Followers

January 24, 2012

Nak bibir ANGELINA JOLIE?

1 comments

Untungnya kalau dapat bibir yang seksi macam ANGELINA JOLIE! Kalau anda berbibir nipis anda juga sebenanrnya boleh mendapat bibir seksi dan kissable. Tapi… haruslah tau tricknya!
-paling penting sentiasa jaga kelembapan bibir. Bibir yang kering dan pecah-pecah hanya akan mencacatkan penampilan anda. Oleskan lip balm sebelum tidur dan lebih kerap tatkala di tempat yang panas dan berhawa dingin. Sentiasa ingat, makin tinggi SPF lagi bagus. Cubalah pelbagai perisa seperti strawberi, orange dan grape.
-foundation bukan sahaja harus di pakai di muka tetapi juga di bibir sebagai make up base. Pilih translucent, loose atau compact powder.
-guna lip liner yang berwarna paling dekat dengan warna bibir anda. Lukis garis di luar dengan lekukan yang di inginkan.
-next, oleskan bibir dengan  lipstict dengan warna ceria.
-the final touch, cover up bibir anda dengan lip glossy akan menyerlahkan bibir tebal dan seksi!

p/s: juz copy from majalah lama... 

December 20, 2011

Anak sulung, tengah atau bongsu? [ JOM KENALI ]

1 comments

Anak sulung, tengah atau bongsu… 



Yang mana pilihan anda? Percaya atau tidak? Tapi urutan kelahiran mempunyai pengaruh dalam perilaku seseorang. Memang pelik bunyinya tapi para ilmuwan abad 20-an telah bertemu dengan bkti mengenainya…


Sebab itu kadang-kadang kita dapat melihat walaupun di lahir dan didik dengan cara yang sama tapi mesti ada perbezaan sikap, termasuk juga dalam hal-hal bercinta ini…


Anak sulung: SETIA


-anak sulung cenderung menjadi pemimpin. Bertanggungjawab dan cenderung mengikut peraturan. Mereka di katakana seorang yang setia. Hmmm… jika pasangan anda merupakan anak sulung, anda tak perlu terlalu risau kerana walau apa pun berlaku dalam percintaan anda berdua, si dia akan sedaya upaya memprtahankannya. Kalau dah sedia tu, pasti saja hubungan tu akan kekal lama, ye tak?


Anak tengah: EGOIS DAN DOMINAN


-di antara anak sulung dan anak bongsu, anak tengah yang terkenal dengan sikap mereka yang agak ego. Ini kerana posisi mereka yang tersepit di tengah-tengah. Mereka sering inginkan perhatian dari orang tua mereka. Jika bertemu dengan pasangan yang tepat, mereka tak teragak-agak kahwin muda kerana mahu mendahului yang lainnya. Anak tengah juga merupakan pasangan yang menyenangkan pasangannya. Mereka ini sangat gigih berjuang untuk orang yang di sayangi.


Anak bongsu: POPULAR DAN MUDAH PUAS


-selalunya orang ingat alangkah berunungnya jadi anak bongsu dalam keluarga. Apa nak semua dapat, tapi hakikatnya tak begitu. Yang bestnya mereka ini memiliki pembawaan diri yang sangat menyenangkan seperti pandai bergaul dan peramah. Tapi masalahnya juga mereka sangat suka membuat orang jatuh cinta pada mereka. Hmm… nakalnya!


-mereka juga mudah jatuh cinta pada orang yang pandai memberikan perhatian. Bahaya tu! Namun di sebalik sikap mereka yang manja dan menyenangkan itu, jangan pula andacuba mengambil kesempatan untuk control dirinya! Ini kerana sikap protes anak bongsu ini sangat kuat. Kalau dia sudah protes, alamak memang haru jadinya.


-selain itu mereka mempunyai humor yang lebih berbanding kakak-kakak dan abang-abang nya…

December 16, 2011

Makna tersirat LELAKI....!

