Followers

September 16, 2010

liku-liku perjalan 1 syawal

0 comments
lama bercuti dari ber blog ni... hari ni aku akan tulis entri sepanjang perjalanan aku menyambut 1 syawal bersama mak,abang emy, adik faris dan syafiq...

malam 1 syawal aku tido sekejap je, yer ar nak tolong mak masak lagi. hari raya mak aku masak ayam masak ungkep, sambal tumis and sate goreng...urm sedap gilew. sate goreng niw susah nak dapat kat umah orang len.
ye ar resepi ni mak aku dapat dari orang kilang tempat lama mak aku ar..

ni abah and mak aku...salah time aku tangkap gambar ni. waktu ni baru pas salam2.


senyuman aku tetap ade.huhu..tapi orang pose makin kurus aku pulak makin gemuk. dah pp tembam semacam..hehe

aku bersama-sama sepupuku..


bersama kembar..





on the way to kampung paya layang-layang, kluang.sepanjang perjalanan dak berdua ni tido je..

rumah embah aku..

syafiq suke betul bila sampai kat kampung,,bermain je keje nye..biase lah budak-budak.

ok sampai sini je sok sek aku kalini..

September 7, 2010

hari raya ohh... hari raya....!

0 comments
tak lama lagi hari raya akan kunjung tiba. tak sabar rasanyakan.. untuk tu dengan kesempatan yang ada... aku nak ucapkan SELAMAT MENYMBUT HARI RAYA... buat sesiapa yang mengenali diri yna (NORFAZLYNA BINTI WARNOOR) yna nak mintak maaf lah jika ada salah dan silap. dan kalau yna ada buat salah dan yna tak perasan harap korang maafkan lah ya.

aku bukan apa... takut tak sempat nak mintak maaf lagi..hehe.

ok untuk teman-teman blogger..selamat hari raya maaf zahir dan batin.

raya nanti jangan segan-segan datanglah rumah. kedatangan dialukan. tapi pape hal bagitau dulu. leh buat persiapan ckit.

yna fazlyna

buat julung kalinya...

2 comments
hari ni aku tak ada cerita untuk di karang buat tatapan semua. tapi hari ni aku akan memperkenalkan sepupu sepapat aku yang lebih kurang rapat jugak arr...



ni hafizah atikah binti md Jailani

merupakan along bagi kta orang semua. father dia anak sulung merangkap abang kepada mak aku..

September 1, 2010

selamat menyambut hari kemerdekaan ke-53

0 comments
sebelum terlambat aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekan yang ke-53. aku bangga jadi anak malaysia. yelah kan... malaysia ni tak macam negara lain. perang pun tak de...tapi aku harap tak kan ade perang atau perang saudara lah. aku takut. huhui...

bukan apa sebagai negara yang aman damai dan mengamalkan konsep 1 malaysia kite patut bertolak ansur and tak pyah lah gaduh2 ni. tak baik...

lagi 1, kes ganyang malaysia yang ngah berleluasa dekat indonesia. aku pelik lah. buat apa owang sana nak tunjuk perasaan macam tu. sedangkan berlambak orang indon yang tinggal di malaysia. sihat je.. siap di bagi makan minum, tempat tinggal.

tak sedar ke dorang ni, rakyat malaysia yang tolong dorang. bagi keje kat dorang. tak patut betul ar...!

malaysia ni aman damai je. ahaks! aku dah macam penceramah bebas lah pulak..huhu ok lah.


yna fazlyna

August 27, 2010

sebelum terlambat..

