Followers

May 1, 2013

Ombak rindu...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Ingat lagi satu masa dulu lagi ni cukup popular, tapi hari ini lagu ini cukup bermakna di hati yna, sambil menyanyi sambil mengalir air mata ini. Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terima ku seadanya...

YA ALLAH! ujian apakah, setelah 65hari bersama sebagai pasangan kekasih, dia tiba2 berubah tak sampai 24jam. dia lain, dia lain sangat. perubahan yang tak di ketahui puncanya. yang pasti balik dari berjupa yna dia okey je.

Malam menjelma, perubahan ketara berlaku, die lain. lain sangat. tiada lagi sms jiwang, tiada lagi panggilan mesra, yang ada hanya kedinginan suaranya. esoknya dia sms sesutu yang yna tak sangka sangka sangat. dia tak dapat terima orang yang sangat penting dalam hidup yna.

Kenapa tiba-tiba engkau berubah sayang? bukan mahu mengungkit, tapi tak teringat kah engkau kite pernah berjanji nak bersusah senang bersama, walaupun sekarang awak tak da kerja, tapi saya tak kisah. asalkan awak selesa dengan hidup awak...

Cara awak, perubahan awak umpama awak mahu minta putus, tapi awak tak mrluahkannya pun. awak seolah olah nak saya yang memutuskannya. maafkan saya,, saya tak akan memutuskan sesuatu yang bukan saya mulakan...

Awak hadir dalam hidup saya tiba2 saat saya kesakitan, kenapa saat luka ni sembuh awak kembali menambah luka???

AAAHHHHH! entah apa yang awak pikirkan sangat sehingga awak sendiri tak tahu keputusan terbaik nya? awak kiata tiada orang ke-3 dalam hubungan kita tapi kenapa awak lain, kenapa awak berubah seperti mahu menamatkan segalanya...

3 comments:

Cik Bunga said...

solat kak. saye paham akak terima dia dlm mase hati akak sakit, jadi kehadiran die mengisis kekokangan akak + mengubat hati akak. tapi akak jangan terhegeh hegeh kat dia. syafiq lebih penting dari die.

Cik Bunga said...

One more thing kak, pada pandangan mata saye, akak ni seorang yg ada harga diri. its bout the way you walk through your life as what i know. Yna Fazlyna yg saya kenal kuat. Ada hala tujuan. Berani. Take a break kak. Nasihat saye SOLAT. kembalikan harga diri dan keyakinan akak. please be my yna fazlyna again

yna fazlyna said...

awak buat akak menagis ati, akak sayang syafiq. sebelum akak buat keputusan teruskan apa yang akak dah mulakan, akak dah nekad dia yang first, solat.. tu je ketenangan jiwa yang lebih baik dari segalanya... akak sayang dua2 ti. tapi akak jugak tak nak di pandang lemah..

kuatkan semangat! yup jadi yna fazlyna yang dulu yang kuat semangat tanpa cinta...