Followers

March 14, 2011

jatuh cinta lagi dengan BRUNO MARS!


As-salam

BRUNO MARS nak datang malaysia...au au. sukanya. aku suka lagu die. first time aku dengar lagu ni mase baru bli fon akhir tahun lepas. dengar je terus jatuh cinta. tapi aku jatuh cinta kat lagu grenade je... pah tu bila dengar2 banyak kali baru lah aku jatuh cinta kat lagu just the way you are. rasanya ramai peminat bruno mars kat malaysia ni.. AKU BUKAN JATUH CINTA DEKAT MARS NI.. TAPI KAT LAGU DIA DAH..




Dibawah ni ada info pasal kedatangan si Mars ni ke malaysia...
sumber: MYMETRO
KEHEBATAN dan populariti penyanyi antarabangsa, Bruno Mars memang sukar dinafikan di kalangan peminat muzik pop dan R&B. Single nyanyiannya, Just The Way You Are mudah menang�kap minat pendengar hingga melonjak nama Mars sebagai penyanyi berbakat besar. Sepanjang empat tahun berkecimpung sebagai artis, Mars meraih pencapaian terbaik selepas menang Anugerah Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik pada majlis Anugerah Grammy ke-53 yang berlangsung pada 13 Februari lalu.

Kejayaan sulung Mars di pentas acara berprestij itu memberi makna besar kerana menewaskan empat calon lain, Michael Buble mempertaruh�kan lagu Haven’t Met You Yet, Michael Jackson (This Is It), Adam Lambert (Whataya Want From Me) dan John Mayer (Half of My Heart). Sertai komuniti myMetro.Bagi peminat tempatan di sini yang mula meminati penyanyi kelahiran Honolulu, Hawaii ini, Mars atau nama sebenar, Peter Gene Hernandez, ada berita gembira kerana penyanyi itu akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 10 April nantiPersembahan ini dibawa Maxis dan dianjurkan Scenique Concerts & Events dikenali,
Bruno Mars Live In Malaysia. ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8 malam.

Kehadiran Mars ke sini bukan saja bertemu peminat dengan lebih dekat tetapi turut mempromosi album debutnya, Doo-Wops & Hooligans yang dipasarkan di Amerika Syarikat (AS) pada Oktober tahun lalu. Ini menjadi persembahan jelajah pertamanya di seluruh dunia bermula penghujung tahun lalu merangkumi AS dan Eropah. Bagi peminat Mars, albumnya yang diedarkan Warner Music Malaysia kini boleh dibeli di pasaran.

Kepada peminat tempatan, jangan lepaskan peluang berkongsi pengalaman berhibur bersama penyanyi terbaik antarabangsa ini. Sebarang maklumat lanjut dan jualan tiket bermula pada harga, RM122 (tempat duduk), RM150 (tempat duduk) dan RM256 (RockZone) boleh dibeli dengan menghubungi talian TICKETPRO, 03-7880 7999 atau melayari laman sesawang, www.ticketpro.com.my.







4 comments:

Kotak Hati said...

ooo... tq 4 the info...=)

yna fazlyna said...

@ghostwriter ok...huhu

risa said...

pujaan kami anak beranak ni dear...hehehe muka dia macam melayu kan kan kan

yna fazlyna said...

risa: yek2 macam muka melayu.. suara pun best je..