Followers

February 15, 2014

Alhamdullilah... selangkah ke alam perniagaan

0 comments
Asalam...

Selamat pagi.. 

Salam pagi sabtu..

Alhamdullilah.. yna masih di berikan peluang bernafas dan meneruskan hidup di atas muka bumi yg indah ini. Yna bersyukur sangat dengan kurniaannya. Walaupun yna sekolah tak habis, tapi yna di kurniakan kelebihan membuat kek.

Hari ini.. sudah 36 hari YS CHOCOLATE & CAKES beroperasi sebagai pengeluar kek dan pembekal makanan. Buat masa ni yna ambik tempahan kek birthday dan mini kek je. InsyaAllah lepas ni akan menyusul kek kek yg lebih advance lagi.. mudah mudahan apa yg yna rancangkan menjadi kenyataan.

10/2/2014 baru lah yna berkesempatan mendaftar dengan SSM. Alhamdullilah urusan di permudahkan lagi.. name yg di pilih pun terus je lulus. Tak perlu nama ke 2 dan ke 3.

Urusan luver9 pun srkarang makin di permudahkan. Alhamdullilah ramai yg berluver9 pula sekarang ni. Lagi di tambahkan dengan pati losyen majraha maxwhite.. lagi daboom page luver9 collagen+ kota tinggi ♥

January 12, 2014

Aku kau dan bisnes ♥

2 comments
Assalamualaikum.. selamat pagi. Salam pagi ahad semua.. terasa janggal pula apabila ahad budak2 johor kena sekolah. Dah terbiasa ssangat lihat mereka cuti hari ahad kan.

Alhamdullilah... tahun 2014 pembuka rezeki kami untuk lebih maju dalam hidup. Mudah mudahan segala perancangan kami berjalan dengan lancar.

Hari ini bisnes yna berjalan seperti biasa. Balik ni saja yna kena siapkan 2 biji kek. 3 box coklat kek moist with secret cream ♥

Waaallllaaaaa... sebelum jam 12 yna kena siap!


Alhamdullilah.. untuk permulaan sakit sikit rasa nya nak promot kek ni. Tapi tak pe.. yna akan buat yg terbaik. Biar custmr melabur untuk sesuatu yg puas untuk di nikmati.

Hari ini juga.. syah akan memulakan bisnes Snow wash nya. Mudah mudahan berjalan dengan lancar bisnes kami berdua ni.

Yna sangat teruja coz ini sesuatu yg sangat di impikan si dia. Mudah mudahan..



Ya Allah berdebar nye menantikan hari pelancaran esok.. semoga berjalan lancar. Cepat sikit boleh kumpul duit kawin ♥♥♥

#gatal!



January 9, 2014

Cinta berubah arah!

0 comments
Assalammualaikum...

Ya ampun tajuk.. bukan main lagi yna ni kan. Hehehe.. sekadar tajuk tiada makna apa2 pun. Yna masih kekal dengan cinta si dia.

Cinta cinta cinta... sekarang ni yna sangat sangat jatuh cinta dengan dunia perniagaan. Berniaga kecil kecilan saja sudah mencukupi.. sekarang ni fokus yna lebih kepada menjual LUVER9 COLLAGEN+ dan KEK COKLAT MOIST resepi asal kak yan, lepas tu yna olah ubah tukar akhirnya yna berjaya menyediakan KEK COKLAT moist yang sungguh moist, tak pahit dan alhamdullilah.. ramai yang menggemarinya..





Ini semua kek hasil keje tangan yna.. tak secantik pakar, tak sekemas mereka mendeko. Semoga di lain hari tangan yna lebih lembut untuk mendeko kek lebih cantik dan kemas..

Tahun 2014 tahun mencari duit lebih buat yna and si dia.. yna sibuk dengan Luver9 dan Kek coklat moist. Si dia pula sibuk dengan kedai Acu Snow wash yang di jangka akan mula beroperasi isnin ni.. 


Semoga apa yang kami usaha kan membuahkan hasil..with lurve ♥




January 4, 2014

Perkembangan kisah cinta ♥

2 comments
Huhu... tak boleh nak tunggu esok. Tak boleh jadi. Malam ni jugak yna nak update dan share dengan korang semua tentang kisah cinta yna.. Ya Allah. Yna bersyukur sangat.. mudah mudahan lah dia sememangnya tercipta untuk ku.

Hubungan yang terlerai kemBali terjalin. Dia dia dia.. huhu. Bulan 2 ni genap setahun kite orang bersama, menempuhi onak ranjau dan duri.. ya ampun dah pelbagai yg kami tempuhi. Semoga di tahun 2014 ni hubungan kami lebih indah.. cinta kami semakin harum mekar mewangi.

Ceh... dah start dah jiwang2 yna ni.




Yna selalu berdoa setiap kali lepas solat supaya Tuhan permudahkan hubungan kami.. dan satukan kami dalam ikatan yang sah. Mudah mudahan.. yna tak mau buat dosa. Yna mahu ade ikatan yg sah dengan dia... doakan hubungan kami ye. 





Terlewat.. tapi tetap nak ucap.

0 comments
Assalamualaikum...

4 januari 2014.. sekejap je masa berlalu. Diam tak diam agak lama jugak lah yna tinggalkan dunia blogger. Last update bulan 10 2013.. and now dah bulan 1 2014. Maaflah ye.. terlalu sibuk dengan urusan keje.

Sebelum terlupa.. yna ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014. Semoga di tahun baru ini kita semua di beri keberkhatan unyuk teruskan hidup. Azam tahun lepas alhamdullilah ade yang tercapai ade yg belum tercapai lagi..

Jadi yna sambung azam tahun lepas ke tahun ni pula.. alhamdullilah tahun 2013 yna berjaya juga beli lattop jenama acer windows8.. dan sebelum penutup tirai 2013 yna berjaya dapatkan samsung galaxy mega 6.3.



Ok puas hati.. cuma azam kuruskan badan je belum tercapai lagi. Mudah mudahan 2014 yna mampu turunkan berat ke yg lebih ideal..

Dan malam ni.. buat pertama kalinya yna update blog pakai galaxy mega kesayanga .. huhu ♥

Okey all.. selamat malam.