Followers

March 12, 2011

masak lemak tempoyak ikan haruan!

As-salam

Selamat petang semua. tuan tuan puan puan hari ni aku akan mengajar korang cara2 masak lemak tempoyak ikan haruan. simple dan boleh tahan. haha... adoiii aku ni suke lah jual kerepek. ok... macam ni,, semalam abang aku g mancing and bawak balik ikan haruan ni. seekor je tapi beso. and memandangkan wife die kerja jadi aku merangkap tukang masak kat rumah ni,, aku pun memulakan tugasan aku.

Menjelajah di google mencari resepi. dan aku tersesat di MY RESEPI dan aku pun mencari lah resepi LEMAK TEMPOYAK IKAN HARUAN bikinan PAKCIK MAT GEBU. dan aku tak sangka berjaya jugak aku buat walaupun ade yang kurang coz aku tak de belimbing buluh.



RESEPI MASAK LEMAK TEMPOYAK HARUAN CARA AKU!
  1. 1 ekor ikan haruan saiz besar
  2. kunyit ikut suka aku letak banyak ckit
  3. 15batang cili padi yang warna merah
  4. 1biji santan
  5. 3batang halia
  6. tempoyak

  • ikan haruan aku goreng je. ikut cara mak aku. tak de masa pulak aku nak bako2 ni.
  • tumbuk kunyit and cili bukan pakai penumbuk tapi pakai lesung batu.
  • pah tu masukkan tempoyak.
  • serai di titik je.
  • and semua dah siap. baru lah masak.
  • masukkan minyak jangan banyak2 sangat kolestrol tinggi.
  • periuk dah panas, masukkan bahan2 yang di tumbuk. pahtu santan cair di ikuti santan pekat dan serai.
  • pahtu kalo kurang kuah tambah lagi airnya. dan masukkan lah bahan perasa garam, gula dan ajinomoto.
  • tunggu mendidih masukkan ikan yang dah di goreng tadi. biarkan api kecik. pah didih jangan sampai pecah lemak. matikan api...

9 comments:

AesyaZealous said...

sodapnyoooo

yna fazlyna said...

huhu memang sodapp pun.. seb bek ngah diet kalo tak nak je tambah 2 kali

diana said...

kalau akak tak suka bubuh santan..
lagi simple dari ini..
hahhah


akak follow kamu..:)

Mia Liana said...

sedap2... nak skit...

yna fazlyna said...

diana: huhu.. kalo tak bubuh santan akak bubuh pe...

mia: huhu nak ckit meh datang ambik kat umah

Nur Farah Hani said...

sedap sedap.. nak jugak .. ahahaha.. xd

yna fazlyna said...

huhu farah meh datang umah.. jamah ckit

Nizam said...

sedapnya..tapi kalau masak tempoyak lagi sedap ikan patin kan?
hehe

yna fazlyna said...

huhu ni cubaan pertama. sebelum ni tak penah buat ikan masak tempoyak ni..