Followers

February 15, 2014

Alhamdullilah... selangkah ke alam perniagaan

1 comments
Asalam...

Selamat pagi.. 

Salam pagi sabtu..

Alhamdullilah.. yna masih di berikan peluang bernafas dan meneruskan hidup di atas muka bumi yg indah ini. Yna bersyukur sangat dengan kurniaannya. Walaupun yna sekolah tak habis, tapi yna di kurniakan kelebihan membuat kek.

Hari ini.. sudah 36 hari YS CHOCOLATE & CAKES beroperasi sebagai pengeluar kek dan pembekal makanan. Buat masa ni yna ambik tempahan kek birthday dan mini kek je. InsyaAllah lepas ni akan menyusul kek kek yg lebih advance lagi.. mudah mudahan apa yg yna rancangkan menjadi kenyataan.

10/2/2014 baru lah yna berkesempatan mendaftar dengan SSM. Alhamdullilah urusan di permudahkan lagi.. name yg di pilih pun terus je lulus. Tak perlu nama ke 2 dan ke 3.

Urusan luver9 pun srkarang makin di permudahkan. Alhamdullilah ramai yg berluver9 pula sekarang ni. Lagi di tambahkan dengan pati losyen majraha maxwhite.. lagi daboom page luver9 collagen+ kota tinggi ♥

January 12, 2014

Aku kau dan bisnes ♥

2 comments
Assalamualaikum.. selamat pagi. Salam pagi ahad semua.. terasa janggal pula apabila ahad budak2 johor kena sekolah. Dah terbiasa ssangat lihat mereka cuti hari ahad kan.

Alhamdullilah... tahun 2014 pembuka rezeki kami untuk lebih maju dalam hidup. Mudah mudahan segala perancangan kami berjalan dengan lancar.

Hari ini bisnes yna berjalan seperti biasa. Balik ni saja yna kena siapkan 2 biji kek. 3 box coklat kek moist with secret cream ♥

Waaallllaaaaa... sebelum jam 12 yna kena siap!


Alhamdullilah.. untuk permulaan sakit sikit rasa nya nak promot kek ni. Tapi tak pe.. yna akan buat yg terbaik. Biar custmr melabur untuk sesuatu yg puas untuk di nikmati.

Hari ini juga.. syah akan memulakan bisnes Snow wash nya. Mudah mudahan berjalan dengan lancar bisnes kami berdua ni.

Yna sangat teruja coz ini sesuatu yg sangat di impikan si dia. Mudah mudahan..



Ya Allah berdebar nye menantikan hari pelancaran esok.. semoga berjalan lancar. Cepat sikit boleh kumpul duit kawin ♥♥♥

#gatal!



January 9, 2014

Cinta berubah arah!

0 comments
Assalammualaikum...

Ya ampun tajuk.. bukan main lagi yna ni kan. Hehehe.. sekadar tajuk tiada makna apa2 pun. Yna masih kekal dengan cinta si dia.

Cinta cinta cinta... sekarang ni yna sangat sangat jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Berniaga kecil kecilan saja sudah mencukupi.. sekarang ni fokus yna lebih kepada menjual LUVER9 COLLAGEN+ dan KEK COKLAT MOIST resepi asal kak yan, lepas tu yna olah ubah tukar akhirnya yna berjaya menyediakan KEK COKLAT moist yang sungguh moist, tak pahit dan alhamdullilah.. ramai yang menggemarinya..





Ini semua kek hasil keje tangan yna.. tak secantik pakar, tak sekemas mereka mendeko. Semoga di lain hari tangan yna lebih lembut untuk mendeko kek lebih cantik dan kemas..

Tahun 2014 tahun mencari duit lebih buat yna and si dia.. yna sibuk dengan Luver9 dan Kek coklat moist. Si dia pula sibuk dengan kedai Acu Snow wash yang di jangka akan mula beroperasi isnin ni.. 


Semoga apa yang kami usaha kan membuahkan hasil..with lurve ♥




January 4, 2014

Perkembangan kisah cinta ♥

2 comments
Huhu... tak boleh nak tunggu esok. Tak boleh jadi. Malam ni jugak yna nak update dan share dengan korang semua tentang kisah cinta yna.. Ya Allah. Yna bersyukur sangat.. mudah mudahan lah dia sememangnya tercipta untuk ku.

Hubungan yang terlerai kemBali terjalin. Dia dia dia.. huhu. Bulan 2 ni genap setahun kite orang bersama, menempuhi onak ranjau dan duri.. ya ampun dah pelbagai yg kami tempuhi. Semoga di tahun 2014 ni hubungan kami lebih indah.. cinta kami semakin harum mekar mewangi.

Ceh... dah start dah jiwang2 yna ni.




Yna selalu berdoa setiap kali lepas solat supaya Tuhan permudahkan hubungan kami.. dan satukan kami dalam ikatan yang sah. Mudah mudahan.. yna tak mau buat dosa. Yna mahu ade ikatan yg sah dengan dia... doakan hubungan kami ye. 





Terlewat.. tapi tetap nak ucap.

0 comments
Assalamualaikum...

4 januari 2014.. sekejap je masa berlalu. Diam tak diam agak lama jugak lah yna tinggalkan dunia blogger. Last update bulan 10 2013.. and now dah bulan 1 2014. Maaflah ye.. terlalu sibuk dengan urusan keje.

Sebelum terlupa.. yna ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014. Semoga di tahun baru ini kita semua di beri keberkhatan unyuk teruskan hidup. Azam tahun lepas alhamdullilah ade yang tercapai ade yg belum tercapai lagi..

Jadi yna sambung azam tahun lepas ke tahun ni pula.. alhamdullilah tahun 2013 yna berjaya juga beli lattop jenama acer windows8.. dan sebelum penutup tirai 2013 yna berjaya dapatkan samsung galaxy mega 6.3.



Ok puas hati.. cuma azam kuruskan badan je belum tercapai lagi. Mudah mudahan 2014 yna mampu turunkan berat ke yg lebih ideal..

Dan malam ni.. buat pertama kalinya yna update blog pakai galaxy mega kesayanga .. huhu ♥

Okey all.. selamat malam. 

October 25, 2013

Alhamdullilah...

0 comments
Alhamdullilah...

Hanya mampu memgucapkan alhamdullilah di atas nikmat kurnianya. Yna semakin rasa okey sekarang. soal cinta yna berserah pada takdir tuhan. kerana yna percaya ajal maut, jodoh semua di tangan tuhan.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang. yang menentukan Dia yang di atas..

Yang baik itu datangnya dari Dia.. yang buruk datangnya dari kita.

Apa saja yang muncul

Yang baik itu rezeki,
Yang buruk itu uji..


Sudah  beberapa hari ni senyuman tak mahu pergi dari bibir yna. Alhamdullilah lah, tuhan tu memberi apa yang yna inginkan. semoga tuhan permudahkan hubungan kami ini. semoga tuhan satu kan kami dalam ikatan yang sah di satu hari nanti..

Yna sering berdoa untuk hubungan kami ni, semoga tuhan merahmati hubungan ini. banyak yang kami rancangkan. huhu mudah-mudahan perancangan ini menjadi kenyataan. semakin happy semakin bahagia dengan kehadiran dirinya.

Semoga dia tercipta untuk ku..

September 27, 2013

Bukan mudah untuk melupakan!

2 comments
Ahhhh tajuk je pun mesti dah tahu apa yna nak update, tak ada kerja lain. ini mesti pasal cinta lagi dan lagi. Biasa ar, url blog pun dah tertulis CERITACINTAYNA.BLOGSPOT.COM. hum... Sebenarnya hidup ni tak pernah lari dari perkataan Cinta. Cinta kepada Pencipta, Manusia, Rasul dan apa-2 saja.

26/9/2013-Genap sebulan yna putus dengan Dia. Tak sangka rupanya sakit jugak putus cinta ni kan. itulah ganjarannya apabila mencintai manusia melebihi diri sendiri. Sesuatu yang di rancang tidak menjadi kenyataan. kenyataan tetap kenyataan, hidup harus di teruskan, putusnya sesuatu hubungan tak bermakna berakhirnya hidup ini.

Alhamdullilah, setelah sebulan berlalu, yna rasa okey sikit berbanding hari-hari yang lepas. teman rapat, mereka-mereka di sekeliling saja yang tahu apa yang yna alami. sehingga yna rasa, dunia ni tidak adil. Astagfirrullahalazim! begitu kuat penangan putus cinta sehingga yna hampir terpesong. Nasib baik ada sahabat yang ada dikala ku suka, di kala ku duka.