3 comments

Kalau si dia sms lebih daripada sekali dalam sehari, sekadar bertanya apa khabar?
-tandanya, lelaki itu cuba menunjukkan sikapnya yang caring. Mereka takkan melakukannya tanpa sebab.
Kalau si dia mendiamkan diri selepas gaduh besar?
-si dia sudah penat gaduh dan inginkan keadaan jadi baik semula.
Kalau si dia kata sanggup melakukan apa saja untuk anda di awal perekenalan.
-ibaratnya u die I die! Hmmm… usah percaya! Dasar lelaki playboy. Lelaki yang betul-betul cintakan anda akan sentiasa bersama anda di saat senang dan susah tetapi lelaki hidung belangpula lebih suka menjadi sweet talker. Hati-hatilah ye!
Kalau si dia suka-suka melanggar peraturan yang anda buat?
-si dia tak suka di control. Semakin di larang semakin menjadi pula perangainya nanti.
Kalau si dia diam membisu?
-ini signal supaya anda berhenti berleter okey? Ini bermakna si dia benar-benar marah. Relaks ye…
Andai si dia merenung mata anda tanpa berkedip? 
-dia sebenarnya sedang mencari jawapan adakah pasangannya benar-benar cintakan mereka atau tidak…

December 2, 2011

Melangkah setapak lagi dalam hidup...! [ceritacintayna.blogspot.com]

0 comments
Assalamualikum....

Selamat petang buat korng yang still mengunjungi blog yna ni. Entah-entah tak de sape pun yang sudi singgah blog yna yng dah berabuk ni. Hari ni yna baru berkelapangan tuk update cikit entri tentang perkembangan terbaru yna...Ceh! macamlah ade orang ambik kisah tentang perkembangan terbaru yna ni kan... tak pelah kalau ad yang tak sudi. tapi yna tetap jugak nak update. huhu...
 27-11-2011 hari ahad(terpaksa ot)
bersama uniform berserta pangkat...hakhak! gemuknya!

1-11-2011
Hari pertama yna bergelar seorang pekerja... sesuatu yang yna tak pernah sangka. dan perkara yang selalu yna harapkan dalam hidup yna ni.

1-12-2011
Genaplah sebulan yna kerja membanting tulang untuk mencari sesuap nasi...huhu. seronoklah jugakkan. mula-mula kerja memng tensyen...tensyen sesangat! sebab tak tahu kerja nye macam mana. sekarang bila dah tau buat kerja. yna pulak yang sayang nak tinggalkan kilang tu. opsss lupa... dengan rendah hati yna nak bagi tau,, yna kerja kilang je. 

INSPECTOR QUALITY CONTROL {IQC}
Dengan pengalaman tak de. 1kerja pun yna tal pernah buat sebelum ni. padan lah dengan gaji yang kecik. tapi Yna kena bersabarlahkan. wqalaupun penat sabtu dan ahad pun kena kerja. tapi takpelah... yna nak kumpul pengalaman sebanyak mungkin. mana tahu 1 hari nanti dapat peluang kat tempat lain. myb gajinya akan lebih tinggi dari sekarang...
p/s: doakan yna supaya kekal kerja sampai bila2....amin...

November 13, 2011

kita satu....

0 comments
assalammualaikum....

Rehatkan minda dengan lagu darikumpulan spider ye.... ni requests dari KAK EMA kakak senior tempat yna kerja... hehe
Sering ku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Penyesalan cinta dalam diam
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Chorus
Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
Ulang Chorus 2X
Kerana engkau adalah milikku

October 27, 2011

HOT TIP [melangkah bagaikan seorang DIVA]

0 comments
Ramai remaja yang berangan nak bergaya bak seorang selebriti. gaya seperti JESICA SIMPSON, PARIS HILTON, BEYONCE, JENIFER LOPEZ ATAU ANGELINA JOLIE! setiap mereka memang hot dan ekstravaganza! Hey... tak jadi selebriti pun tak apa. tapi kamu masih boleh berlagak bagaikan seorang diva. hah... nak tahu caranya? baca tip di bawah ye....:

  1. Kalau tak mampu mempunyai koleksi yang banyak, cukup jikalau mempunyai satu dua hot looking purse dan beg tangan. bukan yang biasa-biasa tapi yang unik.
  2. Untuk berlagak diva, tak bermakna kamu wajib pakai kasut bertumit sepanjang masa. sesekali cubalah sandal, flip flops, flats malah sneakers. cuma pastikan ianya bersih dan berwarna-warni.
  3. A nice big pair of sunglasses... well, wajib tu!
  4. Lupakan make up yang over bagaikan opera tu!
  5. Jadilah diri sendiri.
  6. Pewangi, wajib ada. 
  7. Senyuman, jangan kekwat okey?
  8. Cuba tengok dalam tv atau majalah, lihat bagaimana bintang2 ala diva bergaya.
  9. Just be your own DIVA! memang bagus untuk berlagak diva tapi ingat selain daripada make up, glowing skin, banyak lagi benda penting dalam hidup ini.
  10. Nice clothes huh!
  11. Bukan cantik di luar je, otak pun kena jaga juga. ken a bijak jugak. barulah beauty with brain!
p/s: yna lum sedia nak jadi seorang diva so tak payah lah yna ikut segala tip di atas...huhu

October 25, 2011

INFO[ apa cerita madu, plastik danair laut?]

3 comments
As-salam

Selamat petang korarang. terima kasih kerana sudi singgah blog usang yna ni.em... tiba2 yna nak buat kelainan dengan melabel setiap entri yang yna update. saje suka2... sebagai perkongsian saja...

bagaimana MADU terhasil?

Tahukah kamu,seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu?

bagaimana PLASTIKterhasil?

Plastik di buat di kilang kimia. bahan mentah diekstrak daripada petroleum atau arang yang di panaskan sehingga cecair ini dibiarkan sejuk dan mengeras. bahan pepejal ini di potong menjadi gumpalan-gumpalan kecil di namakan granul. granul ini kemudian di tuang dan di kenakan tekanan dalam acuan khas untuk membuat pelbagai jenis benda.

mengapa AIR LAUT masin?

Semua orang tahu, air laut adalah masin dan tidak boleh di minum. tetapi, mengapa ini terjadi? untuk pengetahuan kamu, muka ini di penuhi dengan garam mineral yang terdapat di dalam batu dan tanah. contohnya natrium, kalium, kalsium dan lain-lain.  apabila air sungai mengalir ke laut ia mmbawa bersama-samanya garam. ombak laut yang memukul pantai juga dapat menghakis garam yang terdapat di batu-batuan di situ. oleh itu, lama-kelamaan air laut itu menjadi masin kerana di penuhi garam.



mutiara kata : " kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan."

September 30, 2011

Blog berubah wajah... [ceritacintayna.blogspot.com]

0 comments
As-salam

Hai korang korang yang sudi singgah+membaca blog usang yna ni. hummmm ada yang perasan tak blog yna dah jadi warna biru pulak... sebelum ni warna purple,hitam and sekarang biru pulak.. tah le tiba-tiba saja terminat polca dot kaler biru... ok, now masa untuk yna ubah suai blog menjadi mesra pengguna..

Ok... ada tak sesiapa yang berminat nak tolong yna ni? tak banyak pun yna nak mintak tolong... juz mintak tolong buat header and ubah lah ckit2 kat blog ni. biar kasi mesra sikit. kalau ada yang sudi sila inbox YNA FAZLYNA ti leh bincang apa2 yang patut mengikut selera berubah-ubah yna ni...

Habis citer pasal blog ni yna nak tanye pendapat korang tentang masa depan... yna nak tanya pendapat koranglah kan,, yna nak buat bisnes,, tapi tak tau nak buat bisnes pe. minat yna 1 je... baca buku + menulis... 2 perkara ni memang tak dapat di pisahkan dari hidup yna...

 Mak cik yang cadangkan yna buat bisnes, memandangkan kalau yna kerja, syafiq tak de yang jaga.. tu yang tiba2 gatai nak berbisnes... cepat2 yna perlukan pendapat korang... plezzzz!


September 19, 2011

Kain mak cik terkoyaklah! [ceritacintayna.blogspot.com]

3 comments


"Mak cik, mak cik... kain mak cik terkoyaklah."
mak cik: " kenapa mak cik tak perasan ye?"
" senang je jawapannya. memanglah makcik tak perasan. dah mak cik sebok jaga kain mak saye,, sebab tu mak cik tak perasan kain mak cik terkoyak!"

hah ambik kau debik kat muka! hum... ni lah masalah bila dudukdi felda@kampung. ada saja orang yang hendak menyibuk jaga tepi kain orang. kalau jaga yang betul tu tak apa lah jugak. ni yang sebok2 jaga hal orang lain buat apa. jaga hal sendiri lebih baiklah. kainsendiri koyak tak perasan, kain orang lain sebok dia nak menjaganya.

baik makcik2 sekalian ni pergi surau, buat amal ibadah. baru betul!

semalam aku betul2 geram+sedih. tolonglah... aku mohon sangat2 jangan masuk campur hal aku lagi. aku tahulah nak uruskan syafiq tu macam mana. aku bukan tak nak nikah. tapi aku still tak jumpa jodoh yang betul2 boleh terima syafiq sebagai anaknya. aku tahu lah tak lama lagi syafiq akan sekolah. masalahnya kalau aku nikah main tangkap muat je, nanti siapayang merana? aku jugakkan!

aku hargai 'pendapat' korang yang menyakitkan tu. tapi tolonglah hormat perasaan aku. macamlah aku ni tak de perasaan sampai korang suruh aku buat perkara yang dah terang lagi bersuluh aku tak nak buat. kalau aku nak buat perkara tu, dah lama dah. dari syafiq belum lahir lagi. sekarang pun dia dah kahwin. dah ada anak bini. biarlah dia ngan kehidupan dia. and aku dengan kehidupan aku sendri.

semalam aku betul dah putus asa dengan hidup aku. aku rasa macam nak mati je. habis cerita, tak pun lari jauh dari felda yang menyakitkan ni. tapi sampai bila aku nak lari? sedangkan masalah tu akan terus membelengu aku! ya allah! aku rasa aku dah tak kuat lagi nak menghadapi cobaan mu ini! orang kata apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. tapi aku masih tak jumpa lagi hikmah hidup aku ini!

kalau lah aku tahu hidup aku akan jadi macam ni,, dari kecik lagi aku suruh mak aku bunuh je aku. biar aku aman dekat dalam sana! bila syafiq lahir,aku tak fikir apa pun. yang aku fikir nak besarkan dia dan didik dia jadi anak yang soleh. tapi langsung tak terfikir tentang masalah yang satu itu....! arrrhhhh! ak sangan tertekan sampai mengganggu tidur malam aku.

tahu tak aku sekarang ni terpaksa telan pil kk untuk tidur malam yang lena. aku taksuka fikirkan masalh ini. tapi masalah ini akan terus mengejar aku selagi aku masih bernafas!




September 1, 2011

Perlu ke kahwin???

2 comments
As-salam

Selamat malam korang...!

tajuk- Perlu ke kahwin??? perlu ke??? tah ye... tapi kalau dah di tentukan untuk menikah harus ke di tolak jodoh itu? kalau aku pulak aku tak tahu... pengalaman yang aku lalui sekarang ni buat aku takut nak kahwin. Sebenarnya aku tak suke poligami... tah le. aku memang tak suka berkongsi. aku ni dah lah kuat cemburu, kalau berkongsi ade kang yang makan hati ..
aku: Mak nak akak kahwin umur berapa?
mak: ...(senyap)
aku: Mak cepatlah jawab...
mak: ... mak sebenarnya tak kesah. kalau kau dah jumpa jodoh, nak kahwin ye kawin. tapi kalau ko tak nak kawin pun tak pe. mak faham keadaan kau sekarang ni.
aku:...(senyap)
mak: buat masa sekarang jangan fikirkan pasal kahwin lagi, fikirkan pasal syafiq je dah cukup... tak payah nak pecahkan kepala otak mikir hal yang bukan2 tu!(ayat aku tapi lebih kurang sama ngan apa yang mak aku cakap)

um... ni lah syafiq pengarang jantung hati aku!

buat masa sekarang aku memang malas nak fikir tentang kawin selagi aku tak jumpa lelaki yang betul2 boleh terima syafiq kerana sayang bukan kerana terpaksa. lagi pun buat masa sekarang aku memang dah tak de hati dekat insan yang bernama lelaki. biar lah jodoh tu datang sendri dan bila aku betul2 dah sedia.

p/s: moral- berfikir dulu sebelum buat sesuatu yang tak di duga..!

Selamat hari raya!

1 comments
As-salam

Hai korang...! sebelum terlambat aku nak mengucapkan selamat hari raya pada sesiapa saja yang menjadi follower blog ceritacintayna.blogspot.com maafdi pintajika selama aku menulis blog adeayat2 ataukata2 yangaku luahkantelah menyinggung hati sesiapa... 

aku &  adik faris

Pagi raya yang tak berseri tanpa kehadira seorang ayah...

p/s: oklah dapat update ni je... ni pun curi2 kua g cc..huhu salam

July 31, 2011

10 Peraturan Ajak JEJAKA Keluar...

0 comments
As-salam

Selamat petang semua kepada pembaca dan juga follower blog aku ini ya... dah baca tajuk? huhu ini bukan dari aku. praturan ini aku dapat dari majalah dan tak salah kalau aku share2 pada korang semua kan para-para gadis dan wanita sekalian. silalah baca untuk di jadikan dan nanti tidah lah terjadinya sesuatu yang memalukan.

10 Peraturan Ajak JEJAKA Keluar

  1. Jangan berani mengajak jejaka keluar jika si dia tahu kamu sudah berpunya, atau lebih-lebih lagi jika dia turut mengenali kekasihmu!
  2. Lupakan idea untuk suruh teman baikmu bertanya kepada jejaka idamanmu. Kamu bukan budak sekolah rendah lagi!
  3. Buat sidia ketawa dengan kelakuanmu yang spontan.
  4. Periksa dulu kalau-kalau lelaki tampan itu sudah berkahwin dengan bertanya dengan temanmu.
  5. Elak SMS si dia " Tak sabar hendak jumpa you lagi." di tengah malam. padahal kalian baru berkenalan.
  6. Memang tak tahu malu kalau kamu terus ajak lelaki yang tak di kenali keluar dengan bersama sebaik terserempak di dalam bas.
  7. Kalau kamu rasa si dia sibuk hingga tak sempat nak di ajak berdating, ingatkan dirimu- " Dia yang rugi!"
  8. Sentiasa senyum- penyebab mengapa Cheryl Cole asyik " laku"  dalam carta selebriti terhangat.
  9. Jangan banyak cakap. Kalau si dia boleh tahu kesemua nama ikan belaan mu tapi kamu tak tahu pun namanya " zip" mulutmu!
  10. Nak buat si dia tergoda? bahasa tubuh seperti membelai rambut ikal mu lebih berkesan beerbanding menyentuh jejaka itu.

SUMBER: COSMOPOLITAN

July 14, 2011

Sunyi...

4 comments
As-salam...

Selamat petang semua... harap2 korang masih sudi melawat ke blog usang aku ni ye. sejak akhir2 ni macam2 dah aku buat. yang paling buruk aku dah tinggalkan semua lelaki yang menjadi skandal aku. pah tu aku tutup pintu hati aku untuk mana2 lelaki... sunyi terus hidup aku dari sebarang gangguan dari insan yang bernama lelaki.!

ke dua... dengan rasa bersalahnya aku nak mintak maaf pada sesiapa yang dah buat group untuk blogger2 tu ye. sorry coz aku dah tinggalkan semua group2 yang aku dah join. aku tinggalkan bukan kerana sengaja tapi terpaksa huhu... yek ar. tiap kali aku bukak email fuhhh berderet2 email yang masuk semua dari facebook.
dari pada aku serabut dengan semua mesej2 tu baik aku tinggalkan group2 tu semua. tapi aku tak tinggalkan terus. bla aku nak spam link blog aku akan guna fb aku yang ke dua tu. ok kannnn... huhu

hum... tadi masa dekat rumah tiba2 aku terfikir untuk tutup blog2 aku ni... and blog yang akan kekal hanyalah blog ceritacintayna.blogspot.com je...

July 6, 2011

Tentang aku...

3 comments
As-salam...

Selamat petang... tajuk tentang aku. haruslah tentang aku. coz aku tak suke bercerita tentang orang lain. hum... hari ni pecah rekod aku. sejak akhir2 ni aku memang tak de mood untuk berbuat apa pun... alasan aku 1 je. MALAS! aku memang malas untuk buat apa pun. tapi pagi tadi.... kul 10 pagi tepat. kak ipar aku ajak g hutan simpan sungai udang. 

Ingatkan untuk apa g sana rupanya.... aku di suruh jogging! wahhhhh memang pecah rekod. setelah bertahun2 aku tinggalkan aktiviti sukan. yang aku ingat kali terakhir aku g pecahkan lemak mase aku tingkatan 3. 5 tahun dah aku tak pecahkan lemak. patutlah berat badan aku melambung ke 83kg 2 tahun berturut2. 

Bukan main lama lagi aku membiarkan lemak bermaharaja lela di tubuh aku ni. pagi dah g pecah kan lemak... petang nanti kak ipar aku nak ajak g pecah lemak dekat padang A. waahhhh seram nyah!. kat padang A tu dah lah ramai abang2 askar. adoiii! gatai pulak dah... huhu kan aku dah janji tak nak jiwang2 and tak nak ada perasaan kat laki lagi. pe lah aku ni...

Aku and kak ipar aku buat perjanjian. kalau aku berjaya kurangkan berat badan aku menjadi 75kg. dia dengan rela hati akan mengajar aku bawak kereta sampai pandai. korang tahu tak.... abg aku dah tak bagi aku bawak kereta selepas aku langgar tiang. ni bila kak ipar aku dah setuju dengan perjanjian tu... aku pun apa lagi. gumbira gila2 lah... huhu... semakin bersemangat untuk kurus.

Sekarang ni pun aku dah kurangkan makan... and berpuasa sunat. moga2 usaha aku berhasil ye. doakan aku!

hum...ok nak out... dddaaaaa...!