke. tapi sayanglah buku skrap gambo2 shila tu dah tak de. myb dah tertimbus same dengan majalh2 yna 1 almari tu gaknya. tabiat buruk yna 1 je.. yna suke beli2 majalah pahtu simpan. bila dah bosan ulang bace banyak kali.
Selain shila,, yna ade simpan gambo nabil. bukan nabil lu pikirlah sendiri tu.. tapi nabil yang hensem tu. mase tu die femos dengan lagu hati ini. ade 1 majalah yang gandingkan shila dengan nabil ni..au auau so sweet! i like..
Yna mula kenal and minat dekat shila mase dia baru muncul dengan lagu
Pah tu shila mula di kenali lepas dia masuk OIM. mase tu lah yna nampak perubahan pade shila... die nampak lebih menonjol. bayangan budak2 dah tak de dah.. lagu die yang sekarang ni mesti korang tau kan. tapi lagu ni yna suke...
 1 je persamaan yang tak berapa nak sama antara yna dengan shila ni. dia baru di lantik jadi duta produk safi...shila guna safi perfek 10, yna guna safi zaiton... nak tau info pelantikan sila ke
sumber: google
sumber: google
sumber: budiey

yna try cari biodata Shila tapi tak jumpa. nak bukak web SHILAFC.COM pun tak boleh juga. pic ni pun yna ambil dari google... kalau lah buku skrap tu ade lagi senang ckit. kat buku tu ade biodata,,pic2 lama2 shila. um pepun yna tetap minat Shila...