Nasihat demi nasihat di beri sehingga yna tersedar, hidup ini bukan untuk menikmati cinta kepada manusia, tetapi untuk menikmati cinta ke pada yang esa, yang di atas sana lebih penting berbanding cinta kepada manusia. Terima kasih sayangku Nurnasuha yang banyak bersabar dengan luahan demi luahan yang ke beri.

And now, life must go on! jangan pandang belakang lagi, berpegang pada janji tuhan. setiap manusia di ciptakan berpasangan, jadi jangan takut jika ada jodoh tak akan ke mana.

Meskipun masih bersisa rasa cinta kat hati untuk dia, tapi NORFAZLYNA WARNOOR kena kuat semangat tempuhi hidup yang mendatang tanpa dia sebagai cinta hati. Jangan membazirkan air mata untuk yang tak sudi, tetapi luangkanlah masa untuk mereka yang sedia menanti.




September 17, 2013

7 Motivasi Untuk Kurus

1 comments
Berangan memang mudah tapi untuk laksanakannya pedih beb! ia adalah misi yang sangat beraat dan wajib di laksanakan dengan penuh komitmen dan perlu di dorong oleh motivasi dan semangat kental. bila kamu rasa putus asa, semak lembali tip berikut, mana tahu ia kembali membakar semangat kamu dan seterusnya membakar segala lemak yang dah bertahun-tahun bersarang dalam badan tu!

hargai sekecil mana pun perubhan yang di capai. obses untuk tampil lebih kurus okey tapi jangan pula terlalu memaksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan.




7 Motivasi Untuk Kurus...

Motivasi 1: Lebih kurus untuk cantik
Yes... pertama sekali set kat minda tu kamu sememangnya mahu kurus untuk di pandang cantik oleh diri sendiri dan juga orang lain. lagi satu, kalau dah slim, pasti tiada masalah untuk lebih bergaya. 

Motivasi 2: Lebih kurus untuk kesihatan
Tentulah... kalau mahukan hidup yang lebih berkualiti, kamu harus kekalkan kesihatan tubuh badan. untuk itu, haruslah lebih fit dan buang segala lemak yang tak di perlukan. kan kamu tahu berat badan ideal akan mengurangkan risiko kamu diserang penyakit alaf baru seperti kanser!

Motivasi 3: Lebih kurus untuk dapatkan Boyfriend
Hahaha... ini penting buat kamu yang memasang azam baru untuk berpasangan. iya lah dah lama hidup solo kan...mungkin ada yang anggap ia karut  belaka. okeylah... terpulang pada pendapat masing-masing, tapi jangan menafikan. ada sesetengah wanita memasang azam kurus untuk dapat boyfriend.

Motivasi 4: Makan hanya rasa sedap di tekak
Saat kamu tak mampu mengawal selera makan dan teringin untuk makan sebanyak-banyaknya... tarik nafas, relaks dan selalulah berfikir bahawa makan hanya sedap sekejap je di tekak. lepastu ia akan berlalu ke perut dan menjadi lemak.

Motivasi 5: Kurus untuk pakai baju lama
Masih sayangkan baju lama yang kini sudah sendat dan ketat. gantungkan kembali dan lihatnya setiap hari, semoga ia memberi rangsangan yang luar biasa untuk kamu gigih mencapai misi tersebut.

Motivasi 6: Lebih kurus untuk dapatkan pekerjaan
Mungkin dalam hati kamu teringin menjadi pramugari ke, model ke.. siapa tahu kan. Jadi apa tunggu lagi, jadi kan impian itu sebagai pembakar semangat.

Motivasi 7: Lebih kurus untuk tingkatkan harga diri
Mungkin selama ini kamu sering di hantui perasaan rendah diri, nak keluar pergi kedai malu, nak bergaul malu. hahhhh kalau sedikit pengurangan berat badan dapat membantu anda lebih yakin, apa tunggu lagi? go for it!

August 29, 2013

KZ Nabihah Inspirasi Untuk Wanita.

0 comments
Assalamualaikum...

Petang ni yna nak bercerita tentang Maxi Dress Lycra yang terjual di pasaran sekarang ni. Korang perasan tak? kebanyakannya yang terjual sangat kurang sedap untuk di pakai, melekap kat body. untuk orang yang berbadan kurus okey lah jugak tapi untuk plus size macam yna ni memang tidak sesuai okey lebih-2 lagi untuk orang bertudung...

