Followers

December 20, 2011

Anak sulung, tengah atau bongsu? [ JOM KENALI ]


Anak sulung, tengah atau bongsu… 



Yang mana pilihan anda? Percaya atau tidak? Tapi urutan kelahiran mempunyai pengaruh dalam perilaku seseorang. Memang pelik bunyinya tapi para ilmuwan abad 20-an telah bertemu dengan bkti mengenainya…


Sebab itu kadang-kadang kita dapat melihat walaupun di lahir dan didik dengan cara yang sama tapi mesti ada perbezaan sikap, termasuk juga dalam hal-hal bercinta ini…


Anak sulung: SETIA


-anak sulung cenderung menjadi pemimpin. Bertanggungjawab dan cenderung mengikut peraturan. Mereka di katakana seorang yang setia. Hmmm… jika pasangan anda merupakan anak sulung, anda tak perlu terlalu risau kerana walau apa pun berlaku dalam percintaan anda berdua, si dia akan sedaya upaya memprtahankannya. Kalau dah sedia tu, pasti saja hubungan tu akan kekal lama, ye tak?


Anak tengah: EGOIS DAN DOMINAN


-di antara anak sulung dan anak bongsu, anak tengah yang terkenal dengan sikap mereka yang agak ego. Ini kerana posisi mereka yang tersepit di tengah-tengah. Mereka sering inginkan perhatian dari orang tua mereka. Jika bertemu dengan pasangan yang tepat, mereka tak teragak-agak kahwin muda kerana mahu mendahului yang lainnya. Anak tengah juga merupakan pasangan yang menyenangkan pasangannya. Mereka ini sangat gigih berjuang untuk orang yang di sayangi.


Anak bongsu: POPULAR DAN MUDAH PUAS


-selalunya orang ingat alangkah berunungnya jadi anak bongsu dalam keluarga. Apa nak semua dapat, tapi hakikatnya tak begitu. Yang bestnya mereka ini memiliki pembawaan diri yang sangat menyenangkan seperti pandai bergaul dan peramah. Tapi masalahnya juga mereka sangat suka membuat orang jatuh cinta pada mereka. Hmm… nakalnya!


-mereka juga mudah jatuh cinta pada orang yang pandai memberikan perhatian. Bahaya tu! Namun di sebalik sikap mereka yang manja dan menyenangkan itu, jangan pula andacuba mengambil kesempatan untuk control dirinya! Ini kerana sikap protes anak bongsu ini sangat kuat. Kalau dia sudah protes, alamak memang haru jadinya.


-selain itu mereka mempunyai humor yang lebih berbanding kakak-kakak dan abang-abang nya…

1 comment:

AyiedZudin said...

setuju2 ! saye anak bongsu..dan saye berunungnya..hihi (ada typo kat isi anak bongsu uh..huhu).. :D