Followers

October 27, 2011

HOT TIP [melangkah bagaikan seorang DIVA]

0 comments
Ramai remaja yang berangan nak bergaya bak seorang selebriti. gaya seperti JESICA SIMPSON, PARIS HILTON, BEYONCE, JENIFER LOPEZ ATAU ANGELINA JOLIE! setiap mereka memang hot dan ekstravaganza! Hey... tak jadi selebriti pun tak apa. tapi kamu masih boleh berlagak bagaikan seorang diva. hah... nak tahu caranya? baca tip di bawah ye....:

  1. Kalau tak mampu mempunyai koleksi yang banyak, cukup jikalau mempunyai satu dua hot looking purse dan beg tangan. bukan yang biasa-biasa tapi yang unik.
  2. Untuk berlagak diva, tak bermakna kamu wajib pakai kasut bertumit sepanjang masa. sesekali cubalah sandal, flip flops, flats malah sneakers. cuma pastikan ianya bersih dan berwarna-warni.
  3. A nice big pair of sunglasses... well, wajib tu!
  4. Lupakan make up yang over bagaikan opera tu!
  5. Jadilah diri sendiri.
  6. Pewangi, wajib ada. 
  7. Senyuman, jangan kekwat okey?
  8. Cuba tengok dalam tv atau majalah, lihat bagaimana bintang2 ala diva bergaya.
  9. Just be your own DIVA! memang bagus untuk berlagak diva tapi ingat selain daripada make up, glowing skin, banyak lagi benda penting dalam hidup ini.
  10. Nice clothes huh!
  11. Bukan cantik di luar je, otak pun kena jaga juga. ken a bijak jugak. barulah beauty with brain!
p/s: yna lum sedia nak jadi seorang diva so tak payah lah yna ikut segala tip di atas...huhu

October 25, 2011

INFO[ apa cerita madu, plastik danair laut?]

3 comments
As-salam

Selamat petang korarang. terima kasih kerana sudi singgah blog usang yna ni.em... tiba2 yna nak buat kelainan dengan melabel setiap entri yang yna update. saje suka2... sebagai perkongsian saja...

bagaimana MADU terhasil?

Tahukah kamu,seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu?

bagaimana PLASTIKterhasil?

Plastik di buat di kilang kimia. bahan mentah diekstrak daripada petroleum atau arang yang di panaskan sehingga cecair ini dibiarkan sejuk dan mengeras. bahan pepejal ini di potong menjadi gumpalan-gumpalan kecil di namakan granul. granul ini kemudian di tuang dan di kenakan tekanan dalam acuan khas untuk membuat pelbagai jenis benda.

mengapa AIR LAUT masin?

Semua orang tahu, air laut adalah masin dan tidak boleh di minum. tetapi, mengapa ini terjadi? untuk pengetahuan kamu, muka ini di penuhi dengan garam mineral yang terdapat di dalam batu dan tanah. contohnya natrium, kalium, kalsium dan lain-lain.  apabila air sungai mengalir ke laut ia mmbawa bersama-samanya garam. ombak laut yang memukul pantai juga dapat menghakis garam yang terdapat di batu-batuan di situ. oleh itu, lama-kelamaan air laut itu menjadi masin kerana di penuhi garam.



mutiara kata : " kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan."