Followers

July 31, 2011

10 Peraturan Ajak JEJAKA Keluar...

0 comments
As-salam

Selamat petang semua kepada pembaca dan juga follower blog aku ini ya... dah baca tajuk? huhu ini bukan dari aku. praturan ini aku dapat dari majalah dan tak salah kalau aku share2 pada korang semua kan para-para gadis dan wanita sekalian. silalah baca untuk di jadikan dan nanti tidah lah terjadinya sesuatu yang memalukan.

10 Peraturan Ajak JEJAKA Keluar

  1. Jangan berani mengajak jejaka keluar jika si dia tahu kamu sudah berpunya, atau lebih-lebih lagi jika dia turut mengenali kekasihmu!
  2. Lupakan idea untuk suruh teman baikmu bertanya kepada jejaka idamanmu. Kamu bukan budak sekolah rendah lagi!
  3. Buat sidia ketawa dengan kelakuanmu yang spontan.
  4. Periksa dulu kalau-kalau lelaki tampan itu sudah berkahwin dengan bertanya dengan temanmu.
  5. Elak SMS si dia " Tak sabar hendak jumpa you lagi." di tengah malam. padahal kalian baru berkenalan.
  6. Memang tak tahu malu kalau kamu terus ajak lelaki yang tak di kenali keluar dengan bersama sebaik terserempak di dalam bas.
  7. Kalau kamu rasa si dia sibuk hingga tak sempat nak di ajak berdating, ingatkan dirimu- " Dia yang rugi!"
  8. Sentiasa senyum- penyebab mengapa Cheryl Cole asyik " laku"  dalam carta selebriti terhangat.
  9. Jangan banyak cakap. Kalau si dia boleh tahu kesemua nama ikan belaan mu tapi kamu tak tahu pun namanya " zip" mulutmu!
  10. Nak buat si dia tergoda? bahasa tubuh seperti membelai rambut ikal mu lebih berkesan beerbanding menyentuh jejaka itu.

SUMBER: COSMOPOLITAN

July 14, 2011

Sunyi...

4 comments
As-salam...

Selamat petang semua... harap2 korang masih sudi melawat ke blog usang aku ni ye. sejak akhir2 ni macam2 dah aku buat. yang paling buruk aku dah tinggalkan semua lelaki yang menjadi skandal aku. pah tu aku tutup pintu hati aku untuk mana2 lelaki... sunyi terus hidup aku dari sebarang gangguan dari insan yang bernama lelaki.!

ke dua... dengan rasa bersalahnya aku nak mintak maaf pada sesiapa yang dah buat group untuk blogger2 tu ye. sorry coz aku dah tinggalkan semua group2 yang aku dah join. aku tinggalkan bukan kerana sengaja tapi terpaksa huhu... yek ar. tiap kali aku bukak email fuhhh berderet2 email yang masuk semua dari facebook.
dari pada aku serabut dengan semua mesej2 tu baik aku tinggalkan group2 tu semua. tapi aku tak tinggalkan terus. bla aku nak spam link blog aku akan guna fb aku yang ke dua tu. ok kannnn... huhu

hum... tadi masa dekat rumah tiba2 aku terfikir untuk tutup blog2 aku ni... and blog yang akan kekal hanyalah blog ceritacintayna.blogspot.com je...

July 6, 2011

Tentang aku...

3 comments
As-salam...

Selamat petang... tajuk tentang aku. haruslah tentang aku. coz aku tak suke bercerita tentang orang lain. hum... hari ni pecah rekod aku. sejak akhir2 ni aku memang tak de mood untuk berbuat apa pun... alasan aku 1 je. MALAS! aku memang malas untuk buat apa pun. tapi pagi tadi.... kul 10 pagi tepat. kak ipar aku ajak g hutan simpan sungai udang. 

Ingatkan untuk apa g sana rupanya.... aku di suruh jogging! wahhhhh memang pecah rekod. setelah bertahun2 aku tinggalkan aktiviti sukan. yang aku ingat kali terakhir aku g pecahkan lemak mase aku tingkatan 3. 5 tahun dah aku tak pecahkan lemak. patutlah berat badan aku melambung ke 83kg 2 tahun berturut2. 

Bukan main lama lagi aku membiarkan lemak bermaharaja lela di tubuh aku ni. pagi dah g pecah kan lemak... petang nanti kak ipar aku nak ajak g pecah lemak dekat padang A. waahhhh seram nyah!. kat padang A tu dah lah ramai abang2 askar. adoiii! gatai pulak dah... huhu kan aku dah janji tak nak jiwang2 and tak nak ada perasaan kat laki lagi. pe lah aku ni...

Aku and kak ipar aku buat perjanjian. kalau aku berjaya kurangkan berat badan aku menjadi 75kg. dia dengan rela hati akan mengajar aku bawak kereta sampai pandai. korang tahu tak.... abg aku dah tak bagi aku bawak kereta selepas aku langgar tiang. ni bila kak ipar aku dah setuju dengan perjanjian tu... aku pun apa lagi. gumbira gila2 lah... huhu... semakin bersemangat untuk kurus.

Sekarang ni pun aku dah kurangkan makan... and berpuasa sunat. moga2 usaha aku berhasil ye. doakan aku!

hum...ok nak out... dddaaaaa...!

June 26, 2011

Aku xtau ape aq fikir..

3 comments
Aq x tau lh pe yg aq pk sekarang ni.. Aq rase marah, geram, benci.. Smua ada.
Knapa bile aq cube menolak kau jauh dari hati aq.. Kau kate aq ni pempuan jahat.
Suke permain kn hati lelaki.. Tp bila aq kembali smula pada kau.. Ni yg aq dapat. Aq x minx cacian.. Ini lh dugaan yg aq kne trima bile aq kembali pada kau..
X sedar kah engkau masih ada perempuan yg trgila kn kau..
Kdang kala aq fikir lebih baik aq tutup terus pintu hati aq dari manusia brnama lelaki.. N truskan hdup dngan aman brsama syafiq.. Benci betul bile fikirkan pasal hati.. Ahh aq benci.!!

June 23, 2011

CUBE MENJAUH TAPI...XBOLEH!

2 comments
AS_SALAM

entri 1

Selamat petang semua. korang tahu tak aku di dalam dilema. aku dah macam terkena penyakit angau yang teruk sangat. sebelum ni aku masih boleh kawal penyakit aku ni... tapi sekarang dah tak boleh. pagi tengok dia, petang tengok dia. malam pun tengok dia lagi... kira pagi petang malam lah aku mesti menatap dia.


Dah klik... hum. tah lah aku pun risau dengan penyakit aku ni... hari2 aku nak tengok dia. hari2 aku melabur duet semata2 untuk dia. padahal aku sekarang ni dalam peroses kawal nafsu berbelanja. tapi untuk dia aku tak boleh kawal. hari2 mesti pergi cc dan tengok dia. layan dia... ahhhh!!! gila aku lama2 tahu.

entri 2.

Korang tahu tak... aku rasa bersalah sangat dekat amin. aku dah porak perandakan hubungan dia dan gf baru dia. sebelum ni aku tinggalkan dia sebab aku ade bf lain. tup2 sekarang aku pulak yang terlebih gatai and kacau2 dia sampai dia tinggalkan gf dia. pah tu tangan aku ni gatai g block fb gf dia tu. dia marah sangat ngan tindakan aku untuk pisah kan dia...

tapi sekarang aku merasa menyesal sangat dah buat macam tu. tindakan pertama untuk aku pulihkan keadaan. aku dah unblock fb gf dia. and aku dah add kan semula. pah tu aku call dia and aku cakap aku tak nak ganggu hubungan dia lagi... dia marah sangat!

dia kata..." DAH PUAS KO PORAK PERANDAKAN HUBUNGAN AKU! SEKARANG KO NAK TINGGALKAN AKU LAGI!"

aku sedih bila dia kata macam tu. dan aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni... aku tak tahu aku boleh jadi sekejam ni sampai sanggup kacau hubungan bekas pakwe. tu lah... aku rasa dalam hati aku ni kosong tak de pe. langsung tak de persaan pada sesiapa lagi.

aku cuba tuk jadi single selamanya... hope aku berjaya lakukannya. aku tak mahu lagi jadi kejam dan hancurkan hubungan orang lain.!

SEGMEN: TERINGIN NAK HACK BLOG ORANG !

3 comments

KENAPA? alasan aku senang je... coz follower die ramai. and blog die di sukai ramai tak kira perempuan or lelaki,, tua or muda. kira blog hot ar kan... tu sebab aku nak hack! huhu....

June 22, 2011

Mencuci mata di blog DTS...

0 comments
As-salam

Selamat petang semua... huhu. tajuk nak best seh. adoiii... bukan pe... semalam tibe2 terfikir nak belajar buat kek coklat sempena bday anak ku tersayang tu (30/7/2011) ni genap lah die 3 tahun. tu yang hari ni dengan penuh semangat aku pun mencuci mata dekat blog DTS Mat Gebu. alah jiran Santai bersama BEN ASHAARI tu. haha...

Rasanye ni lah kali ke-2 aku membuat entri pasal DTS ni.

Bukan pe... aku kagum ngan kepakaran memasaknya je. haha... sambil mencuci mata aku pun merembat ckit gambo dari blog DTS. jangan kena saman sudah ye...

Aku nak membuatnya tak yakin pulak kek tu menjadi... tapi kalo setakat mencuci mata aku pandailahkan...eiii tibe2 aku hangin lah... blog aku ni asyik buat hal je. ni tak leh nak masuk gambo pulak dah... baru nak masukkan pic kek2 yang membuat aku terliur tu... adeh...


SEGMEN: Aku promosi Kau promosi aku...

15 comments

Walaupun tinggal beberapa minit lagi hope sempat lah join ye abg ben... huhu

June 20, 2011

Dunia lelaki: 6 alasan lelaki membohongi pasangan.

5 comments
Anda mungkin salah seorang yang pernah melakukannya. pelbagai alasan keluar dari mulut demi menafikan perbuatan ini. ada perbuatan menipu yang mendapat kemaafan pasangan tetapi ada juga hubungan yang hancur gara-gara perbuatan ini. berikut mungkin alasan mengapa anda si lelaki berbuat demikian :-



TAHU MENJAGA HATI

Kerana anda masih mahu menjaga hatinya dari di lukai. adakalanya kejujuran sangat menyakitkan hati anda dan ada yang bertindak menyimpannya demi kebaikan sesebuah hubungan.

ELAK KESALAHAN KALI KE-2

Melakukan kesalahan kali pertama mungkin boleh di maafkan tetapi melakukan kesalahan kali ke dua adalah sesuatu yang sangat menyakitkan.

MEMANG SATU KESILAPAN

Ada kalanya anda terpaksa mengakui anda sudah melakukan sebuah kesilapan. sama ada di maafkan atau tidak, terpulanglah pada pasangan anda.

TAKUT RISIKO

Setiap permohonan maaf itu pasti ada risikonya. oleh itu ada mengambil pendirian terus menipu kerana tidak sanggup berhadapan dengan risiko.

BUANG RASA BERSALAH

Berterus terang juga sebenarnya dapat menghilangkan rasa bersalah sekalipun ia agak pahit.

AKAN TERBOCOR JUA

Seberapa lama pun ia di sembunyikan, lama kelamaan akan terbocor jua. carilah masa sesuai dan beritahulah pasangan anda yang anda telah melakukan kesilapan. semoga anda memperolehi kemaafan dari pasangan anda...

June 19, 2011

entri 2 in 1

2 comments
AS-salam

Selamat petang u oll sekalian,, thanz pada yang menyinggah thanz jugak pade yang sudi mem follow blog usang ku ini... ok entri aku untuk hari ini aku ade 2. tak leh pilih2 nak tak nak korang tetap kena baca. tahu....!

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT HARI BAPA to my father yang aku tak tahu kewujudan aku di hatinya. kenapa aku tak tahu ye...? coz dah lebih kurang 8 tahun aku terasa tersisih dari kehidupan abah aku sendri. semua kegemaran dan kesukaan dia aku langsung tak tahu. and setiap kali raya aku tak harap untuk mengucup tangannya dan meminta ampun dan maaf. walau pape pun my mother selalu berpesan,, hormat dia sebagai bapa. untuk hari bapa ni aku langsung tak coll and langsung tak ucap kan selamat hari bapa pada dia. coz seminggu aku kat melaka ni,, abah langsung tak de col. humm.. ade kah aku anak yang kurang hajar,, terserah korang lah nak pikir ape. ini kehidupan aku,, dia abah aku dan aku tahu siapa dia... SELAMAT HARI BAPA semoga dia teruskan hidup sebagai suami kepada dua orang isteri dan semoga dia boleh berlaku adil pada 1 hari nanti.... AMIN!

KERJA MENANTI!

Kerja apa tu yang menati aku yek??? huhu... pasti tertanya2kan. huhu... macam ni, pagi tadi my mum coll and mengkabo ke aku yang dia dalam perjalanan ke jb tok beli kain langsir. nak tahu tak aku ni tak pandai dalam bab menjahit ni,, tapi untuk siap kan langsir rumah aku,, leh lah. jadi jugaklah rupa langsirnya... aku langsung tak tau menjahit. tapi berkat cincai aku dapat gak buat. walaupun pada pandangan mata aku,, langsir yang aku buat tu huduh gila. tapi mak aku cakap,, ok lah tu. tak semua orang boleh jahit langsir... Macam ni,, aku duk kat melaka ni sampai akhir bulan 7,, and balik johor je dah puasa. nak kerja pun dah tak sempat. and aku ambik tender dari mak aku je lah. jadi tukang jahit jap. and raya ti aku nak cari kerja.... nak cari duit tuk beli lattop sendri.!

June 15, 2011

Aku takut mimpi ini jadi kenyataan...

3 comments
As-salam

Selaamt pagi yang akan menginjak ke tengah hari semua. thanz coz sudi singgah dan baca entri yang tah hape2 dari aku ni. maaf lah jika baru hari ni aku berpeluang mengupdate entri baru... selama aku tak berblog ni,, kehidupan aku jauh berubah. aku dah tak macam dulu lagi... mungkin kalo orang yang mengenali aku pasti akan cakap yang aku ni dah buang tabiat agaknya.

Maaflah... aku bukan buang tabiat. tapi sejak di johor hari tu,, tidur aku dah tak lena lagi. tidur aku di hantui dengan mimpi2 yang menyeramkan bagi aku. aku pernah bertanya dengan seorang makcik yang lebih berpengalaman. dalam mimpi aku tu,, aku berjumpa dengan arwah embah aku yang meninggal akhir tahun lepas. dalam mimpi tu aku memeluknya erat.

Dan... mak cik yang lebih berpengalaman tu cakap kalo mimpi jumpa orang yang sudah meninggal ni,, bermakna mimpi buruk. dan mimpi yang aku peluk orang dah meninggal ni bermaksud umur aku dah tak panjang...

Aku takut jika umur aku tak panjang lagi... aku takut sangat coz aku bukan manusia yang sempurna yang bersedia untuk mati cepat. aku masih mahu teruskan hidup dengan anak dan famly aku... nak kata aku bodoh tapi entah lah... aku ni mudah percaya kan sesuatu yang kadang2 tak logik dek akal...

Adakah mimpi ini semua bertujuan untuk sedarkan aku yang alpa dengan kehidupan aku. dan untuk sedarkan aku supaya aku bersujud PADANYA... aku pun tak tahu... haruskan aku mempercayai semua  mimpi2 yang datang pada ku ni???

Malam tadi aku bermimpi berjumpa dengan arwah embah lagi. kali ni mimpi nya lagi dashat. coz dia mahu berikan aku sesuatu. aku berkeras tak mahu... tup2 aku terus tersedar dari mimpi. dan aku tak tahu apa yang mahu di berikan pada aku tu... 

June 8, 2011

kenali warna: KETAHUI BANTUANNYA!

1 comments
Merah

Mempengaruhi kecergasan kekuatan seksualiti dan kemampuan berfikir. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit dan jangkitan saluran kencing

Jingga

Melancarkan aliran darah dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan

Kuning

Mempengaruhi intelektual .Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau

Warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru

Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan masalah buah pinggang, asma dan migraine.

Ungu

Membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangkan rasa tidak berdaya serta mengubati kelainan mental dan saraf

Hitam

Jika anda sedang cuba mengurangkan berat badan, lapikkan alas berwarna hitam untuk meja makan kerana ia mampu mengekang selera seseorang.

June 7, 2011

Ku merindu....

0 comments

As-salam

Hai korang... rase cam lame beno aku tak on9 kan. rindu gila kat blog aku ni. kalo lah blog aku ni orang dah ku peluk dah ku cium.. huhu. tapi nak buat cam ne kan. inilah hidup orang yang tak ada lattop sendri. kena tunggu gi cc baru lah dapat update blog yang dah bersawang.

Selain rindu kan blog... aku jugak rindu kan sesuatu yang penting bagi aku. yak ni masa lalu aku yang bagi aku begitu menyeronokkan berbanding sekarang yang penuh dengan liku-liku. kalau lah aku tak kuat myb dah laam aku arwah tau... tapi hidup sebagai manusia... segala ranjau onak dan duri harus di tempuhinya.

Walaupun kehidupan aku sekarang jauh berbeza dari kehidupan aku yang dulu... tapi aku tetap kena redho.... anadai dapat di undurkan waktu... akan aku undurkan ke zaman aku kecik2 dan tiada masalah yang aku kena tempuhinya...

Syarat-syarat untuk bahagia...

2 comments
  • Cintailah diri sendiri sebelum kamu cintai orang lain
  • Punya pendirian yang tetap 
  • Bahagiakan hidup kamu dengan hal-hal yang lain
  • Berkorban biarlah berpada-pada

June 1, 2011

KEEP UP! SHAPE UP!

0 comments

MAD Deal of the Day: RM68 instead of RM630 for a Radiofrequency Slim Spot Trim + Reshaping Rub & Wrap Therapy at Beyond Beauty, 6 Locations.

Squats, lunges, duck walks, sit ups, push ups, chin ups... all these seem so........ painful!

Why don't try the easy way first? Shape up without going under the knife or straining a muscle. It may work for you ;)

If it doesn't, please do some jumping jacks!

Tell your friends about this too and get rewarded with every purchase they make with your link!

May 26, 2011

Tanda2 lelaki ini merbahaya...!

6 comments
Penulis buku BUT HE SAYHE LOVES ME: HOW TO AVOID BEING TRAPPED IN MANIPULATIVE RELATIONSHIP Dina Mc Millan telah memberikan tip tentang lelaki yang merbahaya untuk anda dampingi...

  • Suka mengungkit kesalahan anda
  • Menghadkan kehidupan sosial anda dan merasakan anda tanggungjawab si dia sepenuh masa
  • Suka memaki hamun apabila keinginan tidak ada kaitan dengan anda
  • Mengubah penampilan anda yang tidak berpadanan dengan diri anda

May 24, 2011

AMALKAN 10B!

6 comments
AMALKAN 10B!

10 B tu apa ek...? jom aku bagi tau pade sesiapa yang berminat ye...huhu aku saja je mahu kongsi sama korang semua. ini pun kebetulan aku terbaca dekat papan iklan dekat Klinik kesihatan felda lok heng minggu lepas masa aku balik johor. biasa lah aku ni kan suka membaca, ade info menarik aku kongsi lah sama korang semua...

  • Bertenang

  • Bernafaz dengan dalam

  • Berkata relakslah

  • Beribadat

  • Bercakap dengan seseorang

  • Berurut

  • Berehat dan mendengar muzik

  • Beriadah

  • Bersenam

  • Berfikiran positif

May 21, 2011

THANZ to... TAUFAN!

0 comments
As-salam

Selamat malam semua... lama aku menyepi dari dunia blog kan. rasa2 nya ade tak yang merindui aku??? tak tau lah aku nak jawabnya. aku bukan lah blogger famous macam BEN ASHAARI or CIK EPAL. aku juz blogger biasa yang baru nak mencari tapak dalam dunia blog ni. harap2 ade jugak lah yang merindui aku ni....huhu

Selama menyepi aku ade lah suruh seorang bloger ni buat kan aku header. and alhamdullillah akhirnya blo usang aku ni punya header jugak. tema LOVE uoll...huhu jiwang ckit lah. waalaupun aku sebenarnya cuba lari dari tema jiwang tapi aku puji kat TAUFAN coz sekejap je dia wat kan header untuk blo aku ni...



Wahhh....sebenarnye aku tak sangka lah dia sudi wat kan header untuk blog aku ni. tq sangat2 lah kat dia. bila aku tanye bab upah,, dia kate tak payah. so sebagai membalas jasa dia yan bermurah hati nak derma kan header untuk blog aku,, aku nak masukkan dia kat bloglist blog aku.huhu ok lah tu kan....

May 8, 2011

Tak de sape nak buat kan aku header blog kan...

5 comments
As-salam

Sedih je ayat aku kan. tapi tol lah... tak de sape yang sudi buatkan aku header blog. sedih je kan... cian tengok blog aku yang tak de header ni. nampak usang sangat2. aku pun tak tau nak tempah header kat sape. nak buat sendri tak cantik pulak. agy pun kalo aku buat sendri aku lebih banyak komen sendri je. pah tu aku tak hargai header yang aku buat tu...

kalo orang lain yang buat kan myb aku lebih menghargainya lah kan....

Love LOVE Love My MUM mumuah!

3 comments
As-salam

LOVE LOVE LOVE MY MUM MUMUAH!

Antara mak and abah... sayang aku pada mak lebih melimpah ruah. sebab aku lebih banyak menghabiskan masa dan membesar dengan mak. ye lah kan... my father ade 2 bini so dia lebih senang menghabiskan masa dengan bini die tu. aku pulak dah terbiasa dengan mak je. mak lah emak, mak jugak lah kawan tempat aku bercerita dan bergosip...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU tuk mak yang myb tengah tido coz baru balik kerja,, untuk para ibu yang berada di luar sana dan juga pada bakal2 ibu yang sedang menanti saat bergelar ibu. opps lupa. SELAMAT HARI ibu juga pada diri sendri... huhu.

HARI IBU??? sebenarnye hari... hari... hari ibu. hari2 kita kena menghargai ibu yang melahirkan dan jugak membesar kan kita ni. pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya begitu besar. begitu terseksanya hendak melahirkan seorang anak ke dunia. nak mendidik dan membesar... aduhh terlalu besar pengorbanan mu wahai ibu2...

gambar ini di ambil bulan 6 tahun lepas...