0 comments
Akum....

dah lama aku tak tulis entri, tak de cerita lah. tapi hari ni sebelum terlambat aku nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA pade sume manusia-manusia yang menganut agama islam.bukan pe, aku terlalu shok layan facebook sampai lupenak tulis entri ni.

sebut pasal facebook, kadang-kadang aku leh lupe sume bila dah layan facebook ni. ye ar kan,, add tah sape2. pah tu melayan tah sape2.
 klik cni www.facebook.com/yna fazlyna

August 7, 2010

sanggul arab

4 comments
Semalam aku pergi lah kedai cik Razak nak beli majalah mingguan wanita kononnya. Tapi majalah yang aku cari tu tak adelah pula. Dari pada bosan tak de benda hendak di buat. Aku beli majalah dara.com…

Selak punye selak, bacaan aku terhenti di ruangan Cahaya rohani. Tajuk DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA menarik minat aku untuk bace… tapi yang lebih wat aku teruja nak bace pasal tajuk ni ha… PENGGUNAAN SANGGUL KEPALA atau di kenali dengan “ SANGGUL ARAB”

Sekarang tengah trend pakai sanggul tinggi-tinggi ni. tapi fesyen ni dah di ramal Rasulullah SAW1400 yang lalu. baginda umpamakan sebagai “BONGGOL UNTA” hanya bonggol unta menonjol lurus ke atas manakala sanggul arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang.

Sanggul tak haram, Cuma ade batas nya. Wanita yang berambut pangjang boleh bersanggul dengan syarat sanggul itu di ikat k di belakang dengan menyondong ke bawah. Apa yang di haramkan ialah sanggul yang di ikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta.

p/s pesanan dari aku, berpada-pade lah bila nak bersanggul ni. jangan nak ikut fesyen sangat tanpa tau hukum halal dan haramnya.

July 30, 2010

2 tahun sudah

0 comments
30 Julai 2008 tepat jam 01.09 p.m aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel seberat 3.4kg. diam tak diam hari ini genap 2 tahun kelahiran MUHAMMAD SYAFIQ ke muka bumi ini. dah besar anak mama semakin nakal.

semase dalam pantang ade sesuatu yang menarik perhatian aku tentang syafiq ni. telinga syafiq berbentuk khalimah allah. tapi bila besar khalimah tu beransur hilang. tapi aku ade simpan gambar buat kenang-kenangan.gambar kenangan syafiq...



July 27, 2010

basikal untuk adik...!

0 comments
Semalam aku buat perjanjian dengan adik aku yang tersayang tu... kalau UPSR tahun ni dia lulus semua aku akan belikan dia basikal baru. tapi kalau dia tak lulus and dapat markah D @ E aku tak kan belikan basikal baru, and aku pulang kan semula basikal dia yang aku nyorokkan tu. amacam, okey tak...?!

Aku buat semua ni untuk dia. aku tahu tahap ke pandaian dia. dia boleh buat, tapi dia malas je nak belajar. aku tau adik aku tu tak macam orang lain. sejak dari perut lagi dia tak pernah dapat kasih sayang dari seorang bapa. walaupun aku selalu belasah dia (bila dia buat hal) tapi aku sayang sangat dekat dia. aku tak nak lah satu hari nanti dia menyesal.

Selepas dia balik dari kem motivasi hari tu, aku nampak perubahan kat diri dia. dia dah tak keluar malam lagi. stay kat rumah je. bangun pagi pun dah tak susah..alhamdulillah. harap-harap berkekalan perilaku dia tu.

July 24, 2010

cinta sebelum @ selepas kahwin

2 comments
Cinta???

erm...zaman sekarang ramai pasangan berkahwin kerana cinta. jarang dengar pasangan berkahwin di sebabkan pilihan keluarga. paling-paling pun kena pakse je. tapi kebanyakan cinta selepas kahwin berkekalan lah. cinta sebulm kahwin ni aku tak berani jamin. coz dah banyak aku tengok bercinta bagai nak rak..sampai bertahun-tahun. tapi selepas kahwin, tak sampai sebulan kahwin dah bercerai.

aku..?

erm... tak berani nak cakap. coz selama ni aku bercinta tapi tak kenal muka pun. tapi kan kalau kawin dengan pilihan keluarga aku on je. yang penting aku kena kenal dia dulu. and dia boleh terima aku seadanya. agy pun aku takut bercinta bagai nak rak... pah tu tak bahagia and bercerai-berai. takutnya...!

July 23, 2010

degil gle...!!!

1 comments
Bangun je tido pagi tadi aku hangin 1 badan..! adik aku yang laki tu tak nak g sekolah. Puas pujuk pun dia tetap berkeras tak nak gi sekolah. Jalan terbaik, aku pun col mak aku, eh same juga. Dia tetap tak nak gi sekolah. Aku pun col ar bapak aku... em hampeh. same je! tak jalan juga.

Mula-mula abah cakap baik-baik ar kan... pujuk-pujuk. Tapi tak makan saman jugak. die tetap tak nak sekolah. aku ape lagi naik hantu ar!!! aku belasah dia cukup-cukup. berbirat badan dia aku henga. biar padan muka dia. baru dia tau aku ni garang...!

Sampai cikgu adik aku col bapak aku. cikgu suh adik aku datang sekolah juga. lambat pun tak pe. sebab ade taklimat penting. Tahun ni kan dia akan duduki peperiksaan penting.(UPSR)... aku sedih tau ngan perangai adik aku ni. sekolah agama tak nak. sekolah kebangsaan pun tak nak.

Aku ni yang nak sangat sambung sekolah, tapi tak dapat. tapi dia peluang kat depan mata pun dia tak mahu. dah ar tinggal dia je yang sekolah, tapi dia dah tunjuk kan minat tak nak belajar. aku pun tak tau ar nak buat macam mana lagi... nak di biarkan nanti hancur lah dia. bila di nasihat, masuk telinga kanan kua telinga kiri. langsung tak masuk nasihat yang aku beri 2...

Wahai adik ku tersayang..kenapa buat akak macam ni. akak nak adik pandai.. and berjaya.

July 22, 2010

perempuan dan diet

5 comments
Aku tak mboh cakap sape2..tapi tergolong dengan orang yang gle berdiet. coz aku rase badan aku terlalu gemuk. walaupun sudah puas berdiet tapi tak kurus2 gak. myb aku tak leh nak jauh kan diri dengan nasi. nasi satu-satunya makan yang aku suka sangat. selain tu aku gak suka makan coklat,ais krim and masak ayam kari.

Entah ar nape, tapi aku leh bertahan untuk diet seminggu or sebulan je. and pah tu terus aku makan semula makanan kesukaan aku tu. tapi hari ni aku dapat tau sesuatu yang membimbangkan aku. KOLESTROL tinggi!!! uiii aku takut.

Ade sowang mak cik bagi tau kolestrol tinggi boleh sakit jantung. aku tak nak mati cepat. so mulai hari ni aku kan berdiet,, and tak kan makan makanan yang berlemak and berkolestrol tinggi lagi. mulai hari ini, saat ni aku akan berdiet. aku nak kurus and tak nak mati cepat.

MENU DIET

sarapan: 1biji epal
              3keping biskut
              1gelas air masak
              1gelas susu rendah lemak
tengah hari: 2 gelas air masak (sebelum makan)
                  makan ikan and sayur
                  jangan makan nasi
petang: 1gelas air masak
            1biji epal
            3 keping biskut
malam: 1gelas susu rendah lemak

~banyakkan minum air putih....erm cukup ar ni.

July 21, 2010

sebelum dapat bukan main lagi...

6 comments
Melihat dari mate kepala aku sendiri...al kisah seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki.Aku panggil kak M je lah. Kak M merupakan anak sulung di dalam kuarganya. And laki dia pula anak bongsu. Nak di jadikan cerita sebelum mereka berkahwin laki dia baik sangat. Kemana bakal adik ipar ajak kluar dia ikut je. and dia mesti hantar.

Tapi setelah hampir setahun berkahwin, laki Kak M tu mulalah tunjuk belang. Adik-adik ipar ajak kluar je dia tak mahu. And kak M tak leh buat ape. kadang-kadang aku kcian dengan Kak M, adik-beradik dia ramai. and dah jadi tanggung jawab Kak M lah untuk membantu kluarga. walaupun waktu tu dia dah kahwin.

Sebelum kak M kahwin segala keperluan di rumah kak M yang sediakan. tapi selepas kahwin ni dah susah nak bantu keluarga... kad bank pun laki dia pegang. coz laki dia takut kak M bagi duet kak mak dia.

Moral of the story... sebelum dapat jangan berlagak baik, tapi bila dah dapat segala tembelang pun pecah.

July 20, 2010

lyka& noah(SHE WOLF)

0 comments
Semalam tepat jam 4.00 p.m berakhirlah sebuah kisah cinta antara Lyka & Noah. She wolf last sentinal... puas hati dengan cerita Lobo tu. Tak lah macam cerita dari seberang yang lebih banyak mengarut. Cerita meleweng-leweng. Tapi cerita Lobo ni best, tak rugi aku setia menghadap tv dari jam 3p.m sampai ke 4p.m...

Terima kasih lah dekat tv3 coz tayang kan cerita yang best macam tu. Walaupun mengisahkan tentang serigala jadian tapi banyak pengajaran. Yang jahat akhirnya mati...

Cerita baru yang gantikan Lobo ni aku tengok macam best je...korang sume jangan lupa mengikutinya...

July 18, 2010

birthday my son...resepi kek

0 comments
30 julai akan tibe tak lama lagi. Nak bagi hadiah ape ye untuk anak ku yang paling comel tu??? nak buat kek, tapi aku tak pakar dalam bab2 buat kek ni. yang aku tau makan kek ade ar. haha!!!

Tapi masalah sekarang ni, kek ape yang sedap dimakan dan mudah di buat ye??? help me,, bagi resepi buat kek yang sedap and mudah di buat...plez...!

July 17, 2010

buah durian

2 comments
Bila musim durian tibe, teringat waktu aku budak-budak dulu. Abah mesti beli durian 1 bakul. Untuk aku anak kesayangan die lah katekan. tapi itu dulu lah.sekarang mengidam je lah. bila mintak tak de maknanya dia akan belikan.
     Tapi yang aku hangin sangatkan, hari-hari balik umah bukannye nak masuk dalam. tapi terus je gi belakang umah. nak tau sebab pe??? sebab durian ar. geram tol aku. kadang-kadang aku terpakse nyorokkan durian tau. sebab takut abah aku amik.
     Yang peliknya hari-hari dia amek durian kat umah aku. setahu aku abah tak berapa minat makan durian. paling-paling pun abah akan jamah seulas setiap durian. bila aku risik-risik kat mak. rupanya bukan abah yang makan durian.

Tapi perempuan tu.

      hai...nasib-nasib.nak makan durian pun terpaksa berebut ngan mak tiri. adik tiri pun hantu durian.

June 25, 2010

pap smear

2 comments
PAP SMEAR....penting untuk wanita masa kini. Dengan rawatan pap smear sahaja kita dapat mencegah penyakit KANSER SERVIKS.Penyakit ke dua terbesar yang banyak membunuh wanita. Baru-baru ni, aku lihat iklan dekat tv 3. Mengenai kanser serviks inilah. Aku bersyukur sangat sebab aku cepat tersedar. Dan aku salah seorang yang pernah lakukan rawatan kanser serviks.
Dan sekarang aku benar-benar bersyukur bcoz...selepas rawatan pap smear beberapa kali akhirnye terdapat perubahan. Aku tak perlu ke hospital besar untuk lakukan rawatan pap smear. dekat kk je aku leh buat rawatan tu secara rutin. Iaitu 6bulan sekali. Sepatutnye 3 tahun sekali tapi di sebabkan aku ade masalah aku kene buat 6 bulan sekali.tapi tak pe.. ini semua untuk kesihatan aku juga kan..
Pesanan aku kepada perempuan-perempuan jage kesihatan dan lakukan pemeriksaan pep smear. jangan malu..KERANA YANG PATUT HAPUS HANYALAH KANSER SERVIKS