Yna ada pengalaman nak pergi dinner time tu, dah emergency gila, beli baju pun main tangkap muat je. bila pakai time dinner tu peh mata yang memandang membuatkan pergerakan yna sangat terbatas. melekap kat badan and tah lah yang penting tak selesa. sekali je lah yna pakai time dinner tu.

Sejak tu yna serik nak beli Maxi Dress Jenis Lycra.

Tapi kali ni yna nak mempromosikan produk Exclusive By KZNabihah yang memang auuummmm Lahhh!


Baca ini antara Detail:
1) Produk keluaran KZNABIHAH adalah berkualiti tinggi tidak sama dengan penggunaan material Lycra yang berada di pasaran. Sangat berbeza kerana mereka menggunakan material lembut & jatuh terletak.
https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif

2) Semua koleksi KZNABIHAH di reka sendiri & di jahit dalam production house sendiri. Oleh itu semua item eksklsuif serta tiada persamaan dengan tempat lain kecuali peniruan tetapi masih juga tidak boleh di bandingkan dengan kualiti.

3) Semua warna2 keluaran KZNABIHAH sangat menawan & anda sukar nak dapatkan tone warna yang sama seperti di KZNABIHAH kerana produk adalah eksklusif tetapi masih mampu milik.

4) Yang penting KZNABIHAH menyediakan  Koleksi daripada saiz S sehinggalah ke saiz 6XL,korang cuma perlu memilih mengikut carta ukuran yang telah di berikan. Jangan rasa diri terlampau besar kerana kebiasaan pembeli di KZNABIHAH meilih saiz terlampau besar kerana merasakan mereka sgt besar & kain melekap.. Kemudian menyesal sebab tersalah anggap =)

TIPS PENGTING: Tips nya anda perlu membeli pita ukur kemudian buat ukuran sendiri sebelum membeli

5) Segala urusan pembelian perlu di buat di  website atau email KE:

WEBSITE :  www.kznabihah.com
FACEBOOK : Kznabihah Boutique
INSTAGRAM : KZNABIHAHBOUTIQUE
BUTIK OFFLINE : NO 20-02, SERI BANGI, JALAN 8/35,SEKSYEN 8, BANDAR BARU BANGI.

 Seretakan sekali KOD KUPON sewaktu membuat urusan pembelian.
 KOD KUPON ANDA :  LYNN/KZNABIHAH

 

https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
 #Dah cuci mata berminat sila buat urusan pembelian di KZNABIHAH bOUTIQUE

August 27, 2013

Maafkan aku...

0 comments
Assalamualikum,

Hari ni pagi yang suram buat yna. dari semalam lagi air mata ni asyik mengalir menandakan hati yna memang tak happy. pagi semalam yna happy sangat bila dia kata nak datang, happy sebab lama tak jumpa dia, tak tengok muka dia...

Rupanya kegembiraan tu tak berpanjangan, sampai je dia kat waha dia terus buat keputusan yang betul-2 yna tak sangka. kali ke-2 dia putuskan hubungan ni, saat yna betul-2 ngah sayang and cinta kan dia sepenuh hati. Ya allah! sakitnya apabila di tinggalkan oleh orang yang kita cinta.

Punca??? yna punca nya, kalau yna tak mesej ngan ex dia mesti semua ni tak jadi, kalau yna padam mesej yang yna mesej ngan ex dia mesti semua ni tak kan jadi. kalau dapat di undurkan waktu yna dah undurkan, tapi takdir tuhan penentu segalanya.

Nak benar dia marah sangat kat yna, seakan-akan tiada maaf lagi untuk yna. yna merayu pun tiada guna, dia dah buat keputusan sendiri. sekali lagi dia buat keputusan tanpa berfikir panjang. dia minta yna jangan ganggu dia lagi, dia nak bersendiri. yna cuba ikut kata dia, yna hormat keputusan dia. mudah-mudahan akan ada kabar positif dari dia untuk hubungan kami ini.

Malam tadi bila kerja yna tak dapat fokus, asyik ingatkan dia saja. walauupun hubungan kami masih hijau masih mentah baru 6 bulan tapi rasa cinta and sayangyna kat dia berbeza ngan lelaki-2 yang yna pernah kawan sebelum ni. hanya tuhan yang tahu betapa yna sayang kan dia.

