Followers

February 13, 2011

Penyakit...sedarkah kamu?

As-salam

Selamat malam...
Penyakit pe pulak cik yna ni nak citer???
Okey sabo lah der! hari ni genap 2 hari yna di rundung penyakit. yna takut nak g jumpe doktor. bagi yna baik penyakit tu hilang sendiri. pengalaman 6 bulan sekali kena g jumpa doktor pakar buat yna takut nak jumpa doktor lagi... seram sangat! tapi bila doktor tu kate yna dah bebas dari sebarang penyakit 'tu' yna rase lega.
Tapi malam ni yna bukan nak cerita pasal penyakit tu. tapi penyakit lain.... mase yna kecik2 dulu. rasenye mase tu yna darjah 2. mase tu famly yna baru pas buat rumah baru. rumah tak siap sangat. bahagian dalam bilik belum ada syiling. and bro yna yang second tu buatlah kotai dekat atas syiling dekat bahagian ruang tamu. nak ke kotai tu kena lalu bilik yang tak de syiling.
One day,, selimut yna ni bro bawak naik kat kotai dia. yna ni kalo tak de selimut tak leh tido. penakutlah katekan.... and yna dengan perangai nakalnya tu g lah panjat nak ke kotai bro yna. dengan hati2 yna pijaklah kayu2 tu hati2. mase tu yna kurus kering lagi... and tah macam mana. yna boleh terpijak bahagian syiling... bukkk!!! OHHH MAK KAU MELETUP!!! hah kua latah aku!
 yna terjatuh! pulak tu mase tu bulan puasa. bibir yna terkoyak sikit lah. esoknya terus tak puasa.huhu... dapat green light from my father... mase tu yna langsung tak fikir akan kesan sampingan yang yna akan alami. sekarang barulah yna rase kesan akibat jatuh dari syiling rumah... yna kerap di serang sakit pinggang. and bila sakit yna akan g klinik kat lok heng and mintak ubat tahan sakit. bagi yna tu je dah cukup. tapi pas bace ni yna jadi takut pulak..

SUMBER: GOOGLE

(TAK DE) 
1. Bengkak Badan
  • Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.
(TAK DE)
2. Demam
  • Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.
(TAK DE)
3. Gatal-gatal Badan
  • Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.
(TAK DE, SELERA BERTAMBAH2 ADE LAH)
4. Hilang Selera Makan
  • Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.
(SEDANG ALAMI, DAN MENYAKITKAN)
5. Kerap Buang Air Kecil
  • Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.
(TAK DE)
6. Mudah Letih
  • Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.
(KADANG2 PENING YANG MELAMPAU)
7. Sakit Kepala
  • Anda sering sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
(KERAP KALI SAKIT PINGGANG SAMPAI G KLINIK MINTAK UBT TAHAN SAKIT)
8. Sakit Pinggang
  • Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.
  • Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

 sumber: PANTAI TIMUR





11 comments:

ayin~weeweet said...

oic.jatuh tmpt tngi tu.hati2 lain kali ya

yna fazlyna said...

mase tu tak fikir tinggi pun..huhu yna ni kebal..

Unknown said...

dah cuba refleksologi?

Myung Dae said...

HAHA !! Kebal ye yana . Baik2 ye kalau kt tempat tinggi tau .

Jom Tengok Ni
http://myungdae92.blogspot.com/2011/02/sini-ada-hantu.html

yna fazlyna said...

tukang kebun: yna tak pernah cek.
so yna tak tau yna ade penyakit buah pinggang ke tak..

yna fazlyna said...

myung: huhu yna kebal coz selain jatuh dari syiling yna pernah eksident bawak kereta langgar tiang.cermin pecah..tapi yna tak pape..huhu

Ina said...

As Salam..hi Yana..susah jugak tu..effek bila accident ni..macam tu la...sabar ye...dugaan dari
Allah s.w.t
http://inanazir.blogspot.com

yna fazlyna said...

iya semua tu dugaan kan.. yna tak nak g cek. takuttt

aliaa farhana said...

mcm bahaye je kamu...gi la check...taw kamu tatot...sy pun tatot...tapi, nnty lagi twuk...huhu

Areyoudys said...

as salam..
wah....takut..
bahaya tu
dah cuba teknik bekam?
akupuntur?
tak pun yang mesin al jabbar tu.apa benda entah

yna fazlyna said...

hhaha..tak pernah g cek pun. takut lah..biar lah... kalu dah tiba mase nak g. tetap akan g jugak..