ARIEL dan Luna Maya di mahkamah, semalam.
LEBIH 500 orang berdemonstrasi di luar Mahkamah Bandung, semalam. BANDUNG: Penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril ‘Ariel’ Irham, salah seorang bintang pop terkenal di Indonesia dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun selepas didapati bersalah menyebarkan rakaman video lucah bersama teman wanitanya di Internet.
Hukuman itu mencetuskan pendapat berbeza di kalangan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Golongan liberal berpendapat ‘hukuman malu’ ditanggung Ariel yang mendakwa rakaman video itu bukan untuk tatapan umum sudah mencukupi.
Namun, pihak konservatif tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana mereka mendakwa Ariel menyumbang kepada kejatuhan nilai moral di negara itu.
Beratus-ratus golongan konservatif yang melepasi kawalan polis berhimpun di pagar mahkamah sambil menjerit, ‘Terlalu Ringan!’ ‘Terlalu Ringan!’
Lebih 500 orang melakukan demonstrasi dan sesetengahnya melemparkan kenderaan polis yang membawa Ariel dengan telur busuk dan tomato, sementara yang lain memegang sepanduk mengecam penyanyi itu.
Ariel adalah selebriti pertama yang didakwa di bawah undang-undang antipornografi Indonesia yang berkuat kuasa pada 2008 walaupun mendapat tentangan orang ramai dan anggota Kabinet.Ia dilihat sebagai terlalu kabur dan hukumannya terlalu berat.
Ariel mendakwa pita rakaman itu dicuri dari kediamannya dan dihantar ke dalam talian tanpa pengetahuannya tetapi Hakim Singgih Budi Prakoso berkata, bintang pop itu tidak melakukan apa-apa untuk mencegah penyebarannya ke Internet.
Kebanyakan peminat Ariel sedih dengan hukuman dijatuhkan ke atas penyanyi itu.
Kadang2 cian gak kat Ariel ni..huhu bukan pe. aku suka lagu die.best2.. macam lagu ni.aku suke..um tak pelah pape pun all the best kat dalam sane yer...buat luna maya jangan lupa kat Ariel ye..tugu sampai Ariel tu kua.huhu,,,
6 comments:
pdan muke die.. itulah,wat dose lg...
org islam kt luar sume sokong ariel kene penjare..hahahah
lor,mcm x bebaloi je hukuman penjara 3 tahun kat ariel ni.papepun,lagu2 peterpan ni sumenye best2 kan dear ;)
yes..!sokong cik sabah. lagu2 dia memang best..
ohcoz..bukan tak sokong..tapi rmai yang buat lagi teruk kat lua sane..
rindu la pasnie nak dengar lagu bru dr ariel...hope la dgn apa yg berlaku n hukuman nie akn menginsafkan ariel n yuna...lepas nie xmo la wat benda2 terkutuk cntu...
huhu..luna not yuna..
ti yna bloglist kat blogger gur ok..
Post a Comment