Yna terima kekurangan dia, yna terima segala pemberian dia tanpa kisah harga, macam mana ingin melupakan sedangkan hati masih sayang. cincin pemberian dia yna masih pakai, pic dia kat wallet yna masih tak usik, masih elok kat citu. rakaman suara dia yna masih simpan and dengar bila rindu, pic dia yna tak padam lagi kat lattop ni....

Yna rasa bahagia sangat dengan dia, rasa happy bila berada dekat dengan dia. tapi bila ini terjadi yna tak tahu nak pk ape lagi... ya allah! kuatkan semangat aku...

Mudah-mudahan dia untukku, and dia kembali kepada ku...

August 26, 2013

Kesihatan kulit itu Perlu.

0 comments
Assalamualaikum...

Selamat pagi friends, blogger and sape-2 je. huhu bangun pagi hari ni dengan penuh semangat kononnya nak pergi joging kononnya. tapi mesej-2 kak yan. kak yan tak dapat join pulak. dah cancel tak jadi joging, semangat nak kurus katanya. 

Iyalah, yna ni bila time bulan ramadhan je berat mesti naik, bulan syawal??? lagi lah naik. berganda-2 lagi tahu. ini pun ramai dah tegur isu berat badan. tapi ada 1 lagi yang mereka tegur yna tak marah tapi lagi suka. huhu tentang kulit muka.

Bukan nak riak atau berbangga diri, tapi saja nak share dekat mereka yang punya masalah kulit. yna ada 1 produk ni memang terbaik lah. yna tak pernah jumpa produk yang terbaik macam ni, and walaupun skip-2 ambil tetap nampak perubahannya.

 
Sebelah kiri sebelum, sebelah kanan selepas...

Huhu tu yang semangat berbisnes kembali. kalau ada sesiapa yang berminat boleh pm yna kat facebook Yna Fazlyna 1kotak RM55.00 1 set RM165, free postage. \

LUVER9 bukan saja untuk kesihatan kulit tapi ade pelbagai khasiat di dalam 1 kotak luver9 ini. Ini antara testimoni yang berjaya dengan Luver9 Collagen+.
 

 

August 24, 2013

Lama menyepi.... Selamat hari raya!

0 comments
Assalamualaikum...

Wahhhh sudah agak lama jugak Y.F menyepi dari dunia blog ni, lebih kurang 4 bulan jugak yek. Waduh, blog pun dah berhabuk ngan sarang burung.. huhu. hati tenagh bunga-bunga tu yang nak update blog pun tak menyempat.

Di kesempatan ini, masih sempat lagi untuk Y.F mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali dan juga kepada rakan-2 blog yang mengenali diri ini(ceh macamlah ada blogger yang kenal Y.f ni). Sempena bulan baik hari yang baik Y.f harap korang ambil yang jernih buang yang keruh..

Pic Y.f di hari pertama.. yellow kou jah! menyerlahkan

Bergambar selepas bermaafan... ini je yang ade. 
Baju raya ke-2.. mix and match je. JDT katanya..
Bersama Faizah sepupu gila snap macam Y.f lahhhh...

Walau apape pun raya tahun happy walaupun adik beradik tak dapat berkumpul, pagi raya lepas salam-2 bermaafan yna and family gerak balik umah atok.. pah tu gi rumah mak long and last pergi rumah wak yah(kakak abah).

Balik rumah tak sampai 5 minit si Bintang hati datang, tahun lepas beraya dengan ex. tahun ni dengan bintang hati... huhu 

Bergambar berdua tak da, gambar kombine pun jadi lah kan...

Peace yooo...huhuhuhuhuhu
 
 
 
 

May 16, 2013

Tanpamu...

0 comments

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhentiKeranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Lirik lagu ni... hum tiba tiba hati jadi sayu, baru perasan dalam senarai mp3 yang berlambat yna simpan dalam lattop tersimpan lagu ni. masih ada lagi kah lelaki yang akan berkata begitu, berharap begitu pada yna.

Ohhh TUHAN, besarnya impian yna. bersykurlah dengan apa yang kau ada yna. walaupun sekarang ni yna seakan terumbang ambing dengan kisah cinta yang tak berjawapan ni. adakalanya terasa die macam take care pasal yna, tapi pada satu saat tu seakan tidak.

