Followers

September 17, 2013

7 Motivasi Untuk Kurus

Berangan memang mudah tapi untuk laksanakannya pedih beb! ia adalah misi yang sangat beraat dan wajib di laksanakan dengan penuh komitmen dan perlu di dorong oleh motivasi dan semangat kental. bila kamu rasa putus asa, semak lembali tip berikut, mana tahu ia kembali membakar semangat kamu dan seterusnya membakar segala lemak yang dah bertahun-tahun bersarang dalam badan tu!

hargai sekecil mana pun perubhan yang di capai. obses untuk tampil lebih kurus okey tapi jangan pula terlalu memaksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan.




7 Motivasi Untuk Kurus...

Motivasi 1: Lebih kurus untuk cantik
Yes... pertama sekali set kat minda tu kamu sememangnya mahu kurus untuk di pandang cantik oleh diri sendiri dan juga orang lain. lagi satu, kalau dah slim, pasti tiada masalah untuk lebih bergaya. 

Motivasi 2: Lebih kurus untuk kesihatan
Tentulah... kalau mahukan hidup yang lebih berkualiti, kamu harus kekalkan kesihatan tubuh badan. untuk itu, haruslah lebih fit dan buang segala lemak yang tak di perlukan. kan kamu tahu berat badan ideal akan mengurangkan risiko kamu diserang penyakit alaf baru seperti kanser!

Motivasi 3: Lebih kurus untuk dapatkan Boyfriend
Hahaha... ini penting buat kamu yang memasang azam baru untuk berpasangan. iya lah dah lama hidup solo kan...mungkin ada yang anggap ia karut  belaka. okeylah... terpulang pada pendapat masing-masing, tapi jangan menafikan. ada sesetengah wanita memasang azam kurus untuk dapat boyfriend.

Motivasi 4: Makan hanya rasa sedap di tekak
Saat kamu tak mampu mengawal selera makan dan teringin untuk makan sebanyak-banyaknya... tarik nafas, relaks dan selalulah berfikir bahawa makan hanya sedap sekejap je di tekak. lepastu ia akan berlalu ke perut dan menjadi lemak.

Motivasi 5: Kurus untuk pakai baju lama
Masih sayangkan baju lama yang kini sudah sendat dan ketat. gantungkan kembali dan lihatnya setiap hari, semoga ia memberi rangsangan yang luar biasa untuk kamu gigih mencapai misi tersebut.

Motivasi 6: Lebih kurus untuk dapatkan pekerjaan
Mungkin dalam hati kamu teringin menjadi pramugari ke, model ke.. siapa tahu kan. Jadi apa tunggu lagi, jadi kan impian itu sebagai pembakar semangat.

Motivasi 7: Lebih kurus untuk tingkatkan harga diri
Mungkin selama ini kamu sering di hantui perasaan rendah diri, nak keluar pergi kedai malu, nak bergaul malu. hahhhh kalau sedikit pengurangan berat badan dapat membantu anda lebih yakin, apa tunggu lagi? go for it!

1 comment:

Izhar said...

Orang yg berjaya kurus ni biasenye sebab diorg konsisten, org yg konsisten pulak biasenye berpunca dari habit.

Kalau nak berjaya turunkan berat badan korg kene jadikan makan sederhana sebagai satu habit, boleh baca kat Sado Street berkenaan membentuk habit untuk kurus ni.