June 24, 2010

aku bebas

0 comments
Bebas ke aku???
boleh lah tu...hari selasa ari tu aku pergilah Hospital Sultan Ismail dengan hati yang berdebar-debar berdegup kencang...takut lah kan. Sampai jam 9.30am tugu punya tugu kul 12.00pm baru aku di panggil masuk bilik Doktor..peh hangin tol ar. Sudah lah datang dari jauh. 2jam baru lah sampai HSI.
Itu pun nasib baik my father nk hantarkan. Itu pun dari kota baru die nak hantar.. Dengan penuh rasa sabar aku menanti giliran. Akhirnya no aku panggil juga. Masuk ke bilik no 2..jumpa doktor lelaki.. Dalam hati aku berdoa berharap sangat tak jadi buat rawatan macam selalu..
Doa aku di makbulkan..tapi yang aku hangin sangat.. tunggu punyalah l;ame berjam-jam. pas cakap tak sampai lima minit aku di suruh tunggu kat luar. Nurse yang bertugas bagi aku sepucuk surat untuk di sampaikan pade kk. And ade 1 perkara yang menggembirakan aku..aku dah tak perlu takut dengan penyakit yang menghantui aku selama ni..
Coz pil yang aku pernah makan dulu dah beri kesan dan menunjukkkan perubahan yang ketara.. so aku tak perlu pergi ke HSI lagi..juz wat rawatan 6bulan sekali kat kk... bersyukur tak terhingga.. berbaloi juga aku menanti dengan sabar yang penuh debaran..
Akirnya aku bebas dari penyakit ke dua yang meragut nyawa wanita...!!!!

June 17, 2010

hari keluarga 2010

0 comments
Tanggal 16 jun 2010 tarikh yang telah di persetujui semua kaum kerabat HAJAH RUBIAM untuk myambut hari keluarga untuk kali yang kew dua. Walau pun yang hadir pade tahun niw tak berapa ramai, tapi meriah. Lagi pula majlis disambut dengan hujan rahmat. Seronok sangat2 tau.


Sebelum majlis tu ucu ade cakap die tak bagi mandi laut, coz takut sesuatu yang tak dei ingini berlaku pula. Tapi nak buat macam mane??? yang hadir ramai dan tak dapat di kawal. Mase acara sukaneka sepatutnya buat kat kawasan luar kemah...tup tup hujan turun tak henti. Dah kena bersukan dekat bawah kemah. Seronok memang seronok, basah lencun kite orang bersukan.

Lagi seronok bila tibe part main bola tampar kat tepi laut. Bukan main lagi aku melayan si SYAFIQ budak nakal tu. Terkejar sane terkejar sini. tapi tak mau diam jugak. akhirnya aku sekali berkubang dalam laut tu. hujan gerimis aku redah je. langsung tak ingatkan demam atau selesema. lagi pun bukan aku sorang je.,.ramai lagi yang berendam.

Mak bapak dowang pun tak leh nak halang. lagi dorang joint same ade ar. huhuk..yang penting sambutan kali ni kat SAMUDERA BEACH RESORT memang meriah. walaupun hujan... tapi yang kelakarnye kaum kerabat HAJI ROMLAN tak henti bergambar. macam2 ragam ada.

okey...pape pun komen ye

June 8, 2010

syahjihan

0 comments
Syahjihan slot akasia yang tengah hot sekarang ni. Aku salah seorang yang menontonnya. Aku nak komen sikit. Aku suka tengok citer niw. And lagu pergilah ayu... lagilah aku suka tangkap cinta. Tahnia lah kat Fauziah gous and Kamal adli..dorang memang sesuai dengan watak Jihan@Johan@Jiman and watak Aisyah.

Tapi ada satu watak yang aku rasa tak sesuai..iaitu watak Fiza elite..rasanye muka Fiza nampak tak sesuai. Tapi aku suka dengan watak Eryn malik.. sesuai and nampak real jew. Walau papepun good luck for SYAHJIHAN...