Macam baru sekejap tadi dia call semata-mata nak tanya tak ada kredit ke? bila yna tanya 'AI RINDU KE KAT KITA?' cepat2 dia nak tamatkan perbualan. hampa hati ku, semalam bila die tiba2 call yna sedangkan kite orang tengah mesej, bila yna tanya lagi 'DAH KENAPA? RINDU KITE KE?' cepat2 dia jawab tak...

YNA FAZLYNA!!! tak payah perasaan lah, dia dah tak macam dulu yang memuja memuji merindu kau saban hari. dia bukan SYAH yang kau kenal lagi, dia dah jauh berubah. kenapa lah dengan kita ni yunk... hubungan yang terputus 4 hari tu benar benar merubah hubungan kita 90%.

HAMBAR... HUBUNGAN KITA SANGAT HAMBAR SEKARANG NI, TIADA LAGI PANGGILAN MANJA...

50% terasa sekarang ni, adakalanya awak bersama saya, adakalanya awak jauh... selagi saya mampu menebalkan muka, saya tebal. tapi jika tak mampu maafkan saya andai saye pergi dari awak yunk... impian saya tinggi, tapi tak guna jika saye sorang yang berharap...

May 12, 2013

Puas belasah orang!

0 comments
Huhuhuhu tajuk entri menunjukkan yna seorang yang ganas dan kejam. huhu kau hadooo?!

 
AWAS: jangan mudah tertipu dengan senyuman yang di beri...

07/05/2013: PERANG DUNIA

Perang dunia lah sangat kan, sebenarnya perang dunia cinta je kot. " Orang rasa, orang tak dapat nak teruskan hubungan ni lagi!" and khatam lah hubungan antara yna and syah. sedih, sakit hati, bengang! semua perasaan tu ada. yek lah kan, bukan main lagi yna rancang nak wat suprise for bday dia 03/05/2013. hajat tak kesampaian, di tinggalkan lagi...

11/05/2013: KENA BELASAH!

Memang kena belasah pun, tah ek dah gaduh siap cakap benci2 tapi leh keluar dating pulak hari ni kan. nak tergelak pulak tengok muka kakak dia bila tengok yna yang tugu dia kat petronas, huhu memang sengaja tak nak ambik die kat umah. motif: saje nak tengok kesungguhan dia keluar dengan yna.

Ok terpakai baju kotak2 same juz beza warna je. (pic ambik sendiri2)

PUAS! CUBIT, PENAMPO, TUMBOK, GIGIT TANGAN DIA! haha... geram sangat! 4 hari bagaikan 4 dekat ea sakit hati, menangis bagai orang gila. bila dapat jumpe ape lagi kerja kan dia puas2. dia marah gak, tapi apa ku peduli huhu...

Hari ni habiskan masa gi karaoke, 1 jam free 1 jam. ambik kau nyanyi sampai hilang suara 2 jam dalam karaoke box. suara tak sedap pun layankan je, asal boleh! sempat jugak berduet nyanyi lagi MEMORI BERKASIH, and paling best kebanyakan lagu yang yna nyanyi semua menyindir dia. tak tau lah dia terasa ke tidak..

Keluar sebagai kawan, balik sebagai couple! huhu sekarang kami dah couple... hehe happy kembali.


May 2, 2013

Sabar itu perlu...

1 comments
Bila hati sudah sayang
Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan
Bencimu tak kudendami
Apalagi senyumanmu
Ku terbayang kala rindu

Tidak perlu kujelaskan
Apa yang aku inginkan
Berkasih biarlah satu
Bercinta setia di hati
Hanya itu yang kuharap
Moga hatikan bersatu

( 1 )
Sepenuh rindu hatiku merindu
Debunga cinta penuh di jiwa
Terlalu payah nak ku melupakan
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang
Memuja bulan bintang yang membisu

Entah apa lagi kuluahkan
Untuk ku menyatakan cinta
Setengah nyawaku menahan
( 2 )
Mabuk cinta sakit cinta
Rindu makin menyesak
Namun orang yang di sayang
Diam bersahaja
( ulang 2X )

Usah bermain rasa jika hanya menduga
Nanti tersentuh hati pedih menyeksa diri
Dengarkanlah rayuanku
Berikanlah kasih sayangmu

 Bila hati dah sayang, semua menjadi indah... betul! betul! betul!

Marah dia bagaikan gurauan, benci dia tak aku dendami. huhu dalam hati penuh rasa cinta. Yna yna... begitu mudah hati cair. sms die malam tadi begitu menyentuh hati keperempuanan yna. hehe sangat lembut rupanya hati ini kan...

" WALAUPUN AWAK BUKAN YANG PERTAMA, TAPI SAYA PASTI AWAK YANG TERAKHIR..."

Yna pun tak tau lah apae mimpi syah ni, tiba-tiba malam tadi die send mesej macam tu. hope nya lepas ni hubungan kite orang akan ok. or myb die saja nak uji yna ngan pengai dia...

 

Oleh kerana dah buntu dengan hubungan kami ni, yna sengaja share pic kat atas ni kat f.b syah. salin lagi bagi sms kat dia. tak tau lah ape die rasa tapi alhamdullilah yna suke bila ade perubahan dalam hubungan kami ni.

Hum... yna sayang dia, yna tak tipu. yna sanggup tunggu dia sampai die dapat ape yang dia inginkan dengan harapan dia juga akan sabar dengan yna. sabar tunggu yna capai apa yang yna inginkan dala hidup yna...

Thanz sayang... thanz dengan perubahan ini. love you more!

May 1, 2013

Ombak rindu...

3 comments
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Ingat lagi satu masa dulu lagi ni cukup popular, tapi hari ini lagu ini cukup bermakna di hati yna, sambil menyanyi sambil mengalir air mata ini. Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya...

YA ALLAH! ujian apakah, setelah 65hari bersama sebagai pasangan kekasih, dia tiba2 berubah tak sampai 24jam. dia lain, dia lain sangat. perubahan yang tak di ketahui puncanya. yang pasti balik dari berjupa yna dia okey je.

Malam menjelma, perubahan ketara berlaku, die lain. lain sangat. tiada lagi sms jiwang, tiada lagi panggilan mesra, yang ada hanya kedinginan suaranya. esoknya dia sms sesutu yang yna tak sangka sangka sangat. dia tak dapat terima orang yang sangat penting dalam hidup yna.

Kenapa tiba-tiba engkau berubah sayang? bukan mahu mengungkit, tapi tak teringat kah engkau kite pernah berjanji nak bersusah senang bersama, walaupun sekarang awak tak da kerja, tapi saya tak kisah. asalkan awak selesa dengan hidup awak...

Cara awak, perubahan awak umpama awak mahu minta putus, tapi awak tak mrluahkannya pun. awak seolah olah nak saya yang memutuskannya. maafkan saya,, saya tak akan memutuskan sesuatu yang bukan saya mulakan...

Awak hadir dalam hidup saya tiba2 saat saya kesakitan, kenapa saat luka ni sembuh awak kembali menambah luka???

AAAHHHHH! entah apa yang awak pikirkan sangat sehingga awak sendiri tak tahu keputusan terbaik nya? awak kiata tiada orang ke-3 dalam hubungan kita tapi kenapa awak lain, kenapa awak berubah seperti mahu menamatkan segalanya...

April 30, 2013

Harus terpisah...

0 comments
 

Cakra Khan - Harus Terpisah Lyrics

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama

Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

April 21, 2013

Antara keperluan dan minat?

0 comments


Selamat malam....zzzzz tidur!

Ahhhh pening kepala ni memikirkan tentangnya, rasanya bukan yna je yang memikirkannya. tapi semua orang akan memikirkan tentang duit. almaklumlah setiap mereka yang dewasa akan terbeban dengan utang piutang. utang PTPTN, KERETA, RUMAH, BANK and banyak lagi yang memerlukan untuk kita berutang.

Setiap orang pasti ada minat dan ketaksukan masing-masing, sama juga yna. minat pada kereta MYVI usah di sangkal lagi. lebih-lebih lagi MYVI KUNING! OMG! i like sangat-sangat you all.

TAPI...

(GAMBAR: GOOGLE)

HARGA PASARAN PRODUA 2013

Kereta ni mahal sangat lah, kalau mengikut kemampuan sudah sah lagi bersuluh yang yna tak layak memilikinya, kalau ikut kemampuan kereta kancil pun belum tentu ku dapat milikinya...

Target???

Tahun depan insyaallah yna akan memiliki sebuah kereta sendiri, tapi... harapnya akan tercapai. kena start save duit. bukan untuk kahwin, tapi untuk memiliki si kuning!

Hidup ni duit sesaja! ahhhh tensyen kita!

Kalau ikut keperluan dah lama sangat kite beli kereta ni, tapi ramai yang cakap. kalau beli kereta kena ada bonet, kalau nak beli kereta pk panjang, kalau ada kereta kaji dulu kemampuan. aahhhh! sakit kepala kite ni tau awak awak semua...

Pagi tadi mak tanya, kalau yna ada kereta yna nak bawak mak pergi mana je?

Serta merta hati ni sebak! mak memang teringin pergi ke serata dunia, and lebih2 lagi MEKAH. kalau tempat2 kat malaysia boleh jugak yna bawak naik kereta(tapi tunggu dah ada kereta sendirilah). tapi yang gi MEKAH tu kena lah tunggu duit pencen mak keluar...

April 19, 2013

Syukur...alhamdullilah

0 comments
Selamat malam...

Masih sempat ucapkan selamat malam, tinggal beberapa minit saja lagi akan menginjak ke jam 12:00 am. huhu untuk orang yang bekerja bersengkang mata macam yna ni mana kira malam or siang nak update blog. bila free je dapat update.

Syukur alhamdullilah...

Hari ni sesuatu yang tak di sangka terjadi, balik keje tak sempat nak rehat. yna dapat sms dari Syah, dia mintak tolong antarkan g klinik gigi. kecian dia tumbuh gigi bongsu. sakit sangat nampaknya sampai sepanjang jalan nak ke klinik muka dia langsung tak nak senyum.

Tak dapat cabut pun, dapat ubat je. kecian dia kena tanggung sakit lagi 1 minggu. minggu depan baru dapat cabut. lepas tu terus je balik.

Sampai umah tak ingat ape terus tidur ea, dia tinggalkan yna yang mati kutu tak tau nak buat apa. dah lah yna bukan jenis mesra alam yang boleh mesra tiba-tiba. terpusing sana-terpusing sini. pah tu mak dia tegur, mak dia lah yang mulakan perbualan.

mak dia siap cakap lagi, " kat rumah ni tak payah malu-malu, buat macam rumah sendiri." hehe malu kite. bebual lama jugak lah, sempat lagi makan. walaupun tengah berdiet, lupakan sekejap demi makanan yang mak dia dah sediakan. abang dia si syafiq pun yna tengok okey je leh bebual ngan yna, ayah dia lagi lah. mesra alam betul. yna pulak yang malu-malu singa.

Yang yna gembira sangat, penerimaan famly dia okey sangat, tinggal nak mesra dengan kak long dia je... YA ALLAH SEMOGA ENGKAU PERMUDAHKAN HUBUNGAN KAMI INI, SEMOGA TIADA YANG MENGHALANG KEBAHAGIAAN YANG KAMI SEMAI BERSAMA..

 

yang dia pulak sedap je tidur, sampai yna balik pun tak sedar.

April 5, 2013

H. A. C. K. S

2 comments
H - HANYA
A - AKU
C - CINTA
K - KAU
S - SEORANG

H - HOPE
O - OUR
L - LOVE
L - LAST
A - AND
N - NEVER
D - DIE

I - I
T - TRUST
A - AND
L - LOVE
Y - YOU

HACKS, HOLLAND AND ITALY antara ayat-ayat cinta ketika berkasih, ohhh alaangkah indahnya cinta. tapi tak semua  kisah cinta akan berakhir ke jinjang pelamin, tak semua kisah cinta akan di serikan dengan kebahagiaan berumah tangga.

YA ALLAH! mudah-mudahan cinta yang ku semai bersama nya berkekalan sehingga ke hembusan nafaz terakhir. dengannnya aku mengenal erti cinta, darinya jua aku mengenali erti kesabaran di dalam sesuatu perhubungan.

BERGADUH tu adat biasa ketika berkasih, seboleh mungkin aku tak nak bergaduh lama-lama. biarlaah aku ke, dia ke yang salah. tapi apabila bangun keesokan hari, aku akan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

SETIA, sejak berkasih dengan nya aku cuba belajar untuk jadi seorang yang setia tanpa ade kecurangan lagi, nampak benar sebelum ni tak pernah setia